Isnin

Kedatangan ramadhan membawa rezeki

Assalamualaikum

Sebenarnya ada berita yang aku nak kongsikan. Cuma aku tak reti nak ceritakan macam mana. Hehehe. Maklumlah aku ni cuma pandai cakap fakta. Kalau nak bermadah madah kona kona ni aku tak berapa nak reti sangat.

Apa pun. Aku dah dapat berita ni 2-3 minggu lepas. 2 test yang positif. Insya allah ramadhan kali ni kalau tak ada aral aku boleh puasa penuh. Err..nak cakap macam mana eh...Hmm..Insya allah dengan izin Allah Aqil dengan Damia akan dapat sorang adik bulan February 2013. :D

Alhamdulillah so far aku takde alahan yang terus. Cuma aku rasa tak selesa dalam mulut. Air liur rasa pahit semacam. Aku tak suka bau nasi, tak suka kicap. Dah 2 minggu aku tak berapa nak lalu makan nasi. Kecuali nasi lauk budu dengan nasi jepun. Punya lah demand. Roti boleh makan dengan jayanya. Sangat suka makan salad dengan segala jenis buah buahan. Craving makanan jepun kali ni pun aku saje gatal kaitkan dengan pregnancy tu. Sampai shujin kata, kalau pompuan kurang kurang kena iras iras Miyazaki Aoi. Kalau lelaki kurang kurang nak iras Kimura Takuya. Tak pun Hongo Takeshi (pelakon kamen raider!) Boleh?

Apa pun semoga ramadhan kali ni akan menjadi ramadhan yang lebih baik dari yang tahun sebelumnya.
Bayangkan..ini dan ini plus one...garu kepala...hehehe
Daa

18 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Tahniah.

    Mangga dah habis? :)

    BalasPadam
  2. terima kasih kakcik..mangga lama dah abis.hehehe...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..... Syukuurrr. Entah kenapa setiap kali dengar rakan2 pregnant, akak akan rasa over gembira. Maybe sebab akak x dapat rasa lagi pengalaman pregnant kot... Yang dah ada nie pun, syukur Alhamdulillah...

    BalasPadam
  4. alhamdulilah....

    selama 9 tahun akak tak miss posa, mana tak asyik ngandung saja.......kini tak lagi

    BalasPadam
  5. WAH! tahniah! tak lama lagi dapat aqil dgn damia dapat adik baru.tumpang seronok :)

    BalasPadam
  6. Lg sorang kwnku mengandung...tumpang hepi. Msh menunggu utk diri sendiri.

    =D

    BalasPadam
  7. kak aziela,
    rezeki kak..setiap orang rezeki lain lain..mungkin yg ni belum rezeki akak..tapi Allah limpahkan rezeki kat bahagian lain..terima kasih kak..

    kak nur,
    thanks kak..

    aida,
    aha..skang ni berdua dua pun da pening mak ayah dia..bertiga tiga nanti lagi la..

    BalasPadam
  8. net,
    thanks!

    fara,
    hehe..thanks fara..good luck.. semoga sama2 kita boleh dapat sambut orang baru next year..

    BalasPadam
  9. hehehhee ;p congratsss walaupun dah lama tau kihkihkih...

    BalasPadam
  10. Tahniah Rai, Bestnya boleh puasa penuh, sy after 6 tahun , rasanya tahun ni tak dapat la nak berpuasa penuh :)

    BalasPadam
  11. tahniah :)
    baru boleh wish kat blog.hehe

    kalau lahir 01 februari boleh celebrate ngan aku.

    BalasPadam
  12. assalamualaikum Rai....alhamdullilah tahniah syukur bertambah ahli keluarga nanti...:)

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah..tahniah rai..patut sedap sangat dapat makan mangga muda ye rai

    BalasPadam
  14. wah.. tahniah Rai..

    psstt: berkat jumpa dak Nuha ke.. ;)

    psstt lagi: jiran2 kat taman akak ni memang cool.. bab makan2 memang happening.. ;)

    last psstt: best kan kalau dapat puasa penuh.. akak.. tahun lepas.. ;)

    BalasPadam
  15. kak ana,
    haha..tak tau nak tulis mcm mana kat blog.. :P

    ana,
    takpe..ada hikmahnya..saya pun insya allah cuba sedaya upaya.. harap harap kesihatan mengizinkan..

    irfa,
    haha..ko kena doa kecik tu keluar awal la..due date 23 february. bos aku suh bajet jgn sampai aku kena cuti masa CNY..takde orang nak back up..boleh gitu? haha..

    BalasPadam
  16. mama maszull,
    terima kasih..hehe..insya allah..

    wany,
    thanks...teruja bebudak tu dapat tau ada adik sorang lagi..lagi2 si aqil..

    kak erna,
    haha..ya jugak :D

    kak aiza,
    time tu dah tau sebenarnya..tapi tatau nak bagitau cemana..haha..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^