Jumaat

5 colours diet series - contoh menu

Assalamualaikum

Dari siri diet 5 warna sayur. Maybe initially rasa susah nak keep up dengan diet 5 warna ni. Lagi-lagi bagi mereka yang tak berapa suka dengan sayur dan buah buahan. Tapi...Jangan limitkan diri ok. Kena makan sayuran hijau bukan bermaksud sayur daun semata mata. Dan buah warna oren bukan orange je.

Mungkin ada yang fikir. Alamak..takkan hari hari nak makan sayur campur kan. Jemu lah nanti...Actually. Yang bagusnya diet ni bukan semestinya kena sayur yang kita masak untuk makan dengan nasi. Just kena kreatif sikit.

Contoh menu
Hijau - Apple hijau, kalau rasa masam sangat boleh buat juice apple (make sure tak masuk gula la). Baru ni kak Ita masam manis ada tunjuk jus apple hijau dengan celery. Selain dari tu teh hijau pun dikira tau. Teh hijau kaya dengan EGCG, yang membantu regulate kolesterol dalam tubuh. Bagi yang ada masalah tinggi kolesterol boleh minum teh hijau. Jambu, timun. Banyak lagi.

Oren/kuning - Dulu aku tak suka makan carrot, tapi sejak anak-anak jadi hantu carrot ni aku belajar belajar jugak makan carrot. Instead of snacking dengan cikedis bukan bukan, baik potong carrot panjang panjang macam fries tu lepas tu munch sambil tengok tv. Takpun buat carrot juice. Kalau tak berapa nak lalu, buat la goreng keledek oren tu. Cicah sambal kicap. Yummehh...Tak pun buat jagung rebus macam kak zakie ni

Putih - Radish atau daikon. Ramai orang tak suka. Aku pun tak berapa nak minat sebenarnya. Tapi apa kata kalau buat rojak buah untuk minum petang. Letak dalam tu sengkuang. Crunchy crunchy~ Sekali dengan carrot tadi. Sure sedap punya. Selain dari tu, susu soya pun ada phytonutrient yang baik. Cauliflower kalau di stimkan lepas tu gaul dengan thousand island sedap jugak kan. Kalau suka mushroom boleh buat enoki goreng tepung. Bila memasak pulak, jangan lupa letak bawang putih banyak banyak :D

Merah - Jemu dengan tomato? Strawberry mahal sikit, jambu merah tu pun sedap. Tembikai dengan buah delima pun sedap. Apple merah ok jugak kan.

Purple/Biru - Dalam banyak banyak aku rasa kategori warna ni paling tricky. Hehehe. Sebab choices nya kebanyakannya adalah jenis jenis berries. Yang mahal gak nak cari kat Malaysia ni. Tapi apa kata, instead of makan kobis biasa yang warna putih putih tu kita cuba kobis ungu pulak. Keledek ungu susah nak cari. Tapi sedap kan. Selain tu, anggur dengan plum pun boleh.

Kalau nak senang lagi, macam kata Irfa, campak dalam blender terus blend. Tutup hidung minum airnya. Hehehe..

Pilihan kat tangan kita. Nak dengan taknak je.
Nice kan, contoh sayuran kat tepi, bulatan putih tu jenis phytonutrient dan yang ditengah tu fungsinya
Ada full spectrum. Dapat dari kelas masa aku belajar pasal ni aritu. Booklet ringkas berbentuk kipas. Kelas yang aku attend actually adalah mengenai produk supplement yang menawarkan full spectrum phytonutrient ni (complete 5 warna dari 17 jenis tumbuhan) complete dengan vitamin dan mineral penting dalam tiga biji tablet. Tapi of course as supplementation. Jangan la buah sayur takmo makan. Memilih. Lepas tu sibuk ambik supplement.

Tu orang panggil gedik.

Daa

29 ulasan:

  1. ckp pasal keledek ungu, aritu ada beli kat cameron sbb tertarik dgn warnanya. Tapi rasanya tak sedap mcm keledek biasa..campur dgn bubur jagung baru boleh telan.

    BalasPadam
  2. aha.sama dgn kakujie, jmp keledek ungu kt cameron. :D

    sy dh lama teringin nk mkn kobis purple tu,tp takut nk masak.heh

    BalasPadam
  3. Purple... terung la... nice! hikhik.. Huii hari ni buat pecal tp tak letak sengkuang sekali lalalala.. lupo beli sbb dah kelam kabut sgt... cek!cek! arghhh keler suram2 je.. kunin, merah takdak..

    BalasPadam
  4. assalam rai..acik kalau buah..senang..tang sayur tu susah banyak..kadang2 je masak sayur

    BalasPadam
  5. ujie,
    ye ke..biasanya mak saya buat pengat..so tak tau pulak keledek ungu tu tak sedap..hahaha..

    Munna,
    kobis purple tu biasanya org buat salad..kalau masak biasa ni akak tak sure pulak..

    eB,
    sama sama~

    BalasPadam
  6. Kakak sebab keluarga dulu org miskin memang terdidik makan sayur lebih dari lauk. Lauk dulu sekadar telur dan ayam/itik/angsa (bela sendiri). Ikan sebab mahal jarang beli. Dulu ikan bilis murah itulah jadi lauk.

    Sebab itu sekarang kalau makan mesti nak ada sayur at last 2 jenis. Dah biasa... ulam lagilah kami suka.

    BalasPadam
  7. Shima,
    waaiii..saya pun suka pecal terung.. tapi buat tak jadi sedap mcm mak buat..hehehe...

    kak erna,
    kalau tak suka makan sayur yg masak try salad..hehehe..buah ok.. tapi buah ada natural sugar..so banyak2 pun tak berapa elok jugak.. walau pun makan buah sayur pun kena jugak.. :D

    BalasPadam
  8. kak zakie,
    sebenarnya penyakit yg banyak mcm kencing manis ni penyakit orang kaya..kaya sbb orang kaya suka makan makanan yang kurang khasiat.. yg macam sayur ni tak suka..so sbb tu orang miskin lebih sihat..saya pun masa kecik mak ayah orang susah..syukur sbb kerana tu lah saya ni takde masalah nak makan sayur..

    tapi dulu kecik2 saya banyak makan ikan sbb ayah memang jual ikan.. ayam dgn daging mahal bagi kami..

    BalasPadam
  9. nasib baik saya hantu sayur dan buah...semua pun saya bedal..hehe

    BalasPadam
  10. terbaek..aku siap print lagi..hehe
    namaku disebut jugak.terharu.huhu

    aku nak blend je.minum sambil tutup hidung,jgn muntah balik dah la..rugi je

    BalasPadam
  11. Rai, seme yg ade atas tu seme bhn wajib sy beli setiap kali shopping lauk. Ehem...ehem.....sy suke mkn sayur. Saya suke gak mkn buah.

    Dan ya...sesiapa tak makan buah n sayur tp nak amik supplement mmg org yg gedik thp max!

    =p

    BalasPadam
  12. munna jenis kurang makan sayur tapi hantu makan buah.....

    BalasPadam
  13. salam rai..klu k.atie mkn tanpa sayur mmg xberselera la.

    BalasPadam
  14. tq2 KA suka baca info cam ni!

    BalasPadam
  15. ok, bila baca ni baru tahu, rasanya akak memang makan semua 5 warna dalam diet siri tu. Cuma purple/biru tu kurang sikit kot...

    thanks Rai infonya..

    BalasPadam
  16. Waaahh dah lah tgh diet nih... Sangat sangat membantu.. tq share.. :)

    BalasPadam
  17. menu tu ada tapi selera makan bagai dipam2.. hikhikhik..

    BalasPadam
  18. PM kurang makan buah dan sayur...huhu insyallah lepas nih nak berubah sikit dan tanamkan minat pada buah dan sayur...:)

    BalasPadam
  19. nasib i tak gedik.. hahhaa.... beli supplement gatal ikut orang, tapi makan lat-lat.. buah & sayur mmg bedal la..

    BalasPadam
  20. saya x suka makan sayur tapi suka makan buah :)

    BalasPadam
  21. bukan pahit ke kobis ungu tu? pernah makan masa dinner. tak tertelan dibuatnya walaupun memula tu excited nak makan. hehehe...

    BalasPadam
  22. red ---> cherry heheh. sedappp jgk, vitamin C pon byk :)

    BalasPadam
  23. liza,
    bagus..ramai yg pilih pilih sayur ni kan..

    irfa,
    ahaha..print jangan tak print..jangan print aje..buat!!

    fara,
    kann..kann..

    BalasPadam
  24. munna,
    sayur kena makan jugak..sbb buah banyak natural sugar..kalau banyak2 tak elok jugak..moderate is the best!

    hanis,
    boleh la ibu lepas bersalin amalkan jugak..!

    kak azatie,
    sama dengan husband saya..

    BalasPadam
  25. kesuma,
    welcome :D

    kak yus,
    aah..warna purple tu susah sikit nak cari..

    nurul,
    sama sama..

    BalasPadam
  26. kak aiza,
    takpe..pilih makanan yang betul.. selera pun takpe..

    Papamifz,
    da makin bertambah umur ni kena rajin makan buah dan sayur..sebenarnya tiap masa pun kena makan..hehe..

    kak mulan,
    kena rajin makan kalau dah beli.. hehe..

    BalasPadam
  27. Bobo,
    kena balance..buah tak boleh makan banyak sangat..sbb ada natural sugar..

    anisalya,
    saya tak pernah masak kobis ungu tu.. selalu makan dalam salad je.. potong halus2..dressing dengan thousand island atau mayonis..

    bazilah,
    yup! suka jugak..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^