Assalamualaikum
Ingat lagi kemusykilan agama yang aku utarakan tentang hukum menyertai dan menganjurkan pertandingan memancing. Setelah mengajukan soalan yang sama kepada Lebai Google. Jawapannya adalah seperti berikut :-
PERTANDINGAN JORAN BANYAK BERASASKAN JUDI
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin @DRMAZA.COM
Setelah diteliti didapati kebanyakan pertandingan joran yang sekarang begitu meluas dalam negara ini berasaskan 'judi' atau qimar. Malangnya, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian ini begitu telah membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain. Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Untuk itu beberapa perkara berikut perlu disebutkan ;
1. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar. Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini. Wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta. Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan. Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah.
2. Sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka itu bukan judi dan pertaruhan. Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka 'loteri kebajikan'.
3. Umat Islam wajib menghindari penyertaan pertandingan joran atas konsep perjudian yang seperti itu. Ia adalah haram dan dosa besar. Firman Allah : Wahai mereka yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib adalah keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah : 90).
4. Para penganjur yang sekarang sudah membabitkan pelbagai peringkat hendaklah mengelakkan unsur perjudian dalam pertandingan joran yang diadakan. Firman Allah: "Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)." (Surah al-Nisa: 29).
Haram sesiapa yang terbabit dalam menganjur kegiatan judi atau menggalakkannya.
Jawapan aku copy dari SINI

So kepada kaki pancing. Berhati-hatilah. Lebih baik memancing ikan di laut dari memancing dosa.
Daa
14 comments:
aku suka memancing, tapi tak pernah memancing kat tempat berbayar, masuk pertandingan apatah lagi.
dear, juling biji mater eB nk bacer n3 tulisan color itam nih. hu3...
tapi psl hukum tuh. uish, biar betol nih?
SM,
memancing suka suka takde masalah...
eB,
alamak eB..sori..sala setting warna.. lupa blog sendiri background hitam..
saya memang xsuka memancing n xpernah lagi join ape2 tounourment memancing :)
cik hubyy suka g mancing2 just hobby die ler
huwaaaaa!! kenapa jawapan tu tulisan dia kaler hitam? tak dpt nak baca habis sbb aku pening + juling bijik mata...huhu...
nasebla huby aku x kaki pancing hehee....sukela memancing tp x de la ikot pertandingan2 ni hee
syukur alhamdulillah... blm pernah terjebak walupun minat mendalam sangatt dgn pancing !
OIC..BARULAH FHM..
Thanks share info ni sis..
Thanks share info ni sis..
kalu haram kenapa kerajaan dan pejabat agama x pegi buat spotcek ditempat prtandingan atau mengeluarkan undang2.mengharamkan judi ni?sy pn pening la.spatutnya benda ni biar smua rakyat jelas.masuk tv.paper dan smua la.mcm undang2 lain.ni mcm xde pepe pn kalau nk masuk ptndingan memancing.sbb 2 kbyakan rakyat rasa benda ni x salah.gunakan kuasa yg ada.sy pn kaki pancing jgk.dulu slalu masuk bila dh baca byk yg kata haram trus xbrani.buat satu pngumuman jelas. PERTANDINGAN MEMANCING HARAM.sbb kbyakan penganjur guna duit yuran utk keuntungan dan rolling utk anjur prtndigan sekali lg.ape cerrrrr?
@Slain dash, Tak boleh jugak nak pukul rata cakap semua pertandingan memancing tu haram. Dan jabatan agama dan kerajaan bergantung pada report orang ramai. Diorang tak boleh nak melulu pegi buat spotcheck atau rush. Nanti penganjur boleh saman balik.
Dan lagi..tak boleh nak harap tunggu kerajaan cakap haram baru nak elak diri dari join atau anjurkan.. Dah ada garis panduan kata haram. Jangan lah buat..
Apa yang saya faham begini.. Kalau pertandingan memancing tu guna duit yuran peserta untuk bagi hadiah. Hukumnya berjudi.. Bukan memancing saja, apa pertandingan pun macam tu.. Tapi kalau hadiah tu dibayar oleh sponsor pertandingan, hukumnya tak apa.
Apa pun.. kalau yakin yang ianya tak haram sebab kerajaan tak umumkan haram, terpulanglah. Kalau waswas lebih baik ditinggalkan..
Riba haram...marah maybank klu suruh tutup
Catat Ulasan