Khamis

Brand 1Malaysia murah ke?

Assalamualaikum

Aku tak pernah lagi sopping barang kat kedai 1Malaysia. Katanya murah. Tapi kat k4 ke econsave pun ada jugak barang yang ada cop 1Malaysia macam tepung. Tepung la yang aku nampak pun. Sebab memang yang tu yang aku beli.

Ada banyak brand tepung kan. Kalau cap sauh tu RM2.40. Kalau cap wau murah sikit kot tapi still mahal sikit la. Kalau nak paling murah cap bunga kenanga kalau tak silap. Bunganya kuning. Cap bunga lily pun murah. Plastiknya hitam kuning. Harganya RM1.35 sepeket.

Satu ketika..Tiba tiba tepung yang harga RM1.35 tu tak dijual di mana-mana. Bila diorang restock baru baru ni. Harganya masih sama RM1.35. Tapi dah ada logo 1Malaysia.

Apakah..apakah.. Persoalan dalam diri aku
Kenapa nak kena ghaibkan tepung tu dan kemudian muncul balik dengan logo 1Malaysia, tapi jual dengan harga yang sama jugak?

Ke memang macam tu kekdahnya?

Daa

8 comments:

Asmara berkata... [Reply]

kompeni sapa la yg supply tepung 1.35 tu kan! eh murah sgt ye. balik msia shopping situ je lah. hehe..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Entah2 gomen da tarik blk subsidi atas brand tu tak? Die gantikan kat tepung 1 Malaysia. Hehehehehe.....

Agaknyelah kot?

Yaya Azura berkata... [Reply]

penjenamaan semula la tu..
1 malaysia kan canggih je dengarnya..
kihkih

Unknown berkata... [Reply]

asmara,
boleh beli kat mana2 pasaraya rasanya..kat k4 ada, econsave pun ada..

fara,
lupa nak tulis..logo bunga kenanga tu ada lagi..tapi ada cop 1M kat tepinya..nampak macam nak ambik nama pun ada..padahal selama ni tak ada cop 1M pun da murah da.. letak logo 1M konon nak kata sbb ada logo 1M jadi murah..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak belum pernah beli lagi product 1M. Tapi banyak product sekarang konon nak tunjuk yg dia punya murah maka diletaknya logo 1M. Itulah kan macam-macam marketing strategy dilakukan utk mengabui mata pengguna...

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kilang barangan 1Malaysia mungkin tiada, jadi direbranding ajelah mana yang difikirkan sesuai! ;-)

Unknown berkata... [Reply]

shima mmg beli tepung lily sbb jarang pki tepung.. Tp tak persan lak ada logo 1msia... ke mcm xde je huhuhu..
Hr tu penah prgi kedai 1msia.. ada yg murah, ada yg mahal, tp byk yg samaaaaa je harga ;p

Prettywrite berkata... [Reply]

adoi..brand2 1malaysia ni knapa entah tak menarik minat langsung dengarnya..tapi terpaksa jugak beli..nak2 gula..hok tu jer yang ada kat kedai2 pun..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com