Isnin

Award untuk orang lawa

Assalamualaikum

Mula-mulanya nak ucap thanks dengan Tini kecil molek yang bagi award ni kat aku. Huhu.. Okeh. Ni tujuh perkara tentang diri aku yang rasanya orang lain taknak tau pun tapi aku nak bagi tau jugak. Hahaha..

Yang kesatu

Aku anak jawa - Ayah aku orang Jawa Batu Pahat (Rengit) mak aku Melayu Pontian (Benut). Walau pun aku tak reti speaking jawa tapi aku paham jugak sesikit bahasa jawa. Dari segi pemakanan aku memang follow ayah aku yang suka makan tempe cicah sambal kicap, ungkep ayam masakan emak yang superr tasty, dan pecel terung. Bagi aku makan benda ni hari-hari pun aku redha je. Oh satu lagi peberet aku adalah pecel tempe. Hahaha


Yang kedua
Aku degil - Lagi kena marah lagi aku jadi degil. Lagi orang suruh lagi aku degil. Tapi takde la degil tak bertempat. Kalau aku rasa aku tak salah takde nya aku nak ubah-ubah keputusan aku. Aku pernah kena belasah dengan abang aku sebab dia suruh aku ngaku benda yang memang aku tak buat. Hasilnya, aku sorang je adik dia yang pernah dapat kad raya dari dia sebab dia terasa amat bersalah dengan aku. :P


Yang ketiga
Aku kuat makan - Kalau pergi makan buffet aku yang last sekali tolak pinggan. Mungkin ada hikmahnya badan aku tak naik-naik walau pun dah bersalin dua kali ada orang ingatkan aku belum kawen umur 23. Hihik..Jangan stress ya cik bunga.


Yang keempat
Aku pemalu - Hahaha..Buktinya blog ni da lebih 3 tahun usianya. Tapi aku cuma start promosi blog ni baru-baru ni je (setelah aku berjaya menghilangkan sedikit sifat pemalu aku tu) Aku memang tak berapa nak pandai beramas mesra dengan kawan baru. Tapi kalau dah kenal macam bertih jagung kata orang.


Yang kelima
Bila aku stress aku akan mengemas - Mungkin ada sesetengah orang akan makan atau pun shopping bila stress. Tapi aku akan mengemas bila aku stress. Basuh pinggan, cuci bilik air, menyapu, mengemop. Jangan la kacau aku waktu aku mengemas dalam keadaan stress. Aqil pun dah pandai mengajuk gaya aku mengemas bila aku stress. "imashh..imasshh" (rimas)


Yang keenam
Aku suka bercucuk tanam - Walau pun sejak duduk atas angkasa ni tanaman aku tak berapa nak menjadi. Aku masih mempunyai perasaan berkobar-kobar nak menanam pokok-pokok renek macam cili, serai, pandan etc etc. So far yang menjadi cuma pokok aloe vera dan jugak kaktus. Langsung tak bes sebab keduanya tak boleh dijadikan makanan.  Tensen aku.


Yang ketujuh
Aku rajin memasak - Disebabkan aku ni jenis makhluk makanan. Aku memang cepat terliur tengok blog-blog masakan macam blog kak ita ni. Dahla decoration nya cantik. Semuanya nampak sedap. Asal ke sana je ada je ole-ole aku bawak balik. Ada je resepi baru yang aku nak cuba. Hihihi.

Oklah. Habis tujuh perkara. Aku nak tag orang lain pulak. Harap-harap mereka sudi mengambil award ni. Kalau diorang tak sudi malulah aku. Haha..

(1) Missredcheese
(2) Yana Pinky Angel
(3) Cik Belle
(4) Ila
(5) Irfa

Daa

4 comments:

Irfa berkata... [Reply]

kena tag la ni?
dah lama tak kena tag.hehe
kalau free sy buat yer

Unknown berkata... [Reply]

thanks irfa..hihi..

Ilyana berkata... [Reply]

thanks.. 7 perkara? byk tu. nak kena bertapa jap. hehe

Unknown berkata... [Reply]

jangan bertapa lama sangat okeh!! hihi..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com