Rabu

Tiket murahan?

Satu ketika dulu di zaman remaja aku suka la jenis travel travel ni. Zaman tu kalau travel aku travel secara bimbo ryoko (pelancong miskin). Kalau omputeh diorang panggil backpackers kot naa..hehe..Masa skola skola.. peduli apa takat tido tak tentu hala tu kan..Kota London dan Paris adalah antara tempat yang aku sempat pergi masa study dulu. 

Ye la..masa tu kaya dengan duit scholarship. Aku simpan sikit-sikit. Masa cuti musim bunga, aku pun ambik flight MAS dari Jepun menuju ke Paris via Malaysia. Tiket tu open 3 bulan. So aku sempat balik rumah seminggu dua sebelum berangkat ke Paris. Nak dijadikan cerita, aku dengan member aku tu check in lambat. Seat kelas ekonomi yang sebelah menyebelah da abis. So diorang upgrade kitorang masuk ke business class. Haha..cam orang kaya pulak. Makanan mewah gilaaa.. Steward dengan stewardess semua ingatkan kami ni anak pilot. Cheit..

Dari Paris aku ke Kota London. Kemudian balik Malaysia dan terus berangkat ke Jepun semula. Harga tiketnya? Murah saja. Untuk open ticket 3 bulan tu cuma 900,000Yen. Kalau convert duit Malaysia dalam RM3k. Aku consider murah la kan..sebab kalau dari Malaysia ke Jepun saja pun cikai2 dalam RM2k. Dapat ke London dan Paris pulak..Bonuss bila dapat naik business class..Kenapa tiba2 aku bukak story melancong2 ni..Nak berlagak ke...takde lah. Aku nak share MAS punya deals.

Travel ke London from RM1609 saja. So kepada sesiapa yang da lama teringin nak ke tempat berlangsungnya the famous royal wedding tu cepat2 la book sebelum kehabisan. 

4 comments:

ida berkata... [Reply]

anak pilot tu..ehhe..

kitorang pun pernah rasa naik biz class dan berehat di golden launge(betul ka eja ni, mcm salah ja) sebab flight penuh. tp kl-miri ja la.

Unknown berkata... [Reply]

hahaha..yelah..anak org biasa2 ni mana ada naik bisnes class..

kitorg tak sempat masuk golden lounge pon sbb da lambat..tapi bes sbb 7-8 jam atas flight mencekik tak hengat punya..breakfast pun ada entree, main dgn dessert.. movie pun bes2 je..

Nini Hartini berkata... [Reply]

uhhh..ye ke boleh mcm tu? untungnya tetibe dpt business class. huhu. rezeki...

kalau ke korea ada tak yg murah? huhu

Unknown berkata... [Reply]

boleh jee..masa tu naik MAS. rasanya tiket ke korea one way RM700+ dapat dah..kawan saya ada kerja travel agency..nanti kalau ada promo saya bgtau..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com