Khamis

Resepi Kimchi sedap lagi halal

Assalamualaikum

Hahaha. Tak boleh belah kan tajuk tu. Shujin dengan Aqil memang suka sangat "kimchi korea". Memang kalau boleh sentiasa nak kena ada kimchi kat rumah. Oleh kerana kimchi sangat kaya dengan probiotik dan baik untuk kesejahteraan perut, maka aku pun merajinkan diri kerap buat kimchi. Resepi kimchi mudah gila sebelum ni aku belum puas hati lagi dengan hasilnya. Kali ni aku suka sangat..

Kali ni aku alter sikit resepi kimchi. Campur campur dengan resepi kimchi sedia ada kat internet.
Macam sedap je macam sedap je

Resepi kimchi sedap

Bahan bahan
2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)
1 cawan Garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)
1 batang Lobak putih (Daikon)
2 batang Lobak merah
Dua pokok Daun bawang
Secekak Daun kucai
Dua biji Bawang besar holland

Cara membuatnya
Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar. Jangan kecik sangat sebab nanti kecut. Gaul dengan garam. Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu. Masuk dalam mangkuk. Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam. Aku letak tutup periuk dan tindih dengan lesung batu. Lepas 4 jam, air akan keluar dari kobis tu. Kobis jadi layu. Basuh dan perah sebanyak 3 kali. Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh. 

Gigit sikit, kalau masin sangat bilas lagi. Bahan bahan lain macam lobak tu potong memanjang saiz batang mancis. Bawang holland tu hiris bulat bulat. Ketepikan.

Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste

Bahan untuk paste
1 cup korean chilli flake (Aku beli brand Bidan beli kat Presto, Citta Mall, kalau suka pedas letak lebih. Kalau tak ada, guna je serbuk cili cap baba's atau cili paste guna lada kering tu)
* Sebiji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya dibuang)
* Dua biji apple merah (Aku guna apple fuji, dibuang kulit)
* Sebiji bawang besar holland
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
** 1/4 cup Sos ikan
** 4 sudu besar Tepung pulut
** Air

Cara buat paste kimchi
Blender bahan bertanda * dengan air masak/air bertapis. Tambah chilli flake dan kacau sebati. Kalau suka, letak sesudu dua gula, gula adalah makanan bakteria. Yummehh kata bakteria. Hahaha

Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah sedikit air. Jangan terlalu cair jugak.

Campurkan bahan * dan ** dan gaul sebati.

Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi. Dan masukkan kobis yang dah diperap dengan garam, dibilas dan diperah. Gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24jam. Kalau dah ada buih buih tu dah jadi lah maksudnya. Kalau rasa nak masam lagi biarkan lagi. Kalau dah okay, terus masukkan ke dalam peti sejuk.

Nak senang gaul dalam dulang. Aku buat ni memang dapat sedulang. Kalau rasa banyak sangat, sila kurangkan lah.

Kimchi ni paling sedap selepas lebih kurang seminggu ke dua minggu dalam peti sejuk. Tapi, sempat ke bertahan sampai lama tu..?
400gm. Ni ada schoolmate aku nak beli
Actually aku takde niat nak jual, tapi bila berborak dengan kawan kawan sekolah kat wassap, ramai pulak yang teringin nak rasa. So aku pun poskan sikit untuk diorang. Aku cuma cas harga pos dengan kos bahan. Sampai shujin dengan Aqil susah hati sebab takut kimchi dalam stock habis. Hahaha..

Shujin kata "jom abang makan kimchi banyak banyak sebelum ibu jual habis semua"

Huhuhu.. Ye lah ye lah.. 

Korang suka makan kimchi? Aku suka yang tak berapa masam. Kalau dah masam tu agak kurang sikit. Yang buat kali ni aku suka ratah je. Haish.. 

Nak order kimchi? 400g RM10, Postage RM8 (Semenanjung)
Whatsapp 0126894617

Daa

82 ulasan:

  1. nak test jugak...kite nak beli boleh...

    BalasPadam
  2. Member blog saya pon penggemar kimchi & dia memang buat kimchi sendiri. Tak reti nak mkn ☺☺

    BalasPadam
  3. Ala anak2 tak suka lah pulak rai,.. acaner !

    BalasPadam
  4. tak reti makan kimchi ni makcik..laki aku mana suka mende2 masam ni..haha..

    BalasPadam
  5. Sy da lma simpn resepi kimci...dlm draft...x jugak siap lg utk dipublish....kimchinya pun da tnggl sikit...hehe...

    Tp sy guna resepi yg caranya lain skit...nntilah klau ada msa...bru edit blik draft kimci tu...

    BalasPadam
  6. Abang dgn anak-anak kakak kureng sikitlah Rai. tapi kalau kakak tak kisah apa aje...

    BalasPadam
  7. hubby suka benar makan ni...sedap rupanya...

    BalasPadam
  8. rai oooo rai
    aku nak order je ngan ko
    buleh?
    sebalang kecik tu ye

    BalasPadam
  9. penah dgr tp x penah rasa. ngeee...

    BalasPadam
  10. tak pernah makan... mcm sedap je mcm je... hihihihi

    BalasPadam
  11. Boleh buat bisnes ni Rai... Sesuaikan dengan tekak kita org Malaysia.

    BalasPadam
  12. Tak penah makan...kalau dekat nak jugak mintak rasa sikit. Mcm rasa makan acar buah ke..masam manis?

    BalasPadam
  13. Nak suruh anak2 sedara buatkan..sbb diaorg mmg suka kimchi ni..hehe..rai..sya buat melon pan..tp versi sya..hehe

    BalasPadam
  14. saya sukeeeeee kimchi... wah terer nya rai buat sendiri :)

    BalasPadam
  15. kak...i have no idea ni menatang apa...er...ada tester tak? huhu

    BalasPadam
  16. cam menarik je. saya tak pernah buat.thanks sis share

    BalasPadam
  17. x pernah mkn lg kimchi nie.
    Siap Shujin ckp ngan Aqil mkn cepat tu sblm ibu habis jual,sukakan diorg mkn kimchi.

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. rai.. akak nak order 400g punye... nnt bgtau ye mcmn... tq

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  19. @faraherda.razalan, sebalang ni 400g.. saya jual RM14 sekali dengan cas poslaju.. Tapi takde la serius meniaga pun. Just jual untuk kawan kawan yang nak rasa.. hehe.. kalau feedback ok, banyak permintaan baru consider nak jual betul2.. :D

    BalasPadam
  20. tak pernah makan kimchi..banyak jugak garam diperlukan ye kak?rasa masin2 la ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Garam tu utk menjeruk kobid panjang. Tapi perap 4 jam je. Lepas tu basuh dan bilas 3kali.

      Padam
  21. @Rai Ourkizuna salam kak boleh dptkn no akk x?sy nk sgt mkn kimchi ni.nak tnye lebih lg pd akk.hehe..hrp sgt kak boleh.xpon akk sms sy 0127300205. :)

    BalasPadam
  22. nak order boleh? serious buyer nih. hehe

    BalasPadam
  23. nak order boleh? serious buyer nih :)

    BalasPadam
  24. @Nik Ali, assalam.. Boleh. Emailkan details ke kesoma.rai@gmail.com. Tapi stock limited. Jadi kalau dah habis, kena tunggu next batch hujung minggu nanti..

    BalasPadam
  25. @Awasha a.s,assalam.. Boleh. Emailkan details ke kesoma.rai@gmail.com. Tapi stock limited. Jadi kalau dah habis, kena tunggu next batch hujung minggu nanti..

    BalasPadam
  26. Macamni ke cara buat kim chi. Saya pon suka makan kim chi...tapi ada kim chi yang tak sodapss...hahahaha masa pergi korea...penuh balang balang pasu depan rumah diorang peram kim chi.....

    kalau pergi tesco diorang satu tesco bau kimchi..LOL...rajinnya kak rai buat

    BalasPadam
  27. Chili brand BIDAN??.... DI malaysia ni, ada jual di mana ya?.. Aku punya chili kimchi yang beli di BUSAN dah nak habis.....huhu

    BalasPadam
  28. @Teacher Yasemine, kat presto Citta Mall.. Ara damansara tu.. dulu ada jumpa kat aeon.. tapi last sekali pergi tak jumpa dah...

    BalasPadam
  29. memang lama dah tingin makan kimchi ni tapi nak beli takut x sedap lak... satu lagi sesejak ngandung ni terliur nengok lam drama korea depa makan bulgogi.. haish ngandung kali ni sangat suka menatap gambo2 pelakon koyea lagi.. so ji sub terutamanya.. bkn di buat2 tau...

    BalasPadam
  30. saya radzizah berminat nak order my hp 017 367 1995

    BalasPadam
  31. saya radzizah berminat nak order my hp 017 367 1995

    BalasPadam
  32. Salam kenal... :)

    Aiii...dah kecur liur dibuatnyer..hehe

    BalasPadam
  33. Akak dah kecur lidah tngok kimchi. Nak order leh x

    BalasPadam
  34. Akak dah kecur lidah tngok kimchi. Nak order leh x

    BalasPadam
  35. Sy syamimi .. nk order boleh tak , teringin sangt dah ni .. boleh msj sy tak 0148248339

    BalasPadam
  36. Sy syamimi .. nk order boleh tak , teringin sangt dah ni .. boleh msj sy tak 0148248339

    BalasPadam
  37. salam, saya nak oder kimchi boleh tak? Awak jual ke?

    BalasPadam
  38. Sy pon teringin nak.kakak msg sy 0137780499.nk bli.dpt rasa ckit pon jd la.huhu

    BalasPadam
  39. Kak, boleh tak nak order.. dah bertahun2 menanti nak beli.. ada jual kat teso korean kimci, tp tgk tulisan korea sume, takut nak beli, takut tak halal.. boleh tak nak tempah.. ngidam sebenarnya... no hp sy 0137453349...

    BalasPadam
  40. Kak, boleh tak nak order.. dah bertahun2 menanti nak beli.. ada jual kat teso korean kimci, tp tgk tulisan korea sume, takut nak beli, takut tak halal.. boleh tak nak tempah.. ngidam sebenarnya... no hp sy 0137453349...

    BalasPadam
  41. salam,
    maaf ya.. saya close order kimchi buat masa sekarang.. tak sempat+tak larat..

    BalasPadam
  42. Nnt nak try resepi ni... asyik beli je makan pun tak puas 2 3 x je lps tu hbs... trma ksih ye rai ourkizuna

    BalasPadam
  43. sedapnya. teringin nak rasa. nak order boleh tak ?

    BalasPadam
  44. salam
    nak tanye boleh ? kalau tak ade korean chilli flake nak ganti apa ?

    BalasPadam
  45. terimakasih telah berbagi informasi yang bermanfaat.
    Obat Perangsang Wanita

    BalasPadam
  46. Sygnye xdpt order..dh closed ker order..xdpt nk rasa...huhucdg nk order..serius buyer ni..

    BalasPadam
  47. kak kalau dh open order msj saya. nina-0125796961

    BalasPadam
  48. Banyak jugak step dia ye... Saya suka makan...terima kasih share resepi sis:) kena try satu hari nanti...

    BalasPadam
  49. salam beb

    aritu aku test member bg punyer
    kimci tu mcm sedap gak
    tp masam giler

    ada cara ker nak kurangkan masam selain kurangkan masa perap tu?
    btw, mcm mane bole lg masam lak

    tkq

    BalasPadam
  50. @shah_izan, salam.. masam gilaaa tu sebab peram lama la tu.. biasanya aku pun tak suka masam sangat.. peram kat luar 24jam je..pastu masuk peti sejuk untuk kurangkan aktiviti bakteria.. so takde la masam sangat.. dlm resepi ni takde masuk agen lain..so mmg bakteria tu la punca masamnya tu..nak tambah masam lagi.. peram lagi lama kat luar peti sejuk.. kalau boleh tempat gelap.. hehe..

    BalasPadam
  51. boleh cod area shah alam?tengah teringin sangat ni..

    BalasPadam
  52. pada yang berminat, boleh whatsapp 0126894617 ya..

    anak-anak saya suka makan dengan nasi panas.. biasanya nasi jepun yg melekit tu..

    BalasPadam
  53. sy dh whatsap bleh reply
    bleh pos ke JB tak

    BalasPadam
  54. Assalamualaikum kak. Cili paste (guna cili kering) tu diblend kosong tanpa bwg merah & bwg putih atau boleh blend sekali dgn bwg merah & bwg putih?. Kalau cili paste letak bwg, rasanya pelik tak? Kalau ikut logik akal saya rasanya mgkin akan berubah. Tp saya blm prnh cuba buat kimchi. ~sayashikin~

    BalasPadam
  55. @BitterSweet-InLife, resepi paste utk kimchi ni mmg ada guna bawang besar holland dgn bawang putih.. so kalau nak blend sekali pun boleh je.. make sure cili kering tu masak dulu sebelum di blend ye..

    BalasPadam
  56. Hi! Nak tanyaa.... kimchi ni boleh tahan bapa lama eh?? 😂

    BalasPadam
  57. @Cikk Tasyaa, sebulan dua bulan takde masalah.. kami tak pernah dapat simpan lama2 sbb dah habis dulu.. letak dalam peti sejuk ok je simpan lama2 pun..

    BalasPadam
  58. Saya share sebahagian resepi buat Kimchi ni di blog saya ye.

    Terima kasih.

    Backlink diberikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Silakan. Terima kasih atas backlink yg diberikan

      Padam
  59. Salam ...Sory nk tny...
    Chili flakes tu halal x? .. :)

    BalasPadam
  60. kak, saya amik resepi yer,dah try. sedap. tq . saya share kat kengkawan jugak yer

    BalasPadam
  61. kita minat nak try kimchi tu...
    bila dah try baru boleh buat hihi..
    masih boleh ke nk order???

    BalasPadam
  62. Maaf nak Tanya.. Serbuk cili tu nak masak dulu ke

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^