Khamis

Cara cara memadam corak LEGO

Assalamualaikum

Kalau korang biasa dengan LEGO, kadang2 korang ada kepingan bata lego yang lama yang ada patern/design/printing yang korang taknak. Pastu korang terfikir, "bagusnya kalau aku boleh buang design ni dan buat design aku sendiri". Boleh ke?? Hahaha.. BOLEH! 

Sini aku nak share. 
Barang-barang yang diperlukan : 
1 - The brick (lego tu laa.. Kalau tadak cemana nak buang printingnya) 
2 - Kain yang licin (kain buruk pun boleh asalkan permukaan dia tak kasar. Kalau kasar, brick akan calar.) 
3 - Sebekas air bersih 
4 - Metal cleaner (pencuci tembaga kalau bahasa kampungnya) 

Mula-mula, rendam lego tu dalam air bersih tadi lebih kurang 5 minit. Kalau semalaman lagi baik. Lebih dari semalaman... Korang nak buat apa? Hahaha.. Kemudian, keluarkan lego tu lap sampai takde lagi titisan air yang kelihatan. Kalau permukaannya lembab-lembab gitu, cun arr. Kalau kering kontang, korang kena masukkan larutan yang bagi brick tu serap air. Kalau aku, aku guna LOC je. Kalau korang nak buat banyak keping lego nya, buat sekeping2. 

Jangan buat banyak serentak. Takut nanti legonya kering sebelum korang sempat buat langkah seterusnya. Langkah ketiga, letak metal cleaner pada permukaan kain dan gosok kat printing yang ada pada brick. Kain ya? Jangan guna berus! Apa jenis metal cleaner pun boleh, tapi untuk result terbaik pada aku, guna LOC Metal Cleaner. Kalau guna yang cap murahan sangat tu, takut permukaan brick tu calar. Nanti nak apply printing baru dah satu keje susah pulak. Kalau nak guna metal cleaner murahan pun ada. Nama dia Colgate. Pun boleh, tak calar. Lepas ni sesapa nak cuci jam ke gelang ke, guna Colgate. Serious boleh. Caranya sama. 

Balik pada tajuk, ada beberapa cara lain yang orang lain pernah kemukakan contohnya, guna kertas pasir yang halus, guna thinner dan banyak lagi. Tapi semua tu tak baik pada pandangan aku. Kalau guna kertas pasir, printing akan hilang begitu juga dengan ketepatan brick tadi. Lego is all about percision. Tak tepat? Tong sampah laa tempatnya. Kalau guna thinner, permukaan brick akan melebur macam kena asid. Lego bukan plastik biasa! 


Last sekali, cuci brick tadi dengan air sampai anda yakin yang metal cleaner atau ubat gigi tadi betul-betul dah takde. Sebab kalau ada yang tertinggal, kepingan brick tu akan terhakis dari masa ke semasa bila kita main dengan dia. Biasanya aku rendam dalam bekas air sambil gosok dengan tangan lepas tu aku basuh throughly dengan paip pulak. Lap sampai kering dan biar dia sekejap kat tempat teduh. Siap. 
NOTE : Teknik ni bukan sahaja boleh digunakan pada LEGO dan hobby kit, malah kat kesan kotoran degil pun boleh. Contohnya, pintu peti sejuk, remote control dan lain2 tempat yang ada kesan kotoran degil in which tangan kita tak boleh elak menyentuh.

Sponsored post by Shujin :D

Daa

11 ulasan:

  1. yg penting kena rajin..hehe..kak,thank u for info kekerapan makanan tu..

    BalasPadam
  2. Bgusnya tips..! Nak dipraktikkan lah...

    BalasPadam
  3. guna ubat gigi pun boleh? erm.. satu ilmu yg baru.. tima kasih kak.

    BalasPadam
  4. Thanks akk for the share...xtaw plak rietta printing dia bleh padamkan....

    Psss...sponsered by shujin?hehehe...suka dgr...sweet....

    BalasPadam
  5. Sape2 yg de lego lwh praktikkan tips nih

    BalasPadam
  6. waaa.. terbaek..tq for sharing ;-)

    salam aidiladha

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^