Khamis

Resepi sarapan pagi mudah sedap

Assalamualaikum

Kalau semalam aku dah share sarapan sihat dan ringkas, hari ni nak share sarapan pagi mudah sedap, tapi tak berapa nak sihat.. Hehehehe..

Churros.. Bunyinya macam kuros.. Tapi kalau makan sampai sebakul, takde maknanya nak kuros. :P
Ulat gendon.. Hehehehe
Resepi sarapan pagi mudah sedap gaya western. Wakaka..
Bahan bahan
1 cawan air
2 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak

Masak sampai mendidih. Tuang dalam bekas lain. Letak 1 cawan tepung gandum. Adunan agak melekit. Masuk dalam piping bag. Kalau nak cun letak nozel bentuk bintang. Biar rangup.
Share & earn [Klik Di sini]

Pipekan terus masuk dalam minyak panas. Goreng sampai warna keemasan. Dah agak sejuk. Gaulkan dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis. Perghh.. Habis sebakul tak perasan derr..

Bukan saja sedap untuk sarapan pagi. Untuk minum petang dan sebagai kudapan pun sedap. Selamat mencuba.

Nota kaki : Shujin susah ati tengok aku asyik masak je. Sampai gigih bangun buat sarap benda ni. Hahaha..

Daa

16 ulasan:

  1. Arggghhh...mmg sedappun...bebudak kat rmh ni...mkn celop coklat..! Da, cm nini cokelat celup...hehe...

    BalasPadam
  2. Oooo bahan bahan die senang je kan... bole cuba ni

    BalasPadam
  3. Hahaha.. cepat tul terpengaruh.. isk..isk.. tp sedappp kannnn

    BalasPadam
  4. wah kena rajinkan diri cenggini.. ;)

    BalasPadam
  5. senangnya Rai..cicah coklat sedappp

    BalasPadam
  6. Tak pnh try ni...boleh la cuba2 buat nnti :)

    BalasPadam
  7. bgun pg pg masak....aduh hai....rietta mmg xterdaya lerr....

    psss....they started calling me GADIS BILIK CETAK for real now...huhuhu....

    BalasPadam
  8. aiyarkk bunyi cam sedap...fendy suka la ni goreng2 cmni..kena suh dia beli gas cpt la..bleh buat ahad kang..hoho

    BalasPadam
  9. Np awak ni rajin bebeno eh? Sy klu nak ber'kuros' mcm ni pepagi weekdays, jgn hrplah Rai!!! Grg nasi bodoh boleh. Hahahahah! Nak trylah!

    BalasPadam
  10. Dalam pada susah hati Shujin makan sama.. dia takut gemuk tu Rai:)

    BalasPadam
  11. wahahahha kudapan ulat gendon hihihi..
    Shima simpan jugak resepi churos ni tp tak tergerak nak buat lagi ;p

    BalasPadam
  12. tq share this yer , nampak best sgt !

    BalasPadam
  13. makanan mana ni rai? tak pernah tau.

    entahnya rai ni, rajin sgt. kalau tak kerja luar tu takpelah. tapi kalau dah minat masak, mmg takleh halang kan.

    BalasPadam
  14. tak pernah try lagi ni :) thanx share resepi..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^