Isnin

EnSurvey penipu!!??

Assalamualaikum

Soalan pertama, ada sesiapa yang join Ensurvey dah berjaya cashout?

Aku dah berjaya dapat minimum amount untuk cashout bulan September aritu. Pastu, aku pun click button cashout
Aku plan cashout sekali dengan Nuffnang & 8Share. So, dapatlah banyak sikit bila kumpulkan. Yang 8Share dengan Nuffnang dah selamat guna dah pun. Tapi EnSurvey ni sampai sekarang takde khabar berita. Katanya 45 hari je. Masa cashout dia ada bagi email withdrawal receipt.

Takde la banyak mana pun amountnya.. RM139.40 je. Setelah tolak RM2.00. Jadi lah RM137.40. Katanya akan diberi dalam bentuk cheque. Malangnya sampai hari ni takde muncul batang hidung cheque yang dijanjikan. Bila aku email pada team support diorang kat support@ensurvey.com pun takde reply sampai hari ni.


Ye lah. Amount tu bukanlah banyak mana pun. Tapi korang bayangkan la. Satu survey 50sen je. Nak kumpul RM100++ tu jenuh jugak la keringat. 


Sedih sedih.. At least reply la email aku tu.. Ni takde. Memang aku cap penipu la kes camni. Boikot EnSurvey. Hahahaha..

Daa

15 ulasan:

  1. tak tau pun yang lain tu Rai..tau nuffnang je

    BalasPadam
  2. aku serik nak join selain dr Nuffnang.. pnh join adverlet dulu. pastu nufnang tarik status gliteriti aku, huhu

    BalasPadam
  3. tak pernah try lagi survey online..selalu offline memang on the spot dapat duit..

    BalasPadam
  4. yui ada juga sruvey ni tp lom smpai cash.. sbb lama dah tak update yg survey bru..

    itula.. xpernh lg bc entry blogger pasal cashout survey.. kalau btol nipu, mmg truk benor pihak depa.

    dahlah kt jawab setiap yg ditanya.. try lg email depa tu.

    BalasPadam
  5. kita baru nak kumpul..aritu baru ada dalam 70+ je..ingat boleh lah kumpul lagi nak buat tambah2 duit belanja..harapan tinggal harapan..survey berbayar terus hilang macam tu je..

    BalasPadam
  6. Erk? Mg kejamlah org mcm tu....pergunakan org.

    BalasPadam
  7. Akak memang tak pandai la hal2 ni Rai....

    BalasPadam
  8. hahahaha..saya igt..saya ingat...dulu awak ada buat entry pasal EnSurvey ni..dan saya pun daftar, jawab survey2 tu..tapi saya tak istiqomah....terus lupa! hahaha

    BalasPadam
  9. tak pernah tahu pasal enSurvey ni Rai.

    mmg sah penipu lah ni ya..◕‿◕

    BalasPadam
  10. Tersalah post cek tu kut... (Sangka baik + harapan tinggi)

    BalasPadam
  11. memang keringat jugak tu kak Rai berjaya jawab survey sampai ratus2..adalah hikmahnya nnt kan huhu..

    BalasPadam
  12. Tak pernah daftar dgn en survey ni. Klo dorang menipu memang tak patut lah. Byk jugak amount tu.

    BalasPadam
  13. Lya x pnh tau lgsung psl en survey ni.. bru 1st time tau ni. Biasa nuff.. churp2.. pastu y kaler ijau dlu tu.. nama apa ntah..lupa

    BalasPadam
  14. Try google psal ensurvey ni. Terbaca bnyk blog kata menipu. Berjaya kmpul kt Rm65. Ingt klau ada lg nk gak jwab then cashout. Erm.. Tergntng cmtu je la amaun yng dh kmpul tu.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^