Selasa

Cuti Sekolah Musim Bersunat / Berkhatan

Assalamualaikum...

Semalam aku tak sempat nak siapkan entry pasal Legoland Malaysia Resort Theme Park. Sebab utamanya ialah hari Sabtu haritu Aqil berkhatan.


Senyum je muka. Beberapa hari / seminggu sebelum bersunat, Aqil ada ambil berat jugak pasal event ni. Dia tanya "Bersunat tu apa? Kenapa perlu bersunat?". Jadi, aku terangkan dalam bentuk yang aku rasa lebih baik. Pasal hukum, pasal mensucikan diri dan doktor tak buat lain srlain mencapai matlamat tu. Aku tak pernah sebut perkataan "potong". Turns out, dia lebih excited dan tak sabar nak bersunat. Takut tak wujud langsung.


Ditambah pulak bila empat lagi sepupu dia turut bersunat dihari dan masa yang sama, bebudak ni macam enjoy habis. Walaupun pak long dia dok sibuk takutkan "potong dengan gergaji", Aqil lebih percaya dengan apa yang aku cakap. One side yang buatkan aku sayang sangat kat sulung aku, "always trust dad". Sebelum masuk ke bilik rawatan, semangat je anak ayah ni. Bila masuk pun, dia sendiri cepat-cepat naik kat atas katil tak sabar nak bersunat.


Dah tentu-tentu aku sendiri tak tau cemana proses bersunat tu dijalankan. Bukannya aku tonton sendiri masa aku disunatkan masa kecik dulu. Tapi bila tengok apa yang klinik buatkan kat anak aku, aku rasa "Wow, boleh tahan kejam proses bersunat ni eh?". Doktor main tarik, koyak, gunting, cucuk dan potong dengan besi panas camtu je. Seriously, aku tak sanggup tengok. Still, sebagai seorang ayah, aku tengok jugak apa yang dilakukan. Aqil nangis masa doktor dan nurse buat kerja. "Sakit! Sakit! Ayah tolong!" dia terjerit. Bila dah sampai proses clamp tu, dia dah senyap, dah okay pun. Muka masih dalam shock lagi laa. Ada jugak aku rasa macam doktor start proses tu sebelum bius tu betul-betul take effect lagi. Sampai rumah, aku betulkan PSP kat sebelah Aqil, pastu bagi access kat dia main benda tu 24 jam sehari. Belum sejam, dia dah tidur. Kuatnya anak ayah.


Walau macam mana pun, YEY, Aqil dah settle. Tahniah. Dari lima orang, dua tak menangis, dua menangis kat dalam bilik rawatan je, satu menangis sampai rumah. Kalau tengok dari peratus, rasanya sangat bagus berbanding masa aku kecik-kecik dulu. Sepuluh yang masuk, sembilan atau lapan yang keluar dari bilik rawatan pasti menangis teruk. Hahahaha. Harini dah hari yang ketiga selepas Aqil bersunat, dia dah tak boleh duduk diam. Asyik berjalan kesana kemari. Siap nak main bola sepak dalam rumah dah. Hadushh. Penat kepung.

Untuk ibubapa baru yang nak sunatkan anak teruna mereka, pada masa aku tulis blog ni harga berkhatan kat klinik swasta ialah RM160. Untuk yang tinggal sekitar kawasan Shah Alam, kain pelikat untuk kanak-kanak mudah didapati kat PKNS dan seksyen 18. Cara berpantang, sama macam orang lepas bersalin.

Well, selamat cuti sekolah. Penuhkan masa dengan aktiviti yang membina ya anak-anak. Kepada cikgu-cikgu, tolong jangan bercuti over sangat. Malu laa sket dengan anak murid. Letih ibubapa jawabkan. Nampak huduh laa. Kenapa? Next time kalau ada rezeki kita cerita. Hahahaha..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

16 ulasan:

  1. well done aqil! selamat berpantang heheh

    BalasPadam
  2. kat seksyen 18 tu jual kat mana ya?

    BalasPadam
  3. TAHNIAH AQIL
    DAH JADI LELAKI SEJATI, HIHI

    BalasPadam
  4. @Daddy Ziyyad
    Kat seksyen 18 tu kat Mydin belakang Giant. Kat Hari-Hari pun ada. Banyak pilihan. RM7.90 sehelai. Selain pelikat, sejadah, kupiah dan lain-lain ada dijual kat situ.

    Sesaja menambah, game tv yg guna catridge macam dedulu pun ada. RM30 satu. Okay laa untuk anak-anak bersunat layan Mario Bros. Hahaha..

    BalasPadam
  5. Hohoho! Teringat masa adik sy kena sunat dulu. Melaung2. Tatak mcm mana prosesnya. Bila baca entri ni, tau dah 'kesakitannya' mcm mana. Heheheh!

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...dah teruna dah Aqil. Strong boy. Guna clamp mudah sikit...tak perlu gantung kain pelikat. Adam dulu x boleh guna clamp. Kondisi dia kena guna cara manual...lambat sembuh dan jenuh nak tampal cawan polisterine tetiap hari sebab nak mudahkan dia bergerak. Rai tak tengok ke? Shujinnya jer yang cover semua yer...

    BalasPadam
  7. Leganya... kakak dpt bayangkan sebagai ayah mestilah seriau tengok anak sendiri kan - apa lagi Aqil anak sulung...

    Cepat sembuh ye Aqil..

    BalasPadam
  8. Semoga cepat sembuh ye Aqil..

    Anak saya 2 orang pun akan bersunat bulan depan.. Harap2 dipermudahkan Allah nanti...


    Jom singgah sini http://www.cintavitamin.com

    BalasPadam
  9. HUhuhuu... setenagh budak excited.. setengah ada yang gelisah mcm nk pengsan hahahah :P

    BalasPadam
  10. Beraninya Aqil. Tahniah. Cuti skolah ni memang musim potong ☺

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..dh selamat aqil.. dh jd lelaki sejati ni..

    BalasPadam
  12. tahniah aqil..wah .kak rai dah ada anak bujang..second imam...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^