Isnin

Frozen takoyaki mesti cuba

Assalamualaikum

Takoyaki semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Malah, makin ramai yang jual takoyaki. So, apa bezanya takoyaki kami berbanding takoyaki yang dijual oleh orang lain? Kenapa penggemar takoyaki WAJIB cuba takoyaki frozen kami?

Yang pertama : Resepi takoyaki original
Resepi takoyaki kami bukanlah rahsia. Ianya menggunakan resepi dan bahan bahan berkualiti dari Jepun, dimakan tanpa topping pun dah cukup perisa dan sedap!!

Yang kedua : Intinya tako
Kalau takoyaki, intinya tentulah sotong kurita kan..? Di Malaysia, tako ni susah nak dapat tau, tapi demi peminat makanan Jepun aku cari sampai jumpa. Haha..Mungkin ada yang kurang suka sotong, tapi cubalah sekali dulu. Mana tau korang jatuh suka pada takoyaki dengan inti sotong kurita.. Hilang satu nikmat dunia kalau tak cuba. Haha

Yang ketiga : Toppingnya yang super sedap dan lengkap
Apalah makna takoyaki tanpa sos takoyaki, bonito flakes, aonori seaweed dan kewpie mayonis kan..? Ya.. Kami memang guna kewpie mayonis yang super sedap tu!!

Gambar kredit untuk Ilyana Isa

Yang keempat : Penyediaan mudah, sesuai dimakan bila bila masa
Cuma tinggal panaskan dalam microwave atau digoreng sebentar. Tengah tengah malam, kalau lapar pun boleh makan. Pagi pagi tak sempat nak sediakan sarapan pun boleh tabur kejap. Bak kata orang snek bila bila masa.

Yang kelima : Harganya mampu milik
Frozen takoyaki ni aku jual RM16/18biji. Harganya amatlah berpatutan dengan rasanya yang sedap menjilat jari. Cuba sekali pasti nak makan berkali kali.

Tapi buat masa ni, frozen takoyaki ni hanya untuk COD di kawasan Shah Alam. Insya allah tak rugi mencubanya.

Sebarang pesanan/pertanyaan boleh whatsapp/sms/call di 0126894317.

Korang suka takoyaki?

Daa

30 ulasan:

  1. hok alohh..chakubarai ke pengkalan chepa buleh kak rai,,rumah imm kat epot..hahahaha
    teringinnye, nak bt sndiri malas nak kumpul bahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. imm, tak dapek la.. jauh bangat.. takut karang makan sakit perut pulak..

      Padam
  2. Penah beli yg kat psr malam..tapi rasa dia saya tak boleh terima.
    Tapi saya yakin yg Rai buat ni mesti sedap kan! Kalau dekat boleh gak try. Frozen2 mmg suka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ujie, saya pun tak pernah beli sebenarnya yg kat pasar malam.. biras saya kata pun tak sedap..

      Padam
  3. Balasan
    1. irfa, takde la irfa.. nanti aku try cari kalau ada yg berpatutan.. buat masa ni mmg tak berani

      Padam
  4. Nak...tak bley pos ke bangi ker...huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. fiza, huhu..tak berani la.. nanti karang tak pasal pasal sakt perut awak..

      Padam
  5. rai..acik pun nak jugak la..tak boleh sampai seremban ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. acik erna, tak sampai lagi buat masa skang.. insya allah ada rezeki saya cuba sampai ke sana..

      Padam
  6. Nape tak pos Rai..? Try la pos...mna tau...dpt smbutn...teringin nk rasa..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. syifa, nak jugak.. tapi kena guna kkhidmat cool courier service.. agak costly sikit tu..

      Padam
  7. meleleh air liur tau baca entry ni..hahaha

    nanti nak suruh wife saya beli la dari awak

    BalasPadam
    Balasan
    1. daddy zz, haha.. da buat ke belum takoyaki? aritu ada order barangnya kan..

      Padam
  8. saya suka! takoyaki osaka best oo dahlah besarr...aiyak..jom p jepun! heheh..

    btw anda telah di tag!
    http://storybyciksiti.blogspot.com/2014/09/liebster-award-2-by-siti-yang-menaip.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. siti, tak penah try la pulak takoyaki osaka.. ada recommended recipe?

      Padam
  9. Balasan
    1. kak mulan, sesekali datang sini singgah la.. mana tau ada rezeki akak..

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Nanti kite tulis review pasal takoyaki awak yang sangat sedap tu ok!

    BalasPadam
  12. teringin sgt nk cuba..
    tp tu la..jauh kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. lya, tu la.. tunggu kalau ada yg sudi jadi ejen kqt area kerteh ya.. hehe

      Padam
  13. sampai hari ni aku rasa macam takleh terima ko tak jamu takoyaki mase aku datang umah ko itu ari..hahaha..

    bila boleh jadi dropship takoyaki frozen ni makcik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaori, huk aloh.. udqh udqh la tu.. barang yg lepas usah dikenang.. takde rezeki ko aritu.. kami pun tak teringat nak buat aritu..huhu

      Padam
  14. Tak pernah makan lagi..tapi teringin sangat nak makan .. :-)

    BalasPadam
  15. nak gak.. kat wangsa maju..... ni bleh ke?..

    BalasPadam
  16. wahh...memang teringin nak cuba ni.. tak pernah lg merasa.. tapi kamek lagi lah, klu nak kena naik belon lagi..hehe

    BalasPadam
  17. alaaahaaii zai...kalau ko kat melaka kan seronok huhu...senang aku nak try hahaha...sebab aku mmg payah nak beli2 online huhu

    BalasPadam
  18. serious nak sangat cuba tp jauh sangat

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^