Isnin

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 2

Assalamualaikum..

Sambung cerita semalam..


Pastu, cuti Sabtu nak bawak anak isteri pergi perkena roti canai & nasik lemak, Aqil buatkan nasik lemak dia sendiri. Kemudian tamat laa rally binaan lego untuk satu minggu.


Minggu kedua terjebak, kami dah start nak buatkan kapal angkasa. Sasaran, saiz kapal angkasa mestilah tiga kaki panjang, dua kaki lebar dan dua kaki tinggi. Aqil mula bina robot ikut prototype yang aku pernah buat dulu. Cuma kali ni dengan warna bendera Malaysia. Kapal angkasa pulak tak sempat nak siapkan sebab tak putus-putus tetamu mengunjung datang. Silatulrahim lagi penting tak? Jadi kami rehat membina seketika. Bahagian yang dah siap macam hull, cockpit, enjin, sayap & thrusters, kami longgokkan dalam kotak je dulu.


Gambar pemenang minggu pertama...
Aqil tanya, "Kenapa gambar kita tak keluar pun ayah? Kita dah buat banyak dah kan?". Arghhh.. Tak boleh jadi ni, kena siapkan kapal angkasa cecepat!!!


Gambar pemenang minggu kedua...
Sebelum gambar ni keluar, aku dah dapat phone call. Senyum lebar semua orang. "Jom pergi Legoland...", jerit anak-anak. Well, baguslah usaha diorang paid off. Tapi yang pahit tu, Aqil cakap "Ayah kena belajar dengan abang ni, hahahaha..". Ceitt.. Mementang binaan dia yang menang.

Apa pun, tahniah kat sulung aku sorang ni.. Tabik spring satu!!
Harap-harap Aqil lebih berjaya lagi nanti.. amin

Selamat membina...
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini :
Bahagian 1
Link Lego Awesome Malaysia

5 ulasan:

  1. wow..sgt kretip, n cerdik ni,..
    smoga terus berjaya ye.. congrats aqil..
    aunty buat y simple2 pon mmg x reti la.. apa lg nk fikir bentuk2 lain2 camni

    BalasPadam
  2. wow sgt2 kreatif laa aqil rai...bangga tgk...moga2 besar jadi arkitek yg berjaya...tahniah aqil..berbaloi usaha aqil....

    BalasPadam
  3. @lieyalatif
    Aqil cakap bila besar, dia nak jadi lego designer. Hahaha..

    BalasPadam
  4. Tahniah Aqil! Aunty doakan cita2 Aqil menjadi lego designer tercapai satu hari nanti.. mmg sama cita2 dgn anak aunty no 2, Haris.. Aqil ada anugerah Ilahi yg tak ternilai tu.. semoga jadi Lego designer yg beriman & soleh satu masa nanti.. Aamin.

    Kalau nak tgk lego2 ciptaan anak saya jemput pegi link ini :)
    http://edrina.blogspot.com/2014/05/bakat-kreatif-anak2-part-1-najihah-haris.html

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^