Rabu

Tentang nama

Assalamualaikum

Oh.. Rasanya ada yang tak perasan nama puteri kedua, anak no 4 aku Nurul Afiqah Balqis.

Ada yang komen pada nama Balqis tu sebab ada ustaz yang kata nama tu dan beberapa nama lain adalah nama anak jin. Dan disarankan agar elakkan dari menamakan atau memanggil anak dengan nama tersebut sebab mengikut pengalamannya orang yang mempunyai nama nama ni cenderung kena gangguan. Wallahualam.

Mungkin betul pengalaman ustaz tu.

Setelah aku baca beberapa komen dari ustaz lain macam ustaz Haron Din dan Ustaz Zaharudin. Aku memilih pendapat di bawah

(1) Tiada larangan menggunakan nama nama yang disebutkan. Bahkan nama nama tersebut mempunyai maksud yang baik.
(2) Haram dan boleh jatuh syirik kalau kita percaya bahawa nama boleh mendatangkan tuah atau kemudharatan pada seseorang kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah.

So, kalau ada yang nak komen pasal nama Balqis yang aku guna dalam nama anak aku atau baik hati nak bagi peringatan.. Aku mohon sila simpan komen dalam hati dan doakan yang baik baik untuk anak aku.

Aku bukan nak bongkak. Sebagai ibu, aku taknak orang lain mencemarkan minda aku dengan benda macam ni. Bagi aku, kalau nama bukan yang dalam senarai tu pun, kalau nak kena ganggu pun kena ganggu jugak. Tak payah la nak sabit sabit atas nama. Ia mungkin satu kebetulan ramai yang nama macam tu terkena jangkitan. Semua tu berlaku dengan izin dan kkekuasaan Allah untuk menguji keimanan kita.

Hati hati bila kita percaya pada apa apa. Takut jatuh syirik pula.

Wallahualam. Mohon doa yang baik baik untuk Nurul Afiqah Balqis kami. Semoga jadi anak yang solehah dan beriman.

Amin..

15 ulasan:

  1. sedap nama nurul afiqah balqis tu, Rai...hi, baru nak jengah rumah Rai...lama sunggoh akak menghilang..hehehe...

    BalasPadam
  2. in sha Allah..takde apa yg buruk..sedap nama tu..

    BalasPadam
  3. Perkara syirik, yg dlm luar sedar..mmg masih menebal dlm masyarakat Melayu Islam..

    Itu kenyataan..yg kerja professional pun macam tu, so bayangkan yg sekolah tak tinggi...

    BalasPadam
  4. eh, sejak bila plak takleh guna nama Balqis? aku tak tahu pon..uhuhu...

    BalasPadam
  5. eh, sejak bila plak takleh guna nama Balqis? aku tak tahu pon..uhuhu...

    BalasPadam
  6. Amiiin. Akak sependapat juga dengan Rai. Masa Adam kecik dulu, dia asyik sakit dan demam dan keluar masuk hospital. Ramai yang sound akak direct dan marah2 sebab katanya nama Adam 'berat'. Adam tak mampu nak pikul. Akak pekakkan telinga. Yakin dengan Allah. Namanya mempunyai maksud yang elok, apa nak kira berat dan ringan pula kan....

    Semoga semua anak2 kita akan berjaya menjadi khalifah.

    BalasPadam
  7. betoi2... bila orang cakap camtu, ia kdg2 mmg mencemarkan minda kan... yela, kita ibu2 ni kalau blh nak semua yg elok2 n nak semua org doakan yg baik2 utk ank kita kan...

    InsyaAllah takda pe2...

    BalasPadam
  8. Wallahualam Rai...kadang nak kena...bkn ikut nma pun..nma biada2 pun kena juga apa.... baisalah...manusia kn...bnyk kelemahan...

    BalasPadam
  9. Rai kena lebih google lagi tentang yg baik pada nama itu. Jgn khuatir dik. Anak angkat kakak ipar kakak pun ada nama itu yg pada mulanya kami nak tukar namanya tapi bila terpaksa melibatkan kena angkat sumpah, kena jumpa balik mak/bapa asal, kena turun-naik pej. pendaftaran kami lupakan semua itu. Bila kami sekeluarga google ada pula yg baik darinya lalu kami lupakan. Insya-Allah andai baik didikan kita baiklah ia. Sekarang dah pun 4 tahun dah usianya.. tak pernah sekali pun kena ganggu apa-apa - Alhamduillah. JANGAN PERCAYA YG TAHYUL - SYIRIK jadinya.

    BalasPadam
  10. sedapnya nama nurul afiqah balqis..
    nama anak buah zi qistina, pun orang cakap nama ketua jin la apa la nanti suka berkawan dengan makhluk halus bla..bla..bla..
    akak zi malas nak layan dia buat bodo je.alhamdulillah qistina sihat xde apa2 masalah @ gangguan

    BalasPadam
  11. Nama Balqis x ok ke?Sepupu sy nama Balqis elok je.sihat sntiasa pndai & dh jd engineer dh pon =)

    BalasPadam
  12. Asslmkm kak.. Sy pn ada jgk terbaca psal nama balqis ni. Tp sbb sy xberkenan, xde la letak kt nama ank pn. Semua tu atas kuasa Allah..

    BalasPadam
  13. setuju sangat Rai..orang kita ni kadang-kadang main percaya je kan.betul tu, kalau salah percaya boleh jatuh syirik

    BalasPadam
  14. Iyela.. Mungkin ikut pengalaman ustaz tu nama balqis ni begitu begini. Tapi kita jangan percaya sangat, yg nak bagi mudarat tu Allah. Kalau dok percaya bulat2 gitu, jatuh syirik nanti. Doa yg baik2 sudah.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^