Rabu

Propaganda atau misinformation?

Assalamualaikum

Baru balik dari lunch. Alhamdulillah. Allah dah pinjamkan semula nikmat selera. Kalau sebelum ni kurang selera makan makanan kedai. Hari ni tak sempat masak, beli nasi kat luar pun da selera nak makan habis. Bagus tak membazir kan. Amalan syaiton tu..!

Aku tapau je lepas tu makan kat pantry ofis sebab ada Wifi FREE. Lepak situ sambil layan FB. Ada la baca status group ibu mengandung kat FB tu. Salah satunya adalah masalah biasa yang ibu mengandung sangat takutkan. Kena minum air gula sebab bacaan gula tinggi dari normal. Ibu tu mintak nasihat untuk pemakanan bagi kencing manis.

Maaf la. Aku tak puas hati sungguh bila ada orang yang bagi nasihat pada pesakit kencing manis suruh kurangkan gula dalam minuman. Kurangkan makan manis manis. Paling aku tak boleh blah ada suruh minum air ECPI. Geram!

Seriously. Pada aku, gula penyebab kencing manis ni lebih kepada propaganda je. Its not like orang makan sekilo atau secawan gula dalam minuman setiap hari. In fact, dari apa yang aku belajar, aku strongly disagree kalau kata gula ni adalah culprit yang menyebabkan kaki orang Malaysia kena potong.

Walau pun sebutnya kencing manis bukan bermaksud benda yang manis je yang menyebabkan bacaan gula tu tinggi. Tapi gula dalam darah tinggi adalah glucose dalam darah. Glucose atau bahasa melayunya glukos ni adalah hasil dari pencernaan karbohidrat. Bila karbohidrat dicernakan, ia akan menjadi glukos yang kemudiannya ditukar menjadi tenaga dengan insulin sebagai pemangkinnya.


Masalah bagi pesakit kencing manis type 2 ni adalah glukos dalam darah sentiasa berada dalam keadaan yang tinggi atau meningkat secara mendadak dan menyebabkan sel mengalami rintangan terhadap insulin. Dalam jangka masa panjang dan berulang kali, benda ni menyebabkan kencing manis. So culpritnya bukan saja gula. Tapi semua jenis karbohidrat yang menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat secara mendadak macam refine carb atau simple carb. Gula cuma salah satu daripada refine carb. 


Tapi yang lebih bahaya adalah nasi. Nasi putih yang kita makan, dan segala makanan roti, kuih muih yang buat dari tepung yang dah di refine (tak tau bahasa melayunya) yang sebenarnya punca utama. Sebab tu dalam piramid makanan dia suruh makan karbohidrat tu nasi beras perang, roti wholemeal.. Siapa pandai pandai lukis roti putih, nasi putih dalam tu? Lepas tu pandai pandai cipta diet atkins kononnya karbohidrat punca penyakit.

Marah bila iklan kat TV tunjuk pasal kurangkan gula la apa la.. Sudahnya ramai yang sala paham.

Paling pening yang suruh orang minum air kosong (ECPI) lepas tu cakap boleh sembuh penyakit itu ini. Memang la kekurangan air boleh jadi punca penyakit. Tapi kalau cakap air kosong atau air tapis boleh sembuhkan penyakit tu lagi hebat dari doktor. Dah tak payah susah payah ada hospital kalau macam tu. *sigh**


Nota kaki : Hati hati bila nasihat orang...err..bukan aku yang ada kencing manis.. Alhamdulillah aku sihat walafiat..

Nota kaki tambahan : Kalau gula penyebab utama kencing manis, kenapa tak ban air berkarbonat..sbb dalam air gas lagi banyak gula.. Malah, susu yang berperisa pun banyak gula..

Daa

14 ulasan:

  1. semoga semuanya berjalan lancar. bukan mudah mengharungi diabetes...semua org yg terdekat juga turut diduga.

    sabar:)

    BalasPadam
  2. Exactly. Sesiapa yang ikut diet Atkins tu belum memahami konsep diet. It is actually not healthy. Healthy way of eating is the safest way of diet. Cuma kena tambah exercise jer. Yg tahu, nak advise orang lain. Terus jadi misleading. Baru pagi tadi akak komen sorang blogger yang cerita tanggungjawab suami isteri. Baaaaiiikkk jer tunjuk t/jawab isteri ialah masak, mengemas, didik anak. Habis, suami tak perlu didik anak, tak perlu masak dan mengemas? Ada ker dalam AQ dan hadis outlined kan cenggitu? Perghh! Misleading betol...

    BalasPadam
  3. agreed..bukannya minum air manis 24jam yg jd penyebab kencing manis tu. actually gula2 tersembunyi dlm mkanan yg buat jd kencing manis tu...kalau bantai donut smp 5 ketul sehari, mana x kencing manis ye dak hehehe

    BalasPadam
  4. lagi satu nak komen nieh:

    walau apa pon diet yg kita amalkan, semua jenis makanan itu perlu. Tuhan pun tak kejam.

    Cuma kena makan berpada2:)

    BalasPadam
  5. Aaahoiii! mcm dpt tangkap emosi Rai hihi... Betul tuh mkn yg beras perang, roti wholemeal.. shima suka je nk belikan anak2 serat yg mcm tu, shima sendiri nak ke arah tu means nak beralih ke beras perang, roti wholemeal, segala bahan unsalted juga.. tp ada je kekangannya... Salah satu org sebelah sebantal ni hahahaha...Sorry klu nyusahkan Rai sbb komen shima semua ke arah spam huhuhuhu

    BalasPadam
  6. likelikelike. 2000 kali nak like entry ini.

    BalasPadam
  7. ni kena bg PM baca ni. sesukahati potong subsidi gula sbb konon ramai dpt diabetes!!

    BalasPadam
  8. harga gula naik ke tak naik ke..tetap kena beli gula..coz ema ni jenis yg tak minum air campur susu...

    BalasPadam
  9. rai... rai ni keje apa yer sebenarnya.. byk betoi ilmu rai ni.. :-)

    BalasPadam
  10. menyampah giler bile gomen kata gula naik tuk kawal kencing manis!hampehh je

    BalasPadam
  11. ok2... sila kurangkan semua. jgn lebih2. makan seadanya. kalau tak dapat sakit. muahaha... malas nak komen lebih2 nanti jadik 'pans'. habis la terbakar si rai ni nnt. ngeee...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^