Isnin

Biar kanak-kanak menjadi kanak-kanak

Assalamualaikum

Sebenarnya article ni publish in the Sun newspaper last week. Tapi aku tak sempat nak mengarang pasal ni sebab last week sibuk dengan tugas tugas khas kerani.
Children must be allowed to be children
Learning should be enjoyable
Apa yang penulis artikel ni kongsikan sangat menarik perhatian aku. Maklumlah. Sebagai ibu bapa. Child education memang sangat sangat penting. Zaman sekarang berebut orang nak hantar anak masuk sekolah seawal yang mungkin. Sampai ada ura-ura nak bagi sekolah rendah darjah satu start umur 5 tahun. Kebanyakan yang penulis tulis make sense dan aku sangat setuju.

Mengingatkan aku pada zaman kecik dulu. Habis sekolah rendah pukul 12.30. Balik makan tengah hari. Pukul 2 start sekolah agama. Pukul 4.30 balik. Lepak jap. Main galah panjang. Pukul 6~6.30 mandi pergi belajar ngaji. Malam baca buku sikit, buat keja sekolah sikit tido dalam pukul 10.

Aqil belum sekolah. Mungkin ada orang tanya aku. Eh Aqil da 4 tahun kenapa tak masukkan sekolah lagi. Jawapan aku dengan shujin simple. Mengikut observation kitorang Syllabus budak pra sekolah kat Malaysia lebih kurang sama. Kalau masuk umur 3 tahun sekali pun, nanti dia akan ulang sampai budak tu 5 tahun benda yang sama. Mungkin tambah vocab lebih sikit. Advance sikit sikit. Bukan tak baik hantar anak belajar ABC awal. Tapi aku rasa belum ada keperluan.

Personally pada pendapat aku, early child education adalah tanggungjawab ibu bapa. Bukan setakat belajar ABC. Tapi basic manners etc. Biasanya bila pergi sekolah. Cikgu akan bagi kerja rumah. Akan ada exam. Sedikit sebanyak ini akan mengganggu masa budak budak bermain. Sebagai ibu bapa. Kita sendiri pernah melalui zaman kanak-kanak. Bermain adalah satu process yang penting dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Kalau dibebani dengan kerja sekolah, exam (walau pun mungkin sedikit) ia akan menyebabkan anak-anak jadi stress.

Aku tak cakap aku betul. Tapi sistem persekolahan kita sangat exam oriented. Dan menyebabkan anak-anak yang kurang berkebolehan dalam bidang akedemik rasa ketinggalan. Sedangkan setiap manusia dijadikan berbeza dengan kelebihan masing-masing. Kalau budak tu tak excel dalam pelajaran mungkin ada satu bidang lain yang dia excel. Tapi sistem pembelajaran di Malaysia tak hiraukan semua tu. Kalau ko tak bagus, kalau ko tak score cikgu tak pandang.

Dalam artikel ni penulis ada cakap yang Finnish education (Findland) adalah yang terbaik di dunia. Diorang tak exam oriented dimana ianya mementingkan equality. Antara pendekatan yang diamalkan adalah proses pembelajaran yang menyeronokkan dan suasana yang tidak memberikan tekanan. Melalui pendekatan yang mereka buat, anak-anak akan membesar dengan value yang betul dan basic skill untuk make a living. They don't do school ranking, no national tests (test Cuma masa umur 16 tahun). The important things adalah, finnish children don't start school until they're 7.

Berbeza dengan kat sini. Kat sini, kecik kecik lagi mak bapak atau cikgu tanya. Da besar nak jadi apa? Yes. It is a simple question. Simple answer. Lepas tu mak bapak atau cikgu akan cakap. Kalau nak jadi XXX kena belajar pandai pandai.

Aku bukan nak kutuk cikgu cikgu kat Malaysia ni. Tapi aku kesian. Yang mana jadi cikgu sebab tak ada pilihan kerjaya yang lain. Bila budak budak tak berapa pandai, jadi stress. Nak marah. Tak ke terfikir yang penyampaian mereka sendiri yang ada masalah? Atau pun tak ke dia terfikir. Mungkin sebab dia buat kerja half hearted ilmu tu tak sampai kat murid murid.

Sebab tu aku tak jadi cikgu. Aku tak malu nak mengaku. Aku memang tak penyabar. Baik jadi kerani. Ngadap kertas lebih baik buat aku.

Daa

24 ulasan:

  1. Jujur tapi anak kakak semua umur 4 dah masuk tadika Rai. Dah terikut-ikut trend masakini...

    BalasPadam
  2. anak saya masuk pra-sekolah lambat.. pastu tensen org lain tanya ngapa bla bla, terpaksa masukkkan jugak.. kesian tengok nya, kecik lagi dah kena ke sekolah..

    dah sistem kita kat malaya camtu, semua kena ikut.. kata cikgu sorang ni, mmg kesian kat budak sbb lepas exam, ada lagi exam.. cikgu pon tak sempat duduk goyang kaki marking paper sbb kena buat questions utk next exam/test etc.. gurubesar pulak tekan cikgu sbb nak result cemerlang, nnti dapat ganjaran ribu2 kalo sekolah dpt result cemerlang dlm upsr, pmr, spm.. ni cikgu yg citer sendiri..

    dah takde pilihan kan.. tu la sebab saya dot dot dot.. hahaaa..

    BalasPadam
  3. betul betul..
    kat malaysia memang exam oriented..gagal je dalam bidang akademik punah harapan
    kat universiti pun sama..
    i pun tak boleh nak jadi cikgu..kang mmg konfirm berbirat anak murid...
    ada budak tu asyik je belajar, kemahiran hidup langsung tak tahu...

    i tengok budak2 sekarang pi sekolah beg bagak2...buku2 mcm2...buku kerja itulah, kerja inilah... kesian kat budak2 tu..belum lagi yang mak bapak punya hasrat impian masa kecik disalurkan pada anak2...
    kang suruh belajar taekwando, musik laa itu lah ini lah... stress budak2 tu....

    apapun, kasihanilah anak anda...

    BalasPadam
  4. cukuplah 3 murid aku tu..aku mmg x sesuai jd cikgi.hehe

    BalasPadam
  5. Rai! Good point! Terima kasih krn menyedarkan. Tp apa yg awak utarakan tu actually mmg baik! Ada neighbour sy tny, nxt yr Aydin dah 3 thn. Tak daftarkan dia skool ke?

    Mmmm...no wonder org Cina, even nak ade mistress pun, ade protokolnya sendiri.

    =(

    BalasPadam
  6. Lebih prefer hantar anak start umur 5 tahun..

    tapi memang kesian kat budak zaman sekarang macam tak de masa rehat. Zaman saya dulu lagi best, sekolah kampung tak de sekolah agama, balik sekolah lepas makan dan rehat pergi terus mengaji. hidup memang enjoy tak macam budak sekarang kecik2 lagi dah nampak stres

    BalasPadam
  7. best kan dulu, balik sekolah main galah panjang..sekrang buak2 lewat petang baru sampai rumah.
    patut la yaya mohon cikgu tak dapat..yaya pun tak berapa nak penyabar..hehe..kesian anak murid kalau dapat cikgu serupa daku..

    BalasPadam
  8. Saya setuju dgn artikel ini. anak saya sendiri, bulan Oktober ni masuk umur 4 tahun. Saya & wife dah bincang isu ni secara mendalam, dan "lets children, be a children". Saya akan hantar ke pre-school pada usianya masuk 6 tahun/5 tahun ++. Kami lebih menekankan home education terlebih dahulu.

    BalasPadam
  9. bila anak dah sekolah mak bapak pun jd stress kalau anak tak perform..sian anak2 dan mak bapak sama stress

    BalasPadam
  10. saya dan suami pun ada discuss hal ni (walau kami blm ada anak pun..). Kami sependapat yg anak tak perlu terlalu awal ke sekolah. Kesian & rugi dia tak melalui zaman kanak2 yg sebenar.

    *Rai, johorian ya? sama mcm saya..ada g sekolah agama. padat jadual harian tapi sempat main getah dgn jiran2. ^_^

    BalasPadam
  11. thumbs up!
    Shima pun rasa2 tak layak jadi cikgu. Mcm Rai jgak.. tak sabar! Ish bila la nk belajar bersabar nih huhuhu...

    Takat ni aqil learning sambil nyanyi dia suka... tamo paksa2. But sedia buku, kaler, nak conteng dinding pun contenglah hihi... Walau kemas depan mata aje tak sampai 5min dah sampai.. tp rasa2 5-6thn kot baru hantar dia... sekolah main hihi..

    BalasPadam
  12. akak suka entry ni.. budak2 sekarang stress + penat lebih.. terkejar-kejar dari pagi sampai ke malam.. tu tak masuk ada kelas tambahan atau xtvt tambahan..

    BalasPadam
  13. kakzakie,
    betul kak..zaman saya kecik dulu ada yang darjah satu baru nak belajar abc..budak budak sekarang darjah satu da kena belajar sains.. trend..kita jadi ibu bapa pun bila orang sekeliling tanya kita jadi serba salah..ditakut takutkan..takut anak2 ketinggalan dari anak lain bila masuk sekolah..

    kak mulan,
    betul kak..sistem sekarang ni bukan saja budak..cikgu pun stress.. sudahnya masing2 cari jalan nak lepas stress..salah sikit pukul..salah sikit nak belasah..padahal yang mangsanya anak2 kita jugak nanti..

    net,
    tu la..ramai anak muda zaman sekarang excel dalam study..tapi logic thinking tak ada..tak boleh nak apply apa yg diorang belajar dengan kehidupan..maklumlah.. belajar sbb nak jawab exam.. masing2 mandrem ilmu menghapal je..yg tere hapal tu dapat lah score bagus..

    BalasPadam
  14. irfa,
    sama la ngan aku..tu pun semedang jadi resakse aje..

    fara,
    susah dengan masyarakat sekarang ni..menakutkan ibu bapa kononnya nanti anak2 akan ketinggalan kalau tak bagi masuk sekolah awal2..

    ana,
    saya pun sama..saya sekolah johor mmg ada sekolah agama..tapi sekejap je..petang sempatlah nak main..lagipun takde sekolah tambahan bagai..

    BalasPadam
  15. yaya,
    ada hikmahnya tak dapat tu..hehehehe..

    daddy zz,
    sebenarnya saya pun ragu2 sebelum jumpa artikel ni..tapi bila baca.. mmg saya pun nak tunggu anak sekurang2 nya 5 tahun baru masukkan ke sekolah..

    nurul ain,
    betul..saya rasa tempoh 11 tahun bersekolah da cukup bosan..ni nak bagi awal lagi..kesian anak2..

    BalasPadam
  16. ujie,
    bagus berbincang dalam hal ni.. walau pun belum ada anak..persediaan awal tu penting..

    shima,
    sama lah dengan aqil kami..risau jugak kadang2..tapi insya allah ok.. bak kata iklan milo.. play more learn more..hihi..

    kak aiza,
    kan kak..syukur zaman saya dulu takde kelas tambahan..insya allah anak2 ni pun saya cuba bagi kebebasan bagi mereka memilih..

    BalasPadam
  17. yg blajar utk ranking tu, sy terasa. yg blajar utk exam pun, sy terasa. heh.sbb sy punya result dlu mmg excellent.tp skrg,sy tak nmpak 'hasil' pun.hurm.

    BalasPadam
  18. munna,
    susah nak admit sebenarnya..akak pun macam tu..tapi believe me.. most of the time..there's nothing good when u study because u want to have a good result in exam..tp masalahnya sistem kita mmg exam oriented..dan kita terpaksa flow with the current...cuma nanti bila da jadi ibu bapa..usahakan supaya tak terlalu push anak2..supaya diorang tak stress masa belajar..

    BalasPadam
  19. stuju. eB biar jerk drg tuh sampai la sampai ms utk msk skolah... x reti bc? x per... drg ttp akan pandai insyaallah :)

    BalasPadam
  20. Dulu2, bnyak masa terluang..boleh main macam2 permainan......happy jer..budak2 skrang ni sian tengok..terkejar2...

    BalasPadam
  21. betul tu..sekarang ini ibu bapa terlalu pentingkan pencapaian akademik..sahsiah pun kena seiring jugak

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^