Rabu

kerani cum penyambut telefon, mak ayah nak datang rumah..yeyehh~

Assalamualaikum

Minggu ni aku terover busy (cengkonon..macamlah ko sorang je busy sampai nak heboh sedunia.. ^_*) sebab mak dengan ayah nak datang malam ni. Diorang datang dengan Air Asia.. (Maaflah Irfa..aku tak sokong company ko sebab tiket mahal sangatlah...! Haha) Actually mak dah beberapa kali datang rumah aku dan bermalam. Ayah baru first time. Berdebar jugak lah. Maklumlah.. Rumah aku memang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan banglo mak ayah walau pun aku duk banglo jugak. Banglo empat tingkat..kongsi kongsi. Hehehehe..

So, nak dijadikan cerita since ada macam macam masalah baru baru ni, aku terpaksa lah membidan terjunkan diri jadi penyambut telefon. Ditambah lagi dengan kerja kerja pengkeranian tu. Keja bertambah, gajinya seropa je. Nyampah aku.. Oleh itu, memandangkan aku 24jam kena berkepit dengan gagang telefon ni kurang la sikit masa masa nak berfoya foya. Tak tau sampai bila keadaan ni akan berterusan. At least pun sampai pertengahan tahun. So doa doakanlah aku takde dapat heart attack sebab stress nak handle segala tugas tugas khas ini.

Ayah dengan mak nak datang sebab aku dah buat appointment dengan Dr Aziz (Tan Sri Paduka Saleha Complementary Health Care, dekat bangun Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah ) pasal sakit ayah tu. So far banyak dah tempat ayah pergi untuk ubat penyakitnya tu. Dari urut tradisional ke perubatan moden. Doktor yang ayah jumpa pun ada yang kata tak dapat nak bagi harapan pada perubatan moden. So since aku kenal Dr Aziz ni aku ajak lah ayah jumpa dia. Kesian dengan ayah sebab memang dah tak tahan dengan sakitnya tu. Harap-harap there's something yang boleh dilakukan nak mengurangkan kesakitannya tu..

So bermula esok aku cuti, dan Sabtu ni pulak nak attend health talk kat tempat Dr Aziz tu. Talk tu FREE je, so aku pun join je lah.. Lepas talk tu bawak ayah pergi Sunway Pyramid kejap lepas tu bertolak balik Johor. Ahad kena balik sini dah. Confirm shujin kepenatan nanti.

Take care all. Daa~

9 ulasan:

  1. bestnya mak ayah nak datang..mesti makan sedap je manjang nanti . btw ayah u sakit apa?

    BalasPadam
  2. jaga telepon best apa?keh keh~~

    BalasPadam
  3. rajin ko join talk sebegini...

    semoga ayah mu cepat sembuh!!..

    BalasPadam
  4. ayah k.rai sakit apa eyh..semoga beliau sembuh dari sakit tu..
    uish lamanya nak cover banyak2 kerja sekaligus tapi gaji tak naik?boleh bad mood jugak time keje ni..hehe..nak2 kena layan call tu..heww..yana paling fed up tuu..hahaa

    BalasPadam
  5. Peh, kelihatannya mcm full dgn xtvt je kan? Semoga dipermudahkan urusan ye?

    BalasPadam
  6. terasa penatnya tu.. takpe takpe, demi ibubapa tercinta kan..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^