Isnin

Sakit ayah

Assalamualaikum

Entry panjang gila...


Walaupun bercuti panjang aku kepenatan jugak. Banyak urusan yang nak diselesaikan dalam masa yang singkat. Termasuk bawak ayah pergi jumpa Dr Aziz. Ayah dengan mak sampai kat LCCT pukul 12.30 malam hari khamis (bertolak pukul 11.30 malam hari rabu) Hari khamis la kan..hehe.. Hari khamis siangnya tu bawa ayah dengan mak makan makan di Restoran Sup Urat Ketin di Bangi. Orang sakit mengidam..hehehe..Kami order banyak jugak la. Harganya berpatutan. 4 orang dewasa dan dua kanak-kanak kurang dari RM50 berserta air.
 
Hari Jumaat baru appointment dengan Dr Aziz. Sebenarnya aku pun susah nak cakap sakit ayah. Lebih kurang lapan bulan lepas ayah buat medical check up. Di dapati kadar gula dalam darah ayah adalah lebih kurang 8mmol/L. So since then ayah kena consume ubat kencing manis. Sejak tu ayah mengadu, mulutnya kebas, kakinya rasa kebas kadang kadang tegang dan mencucuk cucuk macam dihiris sembilu. Selain tu symptom biasa yang dihadapi oleh penghidap kencing manis macam kerap buang air kecil pada waktu malam dan mudah letih. Ini termasuk rasa sakit ketika buang air kecil bukan pada organ tapi pada kaki, tapi organnya kadangkala sedikit bengkak. Akibatnya, ayah tak dapat tidur yang berkualiti dan tubuhnya makin susut.
 
Sejak tu macam-macam jenis manusia yang datang dan jual barang kesihatan pada ayah. Dari krim sapu kat kaki yang beratus ringgit bila sapu kaki rasa tegang. Yang menjual pun hilang. Sampai la ke gula pengganti gula pasir tu. Sampai satu tahap ayah kata nak beli mesin elektronik yang harganya belasan ribu. Ada jugak yang syorkan pergi ke perubatan islam, dan mandi bunga dan sebagainya, kerana ada kemungkinan ianya adalah buatan orang atau pun makhluk halus. Sampai lah ke rawatan homeopati yang memang takde kesan tapi duitnya habis beratus ringgit. Semuanya tak menunjukkan perubahan positif.
 
Mulanya aku cuma ambil langkah dengar dan lihat. Memandangkan kakak kakak aku banyak menasihati ayah. Tapi bila keadaan dah makin teruk dan doktor kat klinik yang ayah kerap pergi tu pun sampai kata "takde harapan dan takde ubat yang boleh ubatkan kaki ayah" Sakit kaki ayah tu bukan sepanjang masa, tapi bila kena ayah tak boleh nak tidur, aku pun campur tangan. Bayangkan lah, nak duduk pun rasa serba tak kena. Kadang-kadang ayah meluahkan rasa putus asa.

Bukan aku tak percayakan perubatan islam atau perubatan tradisional, Cuma aku rasa yang salah satu punca penyakit ayah adalah dari ubatan yang diambilnya. Menurut ayah, kandungan gula sekitar 8mmol/L, tekanan darah 120/80mmHg, kandungan kolestrol pulak dikatakan normal (ayah lupa bacaannya berapa) Tapi ayah diberikan ubat kencing manis (glitazone), ubat darah tinggi (amlodipine) dan jugak ubat kolestrol (lovastatin) which include bunch of side effects. Especially statin drugs yang deplete CoQ10 dan kekurangannya biasanya menyebabkan masalah pada fungsi jantung. Aku agak terkilan sebab kalau tak tinggi kenapa diberikan ubat tu. Aku faham la kalau ubat kencing manis tu kena makan. Tapi kenapa dapat sekali ubat darah tinggi dan kolestrol.

*Side effect ubat-ubat ni aku baca dari buku "Supplement your prescription" yang aku mention dalam previous entry tu.

So lepas berbincang dengan suami aku mengambil langkah drastic campur tangan dan pujuk ayah untuk jumpa dengan doktor kenalan aku tu.

Alhamdulillah, lepas ikut nasihat doktor tu ayah kata dia rasa macam ada harapan. Walau pun perubahannya sikit, tapi ayah kata dia rasa kekerapan sakitnya makin kurang. Aku harap ianya berterusan dan ayah akan makin sembuh.

Daa

12 ulasan:

  1. Kesiannya ayah... tapi tak apalah anak-anak semua kalau boleh nak buat yg terbaik Rai... harapnya dgn cara yg Dr. kenalan Rai buat ayah beransur sembuh...

    BalasPadam
  2. Mudah2an kali ini serasilah cara perubatan ayah Rai itu. InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. aku minum teh herba hpa tuk turunkan gula dlm darah..hari tu cek 8 heeee..tp dr kat border line..kene jaga2...

    aku lebih suke rawatan lain selain dr ubat dr...aku suggestkan,tryla hpa heeee...family aku semua guna hpa,alhamdulillah ok...asma aku dah kurang sejak guna ubat khas hpa..dgn izin ALLAH la kan...

    rasa cucuk..bisa2 tu biasanya gula tinggi dlm badan...wallahualam

    BalasPadam
  4. mudah2an bapa u cepat sembuh yer :)

    BalasPadam
  5. Ouh, aku scary dgn simptom kencing manis sebegitu rupa. Menakutkan.

    Doktor Aziz?

    BalasPadam
  6. @Kakzakie, insya allah kak.. kalau diamalkan betul2 dengan izin Allah...

    BalasPadam
  7. @mummY daniSha, wallahualam.. ko muda muda dah tinggi gula eh.. hehe..

    BalasPadam
  8. @Pok Amai-Amai, yup.. kalau arak tu ibu segala maksiat.. kencing manis adalah ibu penyakit.. hehehhe...

    BalasPadam
  9. aku pun risau psl kencing manis ni sbb masa peknen di hajar aku kena kencing manis.doc pesan kena jaga2 takut nanti jd penyakit kekal :(

    moga ayah serasi ngan dr tu yer

    BalasPadam
  10. alhamdulillah berkat ikhtiar... semoga ada perubahan yang lebih baik insyaAllah...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^