Selasa

Bagaimana mengelakkan penyakit apabila telah mendapat sakit

Assalamualaikum

Actually aku memang dah pernah share yang aku beli buku ni aritu. "Supplement Your Prescription - What your doctor doesn't know about nutrition". Cuma aku belum share tentangkan kandungannya. Secara asasnya buku ni menerangkan kesan daripada makan ubat bagi penyakit penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, cancer dan sebagainya.

Yang menulis buku ni adalah seorang doctor, dan setelah membuat penyelidikan dia mendapati, terdapat banyak kesan sampingan hasil dari makan ubat yang disarankan oleh doctor sendiri. Terutamanya ubat ubat tersebut menyebabkan tubuh kita kekurangan vitamin dan mineral. Sebagai seorang doctor yang sangat memahami penyakit, doctor Hyla Cass ni tak menyarankan seseorang tu stop makan ubat, tapi dia suruh pesakit consider pengambilan vitamin dan mineral tambahan bagi mengurangkan kesan sampingan buruk disebabkan oleh ubat yang digunakan. Ini termasuk statin dan chemoteraphy.

Bagi mereka yang memang on drugs bagi penyakit penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan cancer, aku suggestkan cari dan baca buku ni. Pentingnya kita tahu apa yang ubat yang kita makan selama ni buat pada tubuh kita. Yang bagusnya, setiap satu vitamin dan mineral yang perlu diambil tu diterangkan dengan jelas dan lengkap dengan berapa banyak nak kena ambil. But remember, the trick is kena ambik vitamin dan mineral yang betul betul berkesan. Sebab bukan semua vitamin yang jual kat Farmasi tu berkesan. Jangan sebab murah kita beli, in the end Cuma menghasilkan air kencing yang mahal je sebab vitamin tu tak diserap dan dialirkan keluar melalui air kencing..

Avoid vitamin dan mineral yang mengandungi additives, preservatives dan artificial colors.
Additives - Glucose, sucrose, starch, microcrystalline selulose
Preservatives - jenis jenis sorbates macam polysorbate 80, benzoates seperti sodium benzoate, nitrites (sodium nitrite), atau pun sulphites (sulphur dioxide)
Artificial colors - FD&C Blue atau pun FD&C red

Yang mengandungi bahan bahan di atas ni biasanya do more harm than good. Dikatakan antara brand yang ada bahan ni adalah seperti Centrum. Aku tak sempat pegi check lagi. Nanti kalau aku sempat aku check dan confirm kan.

Nota kaki - Please consult dengan doctor sebelum start makan apa apa jenis supplement. Takut ada yang contra dengan ubat. Tak pasal pasal niaya nanti..

Daa

15 ulasan:

  1. Kakcik memang tak berani nak makan ubat yang tidak disyorkan oleh doktor (yang doktor syorkan pun belum tentu habis dimakan...hehehe)

    BalasPadam
  2. assalam rai..apa nak jadi dengan pesakit2 ye..kalau doc. sendiri dah bagi tau..bahayanya ubat2 yang kita makan atas nasihat doc juga.

    BalasPadam
  3. @kakcik, biasanya supplement tak disyorkan oleh doktor kak cik.. buku ni ada menyarankan vitamin dan mineral yang perlu dimakan..

    BalasPadam
  4. tq ya sebab sudi kongsi info ni...

    BalasPadam
  5. Kakak suka N3 ini. Nak ambil list the supplement and mineral which consist additives, preservatives and artificial colors that you had mentioned. Takut juga sebab walau dah consult dgn doktor tapi still kena tahu juga... kakak banyak ambil supplement walau tak adalah darah tinggi/kencingmanis bagai...

    BalasPadam
  6. Ya Allah..kenapa tiba2 sedih pulak baca entry ni??hehe..mak yana dah bertahun..berbelas tahun da kot makan ubat sebab masalah 3 serangkai..risau pun ada sebab yana tahu ubat tu kot mana2 pun dadah..ada effect jugak kat badan..mb blh sbbkan skit buah pinggang pulak..tapi ada baca dekat blog pharmacist 1 hari tu dia kata ubat2 ni selamat untuk badan sebab ditapis keluar melalui air kencing jugak..so konfiuss..dalam masa sama bagi gak la ma other supplement..entahlah..campur2..nak suruh stop ubat pun takut ada effect jugak nanti..sebab dari dulu dia bergantung dengan ubat tu jer dengan izin Allah..sebab pernah kena stroke jugak..risauuuu la k,Rai..huhu

    BalasPadam
  7. @Kakzakie, bagus kak take note tentang hal ni..jangan tunggu sampai dah sakit baru nak amalkan vitamin dan mineral..ianya untuk make sure kita dapat cukup setiap hari..

    BalasPadam
  8. @Prettywrite, apa kata yana cuba cari buku ni dan baca.. akak boleh cerita serba sedikit tentang side effect makan ubat (drugs) tapi since mak yana mmg makan ubat.. better kalau baca buku tu untuk panduan lengkap..

    yg tulis buku tu doktor..dia mmg tak suggest utk berenti makan ubat..tapi dia ajar macam mana cara untuk elak dari dapat penyakit lain yang disebabkan oleh side effect ubat..

    BalasPadam
  9. Selalunye suplemen yg baik adalah suplemen yg mhl.

    Mencegah lebih baik dari mengubati kan?

    Tapi bile dah kena, nak undur blk pun payah, kan?

    Haishhh...

    BalasPadam
  10. @Pok Amai-Amai, tak jugak farah..kalau tak silap saya multivit supplement like centrum biasanya cost rm30 for one month supply..means rm1 for each tablet. you can get better quality at only 70sen for each tablet..

    anyway..macam awak kata la.. our health is actually priceless..

    BalasPadam
  11. terbukak minda baca n3 ni...
    tengs2 my dear!!

    BalasPadam
  12. tqs for sharing... i makan fish oil & calcium je beli kat farmasi.. yg lain tu tunggu doktor kasi ie for kolesterol..

    i geram husband i yg suka sgt beli supplement entah apa2 kat farmasi tu..

    BalasPadam
  13. selalu bergantung pd ubat lama-lama ubat tu dah lali dgn badan,lgsung xde kesan pd diri kita :(

    aku paling tak suka makan ubt

    BalasPadam
  14. memang betul zai...penyakit darah tinggi,kencing manes..buah pinggang...kalau makan ubat darah tinggi dpatla penyakit yg lain nanti...yg last sekali buah pinggang..(dr sendiri yg ckp heee).aku x trust sgt ubat2 dr..sebolehnya akan try yg tradisional =)

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^