Rabu

Weight Management Program : Atkins Diet adakah berkesan?

Assalamualaikum

Kalau ada yang tak pernah dengar pasal Atkins Diet ni boleh Google je. Ringkasnya Atkins Diet adalah satu cara mengurangkan berat badan dengan kaedah mengurangkan pengambilan karbohidrat.

Entah kenapa dalam banyak-banyak jenis diet aku rasa Atkins Diet ni adalah antara kaedah yang paling popular. Mottonya mudah je. Jangan makan nasi. Avoid segala jenis makanan yang mengandungi karbohidrat. Tak silap aku tak lebih daripada 20g karbohidrat dalam sehari.

Mengambil kira kadar obesiti yang berlaku adalah disebabkan oleh pengambilan karbohidrat yang berlebihan, aku rasa pendekatan macam ni mungkin berkesan. Mengurangkan pengambilan karbohidrat secara sekaligus akan dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam diet harian. Kurang kalori bermaksud, badan akan mula menggunakan lemak yang tersimpan dalam tubuh untuk digunakan menjadi tenaga. Itu pun kalau kita mempunyai ability untuk extract lemak tu menjadi tenaga.

Selain dari tu, tenaga boleh juga di dapati dari makronutrien yang lain seperti protein dan lemak yang boleh diambil tanpa had.
pipi obese
Ada beberapa perkara yang menjadi isu bagi aku dalam konsep Atkins Diet ni. Aku tak kata tak berkesan sebab kaedah ni dicipta oleh seorang doktor. Aku bukan pakar pun. Tapi konsep asas yang aku belajar menyebabkan aku rasa atkins diet mungkin bukan kaedah diet yang berkesan untuk semua orang. Mungkin hanya bagi sesetengah orang

(1) Secara asasnya kita memerlukan certain amount of nutrient setiap hari. Makronutrien dan mikronutrien, air, serat dan fitonutrient. Setiap jenis nutrien tak kira diperlukan dalam jumlah yang banyak atau pun sedikit adalah sama penting. Oleh itu, menolak atau mengurangkan jumlah pengambilan satu-satu jenis nutrien dalam satu jangkamasa yang lama mungkin boleh mengganggu perjalanan normal sistem manusia.
(2) Sefahaman aku, karbohidrat yang sering membawa masalah adalah simple carb seperti nasi putih, tepung putih, gula, dan jenis-jenis refine carb serta makanan yang mempunyai glysemic index yang tinggi. Karbohidrat dari kumpulan complex carb seperti beras perang, tepung wholemeal, roti gandum penuh adalah kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan.
(3) Pengambilan lemak dan protein yang tak terkawal juga boleh menyebabkan masalah obesiti. Malah lemak mempunyai 2 kali ganda kandungan kalori berbanding karbohidrat. Oleh itu, pengambilan kedua-duanya juga perlu diambil kira dan dikawal jumlahnya.
(4) Proses menurunkan berat badan memang penting, yang lebih penting lagi adalah mengekalkan berat badan. Kalau dapat turun 20kg, lepas berhenti mengamalkan diet tanpa nasi, berat naik 30kg memang tak guna. Persoalannya, berapa lama seseorang tu sanggup hidup tanpa nasi. Kalau sanggup tak makan nasi macam manusia normal selama-lamanya, Atkins Diet mungkin adalah satu kaedah yang ideal buat individu tesebut.
(5) Kadar toleransi seseorang terhadap karbohidrat adalah berbeza. Ramai orang mengalami masalah berat badan walau pun makan sikit biasanya mempunyai kadar toleransi yang rendah terhadap karbohidrat, tetapi bukan bermaksud tak boleh makan karbohidrat. Mereka ini perlu mengawal jumlah karbohidrat yang diambil dan elakkan diri dari mengambil simple carb. Bagaimana pun, jumlah kalori yang perlu diambil dalam sehari perlulah menepati keperluan harian kalori seseorang. Kalau kalori tak cukup, badan akan rasa lemah dan letih. Silap-silap boleh jatuh sakit.


Aku tak kata Atkins Diet ni tak bagus ok. Terpulang pada diri masing-masing. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Aku bukan pakar pun.


Tambahan : Salah satu concern aku pasal atkins diet ni adalah karbohidrat adalah sumber utama tenaga. Dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat secara mendadak badan akan rasa lemah, letih dan tak bermaya. Walau pun aku bukan doktor, tapi aku tau keadaan tu adalah tak baik untuk tubuh.

Apa pun kaedah diet yang diamalkan, jangan perjudikan kesihatan. Yang penting adalah pengawalan berat badan bukan mengenai pemakanan saja. Senam, gaya hidup..semuanya ada peranan masing-masing. Tak payahlah tahan lapar macam orang gila kalau malas senam.

Nota kaki : Sebagai orang asia yang lahir kat Malaysia. Aku tak boleh hidup tanpa nasi..hehehe..

Daa

11 ulasan:

  1. saya rasa berkesan jugak kot..haritu sy pernah try atkins diet ni..buat induction 2 minggu first tu berjaya la..turun dalam 4 kg cmtu..tp lepas tu x kawal balik dah makan..so berat naik balik..kalau lepas 2 mnggu induction tu, kawal je pemakanan..mesti boleh turun lagi kot..huhu..tapi sakit jiwa raga gak la nak habiskan induction 2 mnggu tu..rasa badan lemah sangat2..huhu..teringin nak try lagi tapi xtau bila..huhu

    BalasPadam
  2. @アヌムちゃん, thats the point yang saya cuba tunjukkan.. nak turunkan berat badan sampai badan rasa lemah..tak larat..it is not a good sign..then.selama mana boleh bertahan is another problem..weight management bukan sekadar menurunkan berat badan.. kena consider utk memastikan berat tak bounce balik..

    actually saya sangat2 tak setuju kalau turunkan berat badan sampai mendera badan..

    BalasPadam
  3. susahnya...

    tak boleh la tak mkn nasik langsung...huhu...

    tapi bdn saya ni bagai dipam2 dah ni...

    BalasPadam
  4. rai..
    aku dah cuba tapi bertahan 4 ai je.lepas tu menggelupur mcm org africa..hehe
    ramai yg dah berjaya tp x sesuai ngan aku.sekarang aku cuma kurangkan kuantiti je

    BalasPadam
  5. @wahida, betul..sebagai rakyat malaysia..saya pun tak boleh tak makan nasik..hehe.. actually ada kaedah menurunkan berat badan yg lebih sihat..tapi terpulang pada diri masing2.. nak senang atau nak sihat..

    BalasPadam
  6. saya penah cuba diet atkins...dek gara2 badan naik...turun 4kg...sekarang cuma kawal berat agar x naik balik...tapi sekarang makan nasi gak tapi dalam kuantiti yg sikit...nak turun lagi tapi macam ko katalah...kita ni org asia...x boleh kalu x makan nasi..hehe.

    BalasPadam
  7. @HappyIrfa, haha..ko ni kelakar la irfa..menggulupur.. over gila perkataan..

    sebab tu aku kata..atkins diet mungkin berkesan utk sesetengah org..tapi mungkin tak sesuai utk semua org..

    BalasPadam
  8. pokok pangkalnya dimana ada kemahuan disitu ada jalannya..kalau jiwa kental, diet boleh on sukses..


    berpuasa sunat setiap hari isnin dan khamis salah satu diet yang tradisional lagi berkesan..cuma jangan jadi cam gorilla lah bila masuk azan maghrib terus lantak 3 pinggan nasi..kalu gitu, tak yah puasa hehe..tak tercapai matlamat tuh.

    BalasPadam
  9. nasi tu makanan ruji ... kdg2 thh mlm bangun buka periuk.. x leh tido kalo perut lapar..


    rasanya elok amalkan berpuasa lah kan.. selain mencuci usus perut, kita pun beramal sama, dpt pahala.. tp nawaitu kena betul lah.. jgn lah berpuasa kerana nak kurus..

    yg pasti kena amalkan pemakanan seimbang & kurangkan karbo, bukan nya x amik karbo langsung.. lebih kan serat (sayur/buahan2).. dan minum air masak banyak..

    tp kan.. kakyong sendiri pun dah makin mberat.. kdg2 sayang, makanan anak tak habis, nak buang kan mbazir..

    BalasPadam
  10. yang pasti, faza bukanlah calon sesuai guna teknik ni..sb faza hantu nasik..wakakaka...lebih suka mkan jumlah sikit tapi berulang..dan exercise sb heart pumping memang sgt membantu burning the calories and fat as well...walaupon cabarannya kadangkala malas..hehehe

    BalasPadam
  11. @cerita best, thanks sudi singgah sini pakjoe.. insya allah nanti saya singgah ke blog pakjoe..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^