Isnin

Trip Pahang lagi dan pisang gemokkkss

Assalamualaikum

Sepanjang bulan puasa ni weekend memang kami tak lekat sangat di rumah. Ada saja urusannya. Weekend kali ni kami ke Pahang lagi. Sama urusannya macam minggu lepas. Alhamdulillah walau pun penat travel tapi feedback semakin menggalakkan. Diharap lepas raya nanti boleh tambah lagi pengusaha kelapa sawit dan getah yang nak cuba gunakan penggalak tanaman kami.

Musim menanam padi dah makin dekat. Pesawah kat utara pun dah mula order. Sebelum ni yang mana ragu-ragu nak cuba. Cuma ambik untuk serelung, dah ambik untuk seluruh tanaman. Dengar kata kalau biasa serelung cuma dapat 1.2tan. Dengan penggalak ni serelung dapat 2 tan. Haiwan perosak macam tikus, ular pun tak datang dekat.

Member aku pulak cuba sembur penggalak pada buah pisang. Hasilnya, buah pisang jadi gemoks gila. Isi pun padat. Oleh sebab penggalak ni takde bahan kimia memang takde masalah nak sembur pada sayuran atau pun buah. Maybe lepas ni boleh mulakan eksperimen atas tanaman lain untuk luaskan market.

Jom layan gambar pisang gemok..

[Atas sebab yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa remove gambar pisang gemoks. Harap maklum]


Ni baru percubaan pertama. So memang kena buat banyak percubaan dulu sebelum kita boleh rekomen pada pelanggan. Ayah memang banyak tanam pisang. So boleh la aku sembur-sembur pada pisang dia..

Berbudi pada tanah dapat banyak hasil kan.

Bila la aku boleh jadi petani jugak. Tapi nak beli tanah takdak modal. Huuu.. Duk kampung jugak yang seronok.

Nota kaki : Tak dapat nak menanam, dapat bantu tambah hasil petani pun jadi lah.

Daa

9 ulasan:

  1. perghhhh....pisang gemooks itu amat la mengujakan...

    chaiyok2...semoga bisnes tu dapat sambutan....

    BalasPadam
  2. tu lah..gemokss gila kan..

    thanks.insya allah..usaha sampai berjaya..hehe..

    BalasPadam
  3. pisang ni ke yang buat cekodok tu..kan2..ada biji dalam dia..bro bukan tau pasal pisang..makan taulah hahaa

    BalasPadam
  4. hoh...yg tu kena tanya tuan tanah tu bro..saya pun tau makan je.. takat pisang berangan, pisang emas tu saya tau lah..hahaha..

    rasanya pisang nipah sbb bersegi mcm tu..biasa org goreng..

    BalasPadam
  5. uishh semangat sungguh pisang tu! betul tu berbudi pada tanah mmg akan mendapat pulangan...

    BalasPadam
  6. gemuk gila pisang neh..x diet ke pisang neh??hhahahah...

    owh pe nama penggalak tuh??n rupanya camner ye heheh

    BalasPadam
  7. @Syuxer

    pisang obese..harap2 takde kencing manis..hahaha..

    nama dan rupa adalah dirahsiakan.. kitorg kena jaga market kitorg gak.. hehe..weekend ni maybe kitorg nak cuba tembusi market kelantan pulak..utk penanam padi dengan getah..kalau nak tengok produknya boleh email saya kesoma.rai@gmail.com

    BalasPadam
  8. @Hanis MY, tapi lagi ramai yang suka makan gaji.. sebab jadi petani ni takde kelas.. hehehe..

    BalasPadam
  9. pisang obesiti.. huu..knyng ni kalau makan

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^