Selasa

Natsukashii

Assalamualaikum

Aku tengah sibuk nak balik dah ni. Biasa lah, bulan puasa kan boleh balik awal. Hehehe.. Kerja aku banyak, tapi tetiba je aku terbelek entry lama-lama masa Aqil Mubarak baby lagi. Especially entry makan kertas dengan masa yang berlari. Sungguh natsukashii.


Aqil baby

Budak bolat ibu

Aqil dah semakin pandai membina ayat. Cakapnya pun banyak. kepochi macam aku kata shujin.

Dialog 1
Shujin : Abang toddler, dah tak boleh main macam ni. Adik takpe adik baby
Aqil : Bukan. Abang baby, adik toller (toddler)
Shujin : Abang toddler~ adik baby
Aqil : Tak tak..abang baby. Adik no no. Adik toller.

Dialog 2
Damia tengah pegang something dan dia nak barang tu

Aqil : Yah, yah..Adik taknak ni
Aku : Adik kan tengah pegang tu. Adik nak
Aqil : Tak. Adik taknak
*ambik dari adik, Damia yang memang kuat drama terus menangis berguling-guling sebab barang dia pegang kena ambik.

Dialog 3
Aqil : Abang nak yangg
Aku + hubby : Yang mana?
Aqil : Nak yangg..
Sampai sekarang aku anggang "yang" adalah unknown, undefine object yang Aqil je paham

Adik pulak dah pandai mintak air. Dah pandai bukak peti sejuk. Dah pandai tunjuk kehendak dia, nak atau taknak. Dah makin pandai mengajuk cakap orang. Unexpectedly dia dah pandai nak ikut-ikut aku solat. Alhamdulillah.

Anak-anak dah makin besar. Satu hari nanti bila aku belek entry ni semula aku mesti akan rasa natsukashii.

Daa

8 ulasan:

  1. hehehe..go0d luck mencari maksud "yang" tuh..=))

    BalasPadam
  2. anak membesar depan mata sendiri mmg best....bukan semua org dapat lihat diaorg membesar.ada parent yg sibuk sgt...

    BalasPadam
  3. liyana,
    hahaha..tu lah..tak tau lah apa yang dia maksudkan tu..

    BalasPadam
  4. msredcheese,
    sayang kan macam tu..pada saya saat tengok anak membesar adalah saat paling manis bagi ibu bapa..

    BalasPadam
  5. semakin anak membesar semakin banyak ragamnya

    BalasPadam
  6. kecik kecik ditimang timang..dah besar esok dilempang lempang..hahahaha

    BalasPadam
  7. aqil nak masuk 3 tahun (lahir 11 ramadhan atau 11 september)
    damia setahun lebih dah (lahir 9 june)

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^