Rabu

Amalan mudah mengempiskan perut buncit

Assalamualaikum

Masalah wanita dan lelaki bila menjelang usia pertengahan adalah masalah perut buncit. Lebih lebih lagi bagi wanita yang dah mengandung dan melahirkan anak. Nak bersenam, malas tak sempat. Ramai cuba crash diet mahu pun product karut marut. Tapi akhirnya tak ke mana mana. So acaner?

Ini adalah antara perkara yang boleh diamalkan bagi mengempiskan perut yang buncit. Dan sekali gus menguruskan badan.



(1) Minum segelas air sebelum makan. Elakkan minum air ketika makan
(2) Makan dengan pinggan yang berwarna gelap
(3) Makan dengan tenang, kunyah makanan sekurang kurangnya 40 kali – Kunyahan dapat membantu sistem penghadaman dan dapat mengelakkan kita dari terlebih makan.
(4) Elakkan dari makan sambil menonton televisyen
(5) Dapatkan tidur yang secukupnya – Rehat yang secukupnya membantu proses metabolisme badan kita
(6) Banyakkan tersenyum. Elakkan dari terlalu stress – Stress menyebabkan lemak terkumpul di perut dan sekaligus menyebabkan perut menjadi buncit.
(7) Banyakkan berjalan
(8) Rajin mengemas rumah. Lap lantai menggunakan kain berbanding mop – Dapat membakar kalori berlebihan
(9) Duduk dan berjalan dengan postur yang betul – Duduk dengan badan sedikit membongkok menyebabkan otot perut tidak bekerja dan menyebabkan lemak lebih mudah terkumpul.
(10)  Lakukan plank selama 1minit sebaik bangun pagi dan sebelum tidur – Plank sangat baik untuk menguatkan core kita
Senaman mengempiskan perut bagi yang rajin..hihihi
Tak susah pun kan.. Nak ubah semua habit dalam satu hari memang sukar, tapi buat satu persatu. Insya allah akan berjaya.
Selamat mengempiskan perut buncit.

Daa

15 ulasan:

  1. oh...nape kena mkn pinggan gelap..? kena cari jwapan ni...

    BalasPadam
  2. aku pun nak tanya benda yg sama nok...

    lagi satu, aku kalau kat rumah, mesti sambil mkn nak kena tgk tv...huhu...

    BalasPadam
  3. ilusi optik. kalau warna makanan kontra dengan warna pinggan, kita akan aware dgn jumlah makanan yang dimakan. makan sikit rasa kenyang. katanya.. :D

    BalasPadam
  4. At least start dengan plank yang 1 minit tu pun boleh kan Rai...?

    BalasPadam
  5. tengok tips dari Rai ni..bersemangat tau pula...bole cuba nanti

    BalasPadam
  6. ngeheheh!!lepas meletup nanti bolehla cuba tips rai ni:)

    BalasPadam
  7. dan satu lagi, kena kurangkan minum ais heee

    BalasPadam
  8. bila perut melecor kena ayor panas apa pn xbleh buat..nak tarik napas nak pura2 perut kempis pun tak boleh...hahaha

    BalasPadam
  9. Mcm ne lak petua nak kck kan muntut eh? Hehehehe! Dah beranak t, mst kat belah situ yg kembang semangkuk kang....

    BalasPadam
  10. ok tq berkongsi.. tapi tang pinggan gelap tu compius KA kenapa yer !

    BalasPadam
  11. semua yang jangan-jangan tu selalu dibuat..wahahhahaha..cermaner

    BalasPadam
  12. Akak sekarang bagai di pam2 perut paha jgn ceritalah. Dah bau2 40an ni memacam pulak...sob..sob...

    BalasPadam
  13. Boleh cuba ni. Kenapa dengan pinggan gelap yea?

    BalasPadam
  14. Nak xsercise tu yg malas tu.hehe..pastu mmg suka minum ais sya ni...

    Sya mau resipi kare pan...sya mau..hehe :)

    BalasPadam
  15. boleh cuba utk laki ku yang perut makin membuncit..haha..tq makcik!

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^