Khamis

Masyarakat semakin tenat

Assalamualaikum

Takut kalau tengok berita sekarang ni. Berita yang mengejutkan 10-15 tahun dulu dah semakin biasa dan semakin banyak didengari. Ahli keluarga sendiri dera anak kecil secara fizikal dan seksual. Jiran-jiran dah tak ambil berat perihal sesama jiran.



Culik dan bunuh ahli keluarga. Kalau dulu berita macam ni memang berita yang sangat rare, sekarang dah terlalu banyak sampaikan berita keluar minggu lepas, jadi bualan sekejap lepas tu dilupakan.



Nauzubillah. Takut baca kisah terbaru anak dua tahun didera abang dan kakaknya. Pelbagai persoalan timbul difikiran.

Jiran tak tau ke?
Mak ayah budak tu tak balik jenguk anak ke?
Tak ada rasa kasih sayang ke dalam diri abang dan kakaknya?
Tergamak cederakan budak dua tahun yang cakap pun tak berapa pandai lagi?

Sakit rasa hati bila baca. Sakitnya masyarakat kita kan.. Itu baru hal kemanusiaan. Belum hal hal lain. Mencuri merompak. Allah.. Takutnya tengok.

Mintak dijauhkan anak cucu kita daripada dizalimi dan menzalimi makhluk lain. Semoga sentiasa dilindungi rahmatNya.

Aminn

6 ulasan:

  1. Itulah Rai..bila agama selalu dipinggirkan tak mustahil semua ini terjadi. Syaitan semakin berleluasa di sana-sini. Mudah ada menggoda anak-cucu Adam yg lalai..

    Didik anak sedari dlm kandungan dgn agama itu PENTING!
    Kemudiah amalkan bersama juga PENTING!

    BalasPadam
  2. takut kan..lieya pun ade tgk gambar budak yg kene dera tu...maysa Allah luka die bukan yg biase2...mcm mane laa tubuh sekecil tu boleh tahansakit tu...lama sungguh penderitaan die....ygpelik tu darah dgg sendiri takde hati perut....

    BalasPadam
  3. rasanya tak melampau kalau dikatakan 'hati2 manusia (yg jahat) itu lebih teruk dari binatang' :(

    BalasPadam
  4. Jenayah, menipu, memgitnah dah jadi mainan sekarang.

    BalasPadam
  5. nauzubillah.. mintak dijauhkanlah org2 yg kita kenal berperangai macam ni

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^