Selasa

Bukan mudah nak senang

Assalamualaikum

Sejak selamat melahirkan anak kelima, aku memang sibuk teramat. Bukanlah kata tak ada masa langsung nak berehat. Penipu sangat tu sebab aku masih aktif update di FB personal dan juga FB page Frozen Takoyaki. Cuma, buat masa ni keutamaan adalah lebih kepada keluarga dan fokus pada perniagaan. Maklumlah, isi rumah sudah bertambah, hasil dapatan pun kena tambah. Tak cukup kalau sekadar harap pada gaji bulanan. Just recently yang aku realize, aku tak patut mengabaikan blog ni sebenarnya. Sebab trafik organik dari blog masih banyak. Masih ramai yang email buat pertanyaan pasal penapis air, pasal makanan Jepun dan lain lain pertanyaan.

Cuma itu lah.. Masanya tu.. Bila ada idea nak menulis, tengah kalut pada perkara lain. Bila sudah mengadap blog ni, ideanya lari merata. Susah nak mula menulis satu-satu topik tu. Banyak sangat yang bermain di fikiran. Tak mengapalah. Aku cuba susun balik idea idea lapuk dan update pasal anak-anak di sini juga.

Maaf buat semua peminat (kahkahkah)

Will be right back with more updates and more pictures of the kids. Hehehe..

Jangan marah ya.

Daa

2 ulasan:

  1. aku paham perasaan ko sbb aku pun alami benda yg sama
    masih ada yang mncari kain cotton, nasi arab, tudung hasil google blog ni
    dan skrg aku cuba kembali ke blog, wpun nak buat 1 posting rasa cam blur-blur gitu

    BalasPadam
  2. Yg anak 2 ni pon sprint nya mcm tak cukup tanah mcm2 keje tak habis2... Paksa diri update sbb sayaaanngg sama blog.. Hehehee..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^