Rabu

Tanam pokok dengan keratan batang

Assalamualaikum

Rupanya mudah sangat tanam pokok dengan keratan batang. Pokok besar ke kecik ke pun boleh. Antara yang aku dah cuba adalah pokok lemon, cuban oregano (bangun bangun), pokok cili, pokok mulberi dan tomato.
Lemon - kerat dan cucuk sahaja
Biasanya kalau pokok macam lemon tu kan orang tut kan untuk dapat anak pokok kan. Ini tak payah. Cuma perlu kerat sikit batang atau rantingnya, dan cucuk pada tanah. Pastikan siram air dua kali sehari. Letak tempat yang kurang kena cahaya. Dapat 3-4 jam cahaya matahari pun dah cukup. Nak lagi bagus, gunakan serbuk penggalak akar pada hujung yang nak dicucuk ke dalam tanah.

So far aku tak guna pun. Just cucuk dan siram. Agak-agak dalam seminggu dua dah keluar akar. Lepas tu pindahkan ke medium yang sesuai.

Kalau pokok tomato lagi senang. Tak payah dah semai dari biji. Kerat sikit dahan pokok yang sedia ada. Lepas tu tanam. Pokok tomato mudah tumbuh akar pada mana-mana bahagian yang kena tanah.
cuban oregano - bagus untuk menyembuhkan batuk dan kahak
Ada juga yang share pokok jambu air yang gunakan kaedah yang sama. Menarik kan..
Ni je bahagian laman yang nampak kemas sikit. Yang lain bersepah macam apa.. haha
Lepas ni boleh cuba di rumah masing-masing ya.

Daa

7 ulasan:

  1. Harus mencuba ni

    Dah lama pasang niat nak tanam pokok2 yg boleh dijadikan makanan/sayur kat rumah.. tp x berkesempatan ajer

    BalasPadam
  2. Ye banyak yg kakak dah pernah buat.
    Oregano tu Rai tunggulah. Sekarang ni lagilah musim hujan tahu-tahu aje penuh satu pasu. Cepat dia membiak tau.

    BalasPadam
  3. Xtahu pula klau pokok cili pun boleh. Hihihi.. Cntiknya laman sis.. :)

    BalasPadam
  4. Wah, dh nmpk rupa kebun dh
    Tahniah ye

    BalasPadam
  5. jambu biji/jambu batu/guava bole tak ditanam dengan hanya menggunakan batang

    BalasPadam
  6. Mau tanya..
    Bolehkah anak pokok lemon yg tumbuh dari akar ditanam?

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^