Isnin

Weekend cuti sekolah

Assalamualaikum

Brief update je ni ok. Takde gambar lagi...

Haihh.. Baru Isnin dah mengadu penat. Ye la ye la.. Orang lain lagi penat Rai oii~!

Actually, weekend kali ni aku rasa macam tak cuti. Penuh aktiviti dari pagi sampai ke malam. Hari Sabtu bawak kanak-kanak cuti sekolah pergi tengok ikan kat Aquaria KLCC. Parking kat Asia Jaya, naik Putra LRT sampai KLCC. Happy sangat diorang sebab boleh naik choot choot.. Walau pun bunyik train zaman sekarang bukan bunyik choot choot pun. Hahaha.. Keluar pagi pukul 10, petang pukul 5:30 baru sampai rumah. Malamnya shujin ajak ratakan tanah kat tepi porch kereta sebab Ahad tu dia nak pergi beli rumput pulak nak tanam. So kena prepare siap-siap base tu. 

Ahad pulak, kami dapat invitation sensei aku masa sebelum belajar kat Jepun dulu. Pergi rumah dia makan-makan, borak-borak. Lepas tu pergi cari rumput kat jalan airport subang menghala ke Sungai Buloh. Aku cakap kat shujin, kat area Hospital Sungai Buloh nun lagi murah. Tapi dia dah tak tahan nak membeli. Lagi pun belinya tak banyak pun. Pilot project kekdahnya. So, malas dah dia nak drive jejauh sampai ke Sungai Buloh nun. Tapi singgah sana sini sebab nak siapkan kimchi beli barang bagai, pukul 5 lebih jugak sampai rumah. Balik tu aku makan dulu, pasang rumput beli tu kat laman. Lepas maghrib terus start buat kimchi sampai pukul 11 malam..

Lepas siap kemas kemas dapur bagai. Pukul 12:30 jugak baru dapat tidur. Patutnya hari ni nak puasa. Tapi pukul 5:30 baru terbangun nak sahur. Sahur bendanya lagi dah nak masuk subuh dah. Sob.. Esok la puasa.

Sakitnya bahu pikul budak kecik yang makin berat tu kat Aquaria. Hahaha..

Korang buat apa weekend aritu?

Daa

8 ulasan:

  1. weekend kelamrin saya jalan2 di Terengganu...hahaha..

    mmg penat wooo bila saya baca part " menanam rumput sendiri tu"

    good luck!
    bagus ada keazaman buat sendiri.

    Macam saya ni, mmg tak la..
    Malas + takde skill + takde masa.

    BalasPadam
  2. padat sungguh dengan aktiviti..mau tak penat

    BalasPadam
  3. weekend yg padat tu! sama mcm saya.
    sabtu balik BP, balik hari..sbb ada 2 org sepupu kawin.
    Ahad buat ic kat Putrajaya, renew company reg. kat Pudu Sentral.

    BalasPadam
  4. amboi rai..
    banyaknya aktiviti dalam sehari..

    BalasPadam
  5. Adik badik mai umah... melayan gitu gitu jer... seronok... tak letih sangat masa diorang ada... bila diorang balik tu letih skit sebab nak kemas semula pinggan mangkuk dan toto narita tu... hehehe :)

    BalasPadam
  6. cer pakai ssc sis kalau kuar outing dgn anak2..kurang sikit sakit badan n lenguh2...saya ada buat review kat blog..jmputla baca nanti...!wekend saya cuba buat biskut raya..ahhaha..gigih tak?persiapan awal katanya

    BalasPadam
  7. tengok citer cina berpuluh2 episode laki bini dalam rumah....hehehehe

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^