Isnin

Misteri kehilangan

Assalamualaikum

Phewww.. Susahnya nak update blog kan sekarang.

Sebenarnya aku sibuk dilanda misteri sejak minggu lepas.

Alkisahnya.. Lebih kurang enam bulan lepas, aku pergi ke LPPKN untuk pasang satu compartment yang dipanggil IUCD.

Last week, aku check up. Doktor scan dan tengok dari pelbagai sudut, "natang" tu tak dapat dikesan. Doktor suspect, kesilapan mungkin berlaku ketika pemasangan dan menyebabkan alat tersebut ke "tempat lain". Memandangkan aku mengalami kesakitan yang teramat ketika proses pemasangan dibuat dan ianya berlarutan selama hampir seminggu di samping pendarahan yang agak banyak selepas ianya dipasang. Iya. Horror jugak..

Sebelum tu, dua minggu lepas aku sakit kat abdomen bahagian kiri sampai tak boleh nak angkat kaki. Susah nak diterangkan sakitnya. Tapi macam sengal menyucuk macam tu. Takde pendarahan ke apa. Just sakit. Lepas tu, kedua belah kaki macam susah nak angkat sebab sakit. Terbongkok jugak la aku berjalan. Tapi 2-3 hari, sakit tu hilang. So, aku pun tak pergi check doktor.

Kesan daripada kecuaian aku yang tak pergi jumpa doktor terus masa tu adalah.. Now that IUCD tu tak dijumpai. Hati aku kuat kata benda tu belum keluar. Sebab sedangkan benda lain keluar pun aku rasa. Takkan seketul benda keluar aku boleh tak sedar. The only solution nak tau benda tu masih dalam badan ke tidak adalah dengan buat x-ray.

Tapiii...

Period aku dah tak datang. Dan Aqil nak dapat adik sorang lagi. So, aku kena tunggu another 9month untuk tau benda tu masih ada atau dah terkeluar.

Bermacam-macam feeling aku alami sekarang. 

Shujin sangat susah hati. Tuan punya badan lagi la kan. Honestly... Aku far from happy. Kesian yang kat dalam.

Doakan yang baik-baik buat kami.

1 dalam 100.. Dan failure tu berlaku pada kami. Allah pilih aku dari 100 perempuan lain. Tentu ada sebabnya.

Hati... Redhalah kamu..

Daa

18 ulasan:

  1. tabahkan hati ya.Adakala yang tak dijangka itu yang terbaik buat kita.Anugerah yang tak disangka.

    BalasPadam
  2. Ada orang susah... ada orang senang nak dapat... hmmm...

    Semua tu dugaan dan bahagian masing masing...

    BalasPadam
  3. ya Allah rai...biar betul....lieya ingat hilang duit ke beg ke ape...tapi ni hilang yg serius nie....

    berani gak rai pakai alat protection tu yeak...lieya dulu mase kene pilih lieya amik cucuk depo jek...tu jek yg berani...tapi lepas dpt dayyan ni tak amik dah...lantak leee ...rancang sendiri2 ekekekeek....

    sakit tu rai nak masukkan bende tu...ini kan plak dah hilang...rai jgn di biarkan tau...gi cek okey....in sha Allah tade ape tu ...

    take care rai...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum,

    semoga dimudahkan segalanya...

    sila kuat, mummy

    BalasPadam
  5. moga segalanya baek aja...rezeki bby ada di mana mana....

    PS...akak maseh jual frozen tako x?

    BalasPadam
  6. Moga semuanya berjalan dengan baik hendakNYA.

    BalasPadam
  7. alahai, mmg risau memikirkan..kena ikut ajelah suggestion doc. Cuma nak tunggu 9 bln tu mmg terasa susah. Semoga ada penyelesaian yg terbaik. Insya Allah.

    BalasPadam
  8. Msya-Allah Rai! Ngilu kakak dibuatnya. Kakak rasa bukan 1 dalam 100. Kakak tak pernah dengar boleh jadi macam ini tau. Macam 1 dlm seribu.

    Apa pun sama-sama kita berdoa moga yg di dalam dan yg menanggung juga sihat terus. Macam tak logik disappeared macam tu aje kan...

    BalasPadam
  9. Kita sekapal, tu je nk komen, kbai
    Doa yg baik2 eh

    BalasPadam
  10. bahaya tak keadaan rai ni? yela menda tu hilang..saya tak tahu sangat pasal ni..tapi, saya doakan yang baik2 buat rai sekeluarga..

    BalasPadam
  11. Aqil nak dapat adik tu.. alhamdulillah rezeki rai sekeluarga..makchaq doakan baby dan rai sihat dan selamat.
    Tapi bab misteri kehilangan tu memang sangat nyilu dengar..
    Pegi la scan lagi sekali.... kot2 boleh jumpa/ nampak..

    BalasPadam
  12. Adoiii peritnya.... nak tunggu another 9month sebab nak tengok suatu "misteri" tu memang azab kan?? semoga kuat kizu !

    BalasPadam
  13. ehhh tahniah ye sbb aqil nak dapat adik...
    tapi bab yg misteri tu mmg misteri sungguh... liya tak pernah dgr lagi bende tu blh ilang cam tu tanpa dpat dikesan... hmm apa pun liya doakan moga dipermdahkan semuanya yr... insyaallah doa bnyk2 .. risau bila baca ada juga kes cam nie..

    BalasPadam
  14. salam ramadhan, semoga bertabah nk dpt baby lgi tuu ;p

    BalasPadam
  15. firstly nk cakap tahniah!! bila mengandung? dh brp bulan?.. tak tau pun...

    yg pasal miusteri tu, Ya Alolah... saya pulak yg baca rs risau.,.. hrp2 semuanya okla...

    BalasPadam
  16. moga semuanya baik-baik saja yer. kuatkan hati tau.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^