Rabu

Mari mengompos, jangan ketinggalan

Assalamualaikum

Tahu tak yang pengkomposan adalah satu trend yang makin mendapat tempat dalam masyarakat. Bukan kat kampung je.. Kat bandar pun.

So kalau korang jenis yang follow trend semasa. Jangan ketinggalan.

Aku dah masuk tong ketiga mengompos. Bela larva black soldier fly (BSF). Walau pun aku ni penggeli, tapi seronok tengok ulat BSF tu gemuk gemuk makan sampah dapur. Bekerja keras menghasilkan baja untuk tanaman kami. Hehehe..

Iye. Mungkin ada yang akan kata. Ala buat apa susah berkompos. Baja boleh beli. Organik tak organik. Semua ada habaq kat hang. Tapi tujuan aku berkompos dan bercucuk tanam ni ada banyak sebab.

(1) Kepuasan peribadi. Seronok tengok tanaman membesar.
(2) Ketenangan jiwa. Honestly, balik rumah, stress atas jalan yang jem, stress kat opis. Hilang bila balik tengok pokok dan ulat ulat yang menggemuk dengan jayanya
(3) Aktiviti sekeluarga. Salah satu cara kami spend masa sama-sama. Shujin banyak tolong buang rumput, cangkul tanah, buat lubang etc untuk projek kami ni. Anak-anak walau pun geli geli nak main tanah, tolong tolong jugak.
(4) Mengurangkan pengeluaran sampah. Dengan mengomposkan bahan buangan dapur, kami dapat kurangkan pengeluaran sampah hampir separuh tau. Sampah pun tak berbau busuk sangat sebab yang contribute busuk ni kan sampah dari dapur tu. Of course la diapers bebudak ni lagi busuk. hehehe..
(5) Menyelamatkan bumi. Adalah satu perasaan yang sangat best bila kita tau kita lakukan sesuatu untuk selamatkan bumi. Demi masa depan anak-anak.

Bak kata orang.. Kita bukan mewarisi bumi ni dari generasi lalu, tapi kita pinjamnya dari generasi akan datang. So barang pinjam kena lah jaga bebaik.

So, dah join kempen sampah? Hadiah tak bagitau pun. Sibuk promote suruh orang kempen kan aku ni. Hahaha.. Tapi dah ada dua orang yang join. Yey~!

Daa

14 ulasan:

  1. MENARIK, MANA NAK BELI ULAT TU?

    BalasPadam
  2. rietta still guna baja bakar dr kampung...nak mengompos sendiri...rietta agak geli...

    BalasPadam
  3. mmg betui green earth ni ... tahniah la wei

    tp aku geli ngan ulat smapah aargggg

    BalasPadam
  4. @HeNRieTTa JoSe, akak geli jugak.. tapi fikirkan kebaikannya.. buat gak.. hahaha

    BalasPadam
  5. @Irfa, ulat tu datang sendiri.. hahaha

    BalasPadam
  6. @eima, macih.. hehe.. aku geli melompat lompat kalau nak terpegang ulat tu.. tapi cekalkan hati.. hehe

    BalasPadam
  7. Merujuk jawapan awak pada soalan Irfa, maknanya, kita biarkan sampah rumah kita utk beberapa lama, sampai ulat sampah muncul sendiri?

    So, berapa lama awak biarkan larva BSF tu membesar? Adakah maknanya awak campakkan BSF ni dlm tanah lepas tu?

    Maaf byk tanya..sebab tak tau..hahaha

    BalasPadam
  8. Rumah kakak tak boleh buat macam itulah Rai bimbang lain jadinya. Belum mampu lagi. Kalau dikampung juga yg senang semua kambus dlm tanah - kena 2-4 minggu dah ok...

    BalasPadam
  9. baunya tak than rai.. kalau kt kg boleh buat ni..
    tanh bnadar sekankang kera susah sgt.

    BalasPadam
  10. Tong sampah penuh, akak terus buang.. sebab akak geli + tak suka tengok tong sampah tu penuh.. huhuhu..

    BalasPadam
  11. ya ampun nok, sungguh aku kagum dengan semangat korang laki bini...

    terbaek lah...

    BalasPadam
  12. masa dok johor, menyewa rumah kampung, adalah mengompos...
    la ni...tak dopek lah. lain macam lak jiran sekeliling tengok

    BalasPadam
  13. bagus rai, action speaks louder than words, mula nak kompos, atau ada grinder kat sink tu. memang kagum dengan rai sekeluarga.

    BalasPadam
  14. Assalam rai,
    he3
    ulat????
    takuiiittt
    rajin la uols

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^