Selasa

2014 & 2015

Assalamualaikum

Lama tak menulis ni kekok rasanya. Ada yang terindu rindu ke blog ourkizuna ni. Kehkehkeh..

Actually hujung tahun ni biasalah. Nak tutup akaun. Nak capai target. Dan macam macam lagi. Tambah lagi berkabung pasal kehilangan pesawat Air Asia dan banjir besar yang melanda segenap pelusuk negara.

Salam takziah buat semua mangsa yang terlibat. Semoga dapat menerima ujian ini dengan tabah.

Bagi yang bukan mangsa banjir, ini juga satu ujian bagi kita. Ingat ke kita pada orang yang dalam kesusahan. Dalam media sosial. Macam macam kisah, macam macam berita.Yang betul, yang direka. Yang tak diketahui kepala punca. Hati hati berkongsi cerita yang tak pasti sahihnya.

Semoga 2015 lebih baik lagi buat kita semua. 

2015 lebih mencabar sebab GST akan bermula. Pelbagai spekulasi tentang harga barang. Kerajaan kata tak membebankan, tapi rata rata "pakar ekonomi" kata pengguna akan dibebankan dengan harga yang semakin mahal. Marilah kita bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan tersebut.

Daa

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak rai.. tulah.. sedih sheila tengok video2 mangsa banjir. tak daya nak play suara.. sebakk.. semoga tahun baru nanti lebih bersinar buat semua. huwaaa gst T_________T"

    BalasPadam
  2. Rabbi yassir walaa tu'assir.. Moga Allah lindungi semua...

    Sedih sangat kan..

    BalasPadam
  3. hampir boleh disimpulkan..2014 : tahun kesedihan Malaysia. Moga tiada lagi tragedi besar pada 2015.


    beli brg letrik, org kedai asik ckp thn dpn harga naik sbb ada GST.

    BalasPadam
  4. Moga kita semua kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan dariNYA.

    BalasPadam
  5. 2014 mencatat banyak kisah duka buat Malaysia lalu tempiasnya dirasai oleh kita rakyatnya.

    2015 tak tahu lagi tapi nampak dah bahang akibat mahu memperbaiki banyak intra-structure yg rosak akibat banjir dikebanyakan negeri ditambah dgn GST. Kita tunggu ajelah Rai..

    BalasPadam
  6. sama2 lah kita menempuh tahun baru.. semoga 2015 nice with us..

    BalasPadam
  7. sibuk benar nampaknya yer kak..yes semoga dpermudahkkan semuanya,,semoga kita juga menjadi insan yang lebih baik bagi tahun2 mendatang

    BalasPadam
  8. wehhh...lama tak jengah sini!!

    Bachok ape cer? tak banjir kan?

    BalasPadam
  9. Salam

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....

    BalasPadam
  10. Tahun baru dah muncul.. Jam kita pakat bisnes. Bersedia untuk GST. . Kak rai, semoga maju jaya.. :)

    BalasPadam
  11. selamat taun baru zai...semoga taun 2015 yg terbaik buat kite insyaallah

    BalasPadam
  12. Selamat tahun baru! Semoga semua urusan kite dipermudahkan utk tahun ni. aminnn.. huhuhu... gst.. gst..

    BalasPadam
  13. pendpt aida ~ gst memang akan meningkatkan harga ataupun perbelanjaan kita seharian. tak terhad kpd membeli brg aje, byk lagi perkara lain yg skang ni xde gst, april nanti da ada gst.
    sebab tu la dgn gst kerajaan akan tambah pendapatan. sebab skop cukai da luas. but kalau nak diikutkan, byk juga benda yg wajib turun harga. sebab ada itc. sepatutnya turun harga! but, tau ajer la, bila harga da tang tu, turun tak mungkin, naik ada la kot... Allahu'alam...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^