Selasa

Pertandingan Lego awesome Malaysia

Assalamualaikum

Semalam shujin dah buat pos sebenarnya pasal pertandingan akhir lego awesome Malaysia ni sebenarnya.. Saja aku nak ulas pulak.

Pusingan awal kami menang dengan Lego nasi lemak yang Aqil buat. Bebudak ni sangat excited bila dapat tahu yang salah satu hadiah utamanya adalah penginapan percuma di Legoland Hotel. Dan dapat masuk ke Legoland.

Shujin pulak excited sebab ada hadiah hamper Lego. Keluarga yang terpilih masuk ke pertandingab akhir automatically layak memenangi salah satu hadiah ni. Kalau kalah dapat hamper, kalau menang dapat ke Legoland.

Khamis ni hari penentuan. Kita tengok anak anak atau shujin yang berjaya.


Actually, Aqil pun suka hamper tu sebab dia sangat suka Lego Hero Factory. So, aku rasa diorang akan buat bagi dapat hamper instead of Legoland. Haha..

Tapi kecewalah Damia nanti.

Pertandingan akhir hari Khamis. Patutnya boleh masuk 4 orang, tapi aku tak masuk sebab jaga Afiqah dengan Aisy. So, shujin dengan Aqil Atiqah je join.

Aku tak kisah mana mana. Kalau dapat hamper, jimat duit beli Lego untuk beberapa bulan. Dapat pergi Legoland pun okay je aku. Boleh balik rumah mak kejap. Hehe..

Ps:/ Orang pantang busy mengalahkan apa.. Nak BW pun tak sempat.

6 ulasan:

  1. oh kisahnya..bestnyer satu family support lego hehe.

    kak dapat x wassap saya nak beli lotion tuuu

    BalasPadam
  2. Uish! Betul-betul tegar Lego ni. Sampai masuk contest. Rai, mintak Shujin amek gambar environment contest tu, boleh tak?

    BalasPadam
  3. Yg pasti akan dpt salah satunya,yea dok....good luck

    BalasPadam
  4. Haha.. Dpt mna2 pun ok.. Asalkan hadiah.. Haha

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^