Rabu

Pengalaman berpantang Shujin Berhad

Assalamualaikum

Selalu orang kata berpantang sendirian berhad. Tapi aku ni shujin yang jaga, so jadilah shujin berhad. Hehehe..

Bersalin kali keempat, aku decide nak pantang di Shah Alam je. Agak susah nak handle tiga anak anak syurga tu kalau balik Johor. Bebudak ni sangat manja bila aku dalam pantang. Macam masa aku pantang Aisy aritu. Stress aku handle diorang. Bukan sebab mak aku tak tolong jaga ke apa. Tapi si manja kededek Damia taknak ngan orang lain. Hehehe.


Tiga beradik

Berpantang memang masa bagi isteri berehat. Shujin memang paksa aku rehat sungguh sungguh. Mandikan anak, memasak, mengemas.. Even aku nak mandi pun dia yang uruskan. Sampai aku terasa bersalah yang amat. Kadang kadang aku curik curik jugak tolong. Tolong kerja kerja ringan. Especially pasal bisnes. Kerja yang tak payah nak jalan sangat. Tapi aku ni jenis da biasa ligat dan tak reti duduk diam. So sangat lah kekok nak biarkan shujin buat segala.

Masa ni lah dapat tengok pengorbanan seorang shujin sebagai suami. Terutamanya masa awal awal pantang. Dari bangun pagi sampai tutup mata tak berhenti dia buat kerja. Masak, mandikan anak, basuh pinggan etc. Ye lah. Mungkin dia buat tak berapa nak perfect. Masak ada yang kurang garam, terlebih garam.. Anak pakai baju lain seluar lain. Tapi dari segala segi shujin buat dengan penuh sabar. Penat letih memang tayah cakap la. Lagi lagi dengan anak anak tengah nak membesar. Makan tak sah kalau tak tumpah. Kalau Aisy, lepas berak.. Berak.. Pastu berak lagi.. Pastu lapoo je dia. Hahaha..

Sampai dah lebih sebulan berpantang ni, aku masih gigih berbengkung dan sapu ubat perut. Nak bagi perut cepat kempis. Hehe.. Apa lah sangat pengorbanan aku pakai bengkung banding ngan penat lelah shujin jaga aku sepanjang sebulan lebih ni kan..


Nampak tak apa yang pelik pada gambar ni?


Damia taknak susahkan aku, dia pakai baju sendiri. Instead of button kat belakang which requires aku tolong button kan. Dia pakai button kat depan supaya boleh button sendiri. Sobs..

Seriously.. Pantang kali ni aku sangat enjoy duduk kat rumah. Langsung takde perasaan tension berkurung je kat rumah. Sampai shujin risau jugak. Sebab takut aku stress je. Hehehe..

Pantang dah nak habis. Maksudnya tak lama lagi dah nak kena start kerja balik. Rindunya dengan anak anak nanti..


Adik kesayangan.. Lemak berkrim. Haha..

So.. Sebab aku busy sampai tak sempat nak BW dan update blog.. Nanti aku cerita pulak ya..

Daa

19 ulasan:

  1. untung berpantang di rumh sendiri.

    akak dah tutup buku..hahaha

    BalasPadam
  2. untung berpantang di rumh sendiri.

    akak dah tutup buku..hahaha

    BalasPadam
  3. haha..kreatif Damia pakai baju gitu.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah
    suami mithali tu
    take care yea :)

    BalasPadam
  5. Hehe...teringat plak zaman art jaga aku lam pantang..tak duk diam dia..sampai skrang dia dh terbiasa plak buat keje umah...kalau tak mmg dia x reti langsung..ada hikmahnya..haha..

    Nanti mak mertua ko jgk yg jaga si bunga no 2 ni ke?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak rai.. bestnya abang jaga time pantang,, macam sheila gak. hhiiii bezanya sheila belum ada anak ramai macam kak rai. hihiiii bestlah anak dah 4 ~~~

    BalasPadam
  7. Kalau aku berank lg.
    Aku nk laki aku yg jga 100%.

    BalasPadam
  8. Oh.. hari tu dapat jumpa sekejap je.. lupa nak amik gambar.. huhuhu.. excited dapat jumpa.. lebih2 lagi dapat sentuh2 dak tecik tu.. ;)

    BalasPadam
  9. best pantang kat umah sendiri.... tu laa rai, lieya masa dayyan pantang sendiri mmg hubby jaga sepenuhnyer...die boleh turun sampai 4kilo tauuu heheeh penat jaga anak, urus rumah ngna jaga kite lagi....takpe, give n take org kata kan....

    BalasPadam
  10. Untung Rai sbb suami yg jaga 100%. Sy ni 2 mgu, mak sendiri jaga (request sendiri). The rest, jaga diri sendiri je. Hehehehe! Tapi takpe. Semuanya selamat \pun.

    Tempoh pantang sbnrnya tempoh plg penat bt sy....hahahaha!

    BalasPadam
  11. acik ada 3 orang anak..memang tiga2 tu suami yang jaga tak balik kampung pun

    BalasPadam
  12. Sya sempat hubby jga dlm pantang kejap je. Masa tu peralihan dr umy jga kepada mak. Adlah dlm seminggu mcm tu. Merasa jugaklah kan.. Haha

    BalasPadam
  13. Salam rai.. Bagus suami jaga ni.. Atleast derang tau camana perasaan kita hehehe...

    BalasPadam
  14. bahaginya rai..shujin buat semua tu?untung sangat2..

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah. Bertuah dapat suami yg boleh uruskan isteri dalam pantang ☺

    BalasPadam
  16. Sebenarnya bagi saya, memang seronok jaga isteri berpantang ni.. Memang satu pengalaman baru yang sangat berharga.. Ni nukilan personal experience saya sendiri menjaga isteri berpantang.. :)

    http://miaqaisarah.com/2015/08/10/pengalaman-jaga-isteri-berpantang/

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^