Selasa

Perniagaan makanan Jepun halal

Assalamualaikum

Ingat tak aku pernah ajak kumpul order untuk beli miso kotak..? Rupa rupanya banyak peminat miso soup di Malaysia ni. Sejak dari tu ada je yang email nak order miso. Sampai terpaksa order bukan sekotak. Malah dah top up dua kotak miso. Kotak ketiga ni pun dah nak habis.
Miso paste.. Walau pun rupa tak berapa nak memberangsangkan tapi ianya sedap.. Percayalah~~

Dari sekadar suka suka nak ajak kumpul order, aku dah mula menjebakkan diri secara serius berniaga miso. Siap dah top up product lain macam barangan takoyaki dan seaweed.

Baru ni aku menambah satu lagi product baru. Ready made frozen takoyaki. Atas desakan kenalan yang malas nak mentako dan leceh nak beli bahan dan sebagainya. Takoyaki aku buat untuk difrozenkan tapi ianya hanya untuk tempahan sekitar Shah Alam sahaja buat masa ni.
Yang menariknya takoyaki kami ni tak menggunakan tepung takoyaki segera. Insya Allah orang takkan kecewa dengan rasanya. Feedback setakat ini, rasanya jauh lebih sedap dari kebanyakan takoyaki yang dijual di pasaran. Harga berpatutan dan topping disertakan. So, tinggal panaskan dan makan. Mayonis pun kami gunakan mayonis Jepun yang dijamin Halal. Filling kami gunakan sotong kurita. Kalau ada permintaan untuk filling yang lain boleh dipertimbangkan juga :D

Menarik tak..? Insya allah aku update lebih lanjut tentang takoyaki frozen ni di post akan datang.

Bagi yang nak lebih jimat dengan buat sendiri takoyaki boleh order barangan membuat takoyaki. Jualan miso masih berjalan seperti biasa. 


Lepas ni breakfast pun boleh makan takoyaki kan.. Hehe.

Tempahan takoyaki untuk rumah terbuka pun dialu alukan.  

Sebarang pesanan atau pertanyaan boleh emailkan kepada kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp 0126894317.

Daa

24 ulasan:

  1. Salam Rai,
    akak nak oder barangan takoyaki dgn set pan tu.. nanti akak whatapps rai ye..

    BalasPadam
  2. wah..ada takoyaki frozen..kalo nak panaskan mcm mana tu

    BalasPadam
  3. @YaNg AyEsHa, boleh masukkan je dalam microwave atau kalau nak bagi garing sikit goreng atas pan dengan minyak sikit..

    BalasPadam
  4. haaaa...menjadi dah...bila aku boleh jadi agent dropship ni?

    BalasPadam
  5. Potensi utk business online Rai menyerlah kakak nampak. Kalau agak-agak dah ok boleh resign kerja duduk rumah aje buat online bizz ini..

    BalasPadam
  6. wah....best nie. Rai sebbek akk baca nih

    BalasPadam
  7. wah...menarik nie....miso...hmmm...nnti klu berkenan bleh la rieta cuba...sebab tekak rietta masam masam xminat....

    caiyok akak buat takoyaki frozen...nnti luaskan lagi kawasan pasaran yea...rietta yakin sedap...sebab kimchi dlu pown sedap....

    BalasPadam
  8. salam..wah iinee menarik ni sempai..dulu dai mana ni ye?

    BalasPadam
  9. Owh ada yang frozen punya yer...bagus jugak tu....syabas rai...semoga maju jaya...nanti bila2 bunda nak order bunda bagitau rai ye...

    BalasPadam
  10. Tak berapa suka makan Japanese food ni sebab pengalaman makan sushi yang tak sedap.. hehe. Apa-apa pun selamat maju jaya dalam perniagaan.

    BalasPadam
  11. Moga berjaya dengan jualan tersebut..
    Akak nak jugak beli, boleh singgah rumah Rai tapi buat masa ni en. suami den kojo weekend.. payah nak jenjalan..

    BalasPadam
  12. demand for japanese foods among malay mmh tinggi...ramai org melayu tekak jepun tau...hahahah

    BalasPadam
  13. Miso tak pernah try, tp takoyaki penah makan, ok kena dengan selera.
    Sushi je yg so-so :D

    BalasPadam
  14. Nampak macam sedap je makanan jepun ni. hehe

    BalasPadam
  15. kena suruh bini gua belajar nih.

    BalasPadam
  16. hebat betoi la rai ni... bisnes makin maju..!! tahniah...

    BalasPadam
  17. nampak sedap tp memg mknan nih atas die sotong kurita eh...sedap ke sotong tuh

    BalasPadam
  18. Salam..rai,nk tnye psal order miso paste tu..bape rm eh?sy nk order skali ngn seaweed..pastu frozen takoyaki ni cod kt s.alam je ke?kita dduk tganu ni..huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam ryoko, miso tu 500g rm10, kalau 1kg rm18.. seaweed 40g rm5.. postage kalau yg 500g rm8, kalau yg 1kg tu rm10..

      takoyaki frozen tu kami tak berani la nak pos.. unless kalau kami pos guna cool service courier.. tapi costly sangat..

      Padam
  19. Assalam.. Tahun ni still jual ke? Nak order kombu ngn bonito laaa.. Hukhuk..

    BalasPadam
  20. @fitrah hafifi, masih menjual.. boleh order via email atau through whatsapp 0126894617.. tq~!

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^