Selasa

Kelebihan merancang menu berbuka puasa

Assalamualaikum

Alhamdulillah kan.. Da lebih seminggu kita berpuasa. Macam mana puasa korang? Aku terkantoi sehari sebab tak bersahur. Tengok pagi buta aku dah macam nak menggigil kelaparan so terus officemate yang baik hati tolong bancuh milo untuk aku.

Seminggu ni kami berjaya memasak sepenuhnya juadah berbuka walau pun kadang kadang aku sampai agak lambat hampir ke pukul 7 petang. Dengan bantuan shujin dan perencah frozen yang dah siap tu memang mudah kerja.
Perencah yang sedia nak digunakan

Antara masakan yang aku plan nak masak minggu ni adalah ayam percik, rendang, nasi daging, dan gulai ayam. Satu lagi menu ikan bakar yang aku pakat nak serah kat shujin. Hihi.. Actually nasi daging pun shujin masak. Yang lain aku dah buat perencah frozen. So tinggal campak campak je la..
solok lada kurang jadi tapi sedappp~~
Antara kelebihan merancang menu makanan berbuka ni aku rasa perbelanjaan lebih terkawal. Dah tau nak shopping benda apa. Tak membazir. Dan lagi, takde la buntu nak masak apa setiap hari dah ada pilihan menu yang nak dimasak. Jimatkan masa jugak. Selain dari mengurangkan nafsu nak ke bazar ramadhan.

Ada jugak aku buat sikit kuih muih untuk anak anak. Shujin pun rajin je buat puding caramel tanpa telur dengan agar agar berlapis lapis.

Bila dah ada perencah frozen ni shujin pun banyak boleh tolong masak sebab dah tinggal nak campak campak je. Siapa kata ibu berkerjaya tak sempat nak memasak lauk berbuka untuk keluarga kan. Hehehe..

Apa menu pilihan korang ramadhan kali ni..?

Daa

23 ulasan:

  1. assalamualaikum rai...tahniah kerana lebih rela masak di rumah walaupun sibuk bekerja...masak sendiri utk keluarga lebih puas hati kitakn...:)

    BalasPadam
  2. solok lada tu nampak macam cunnn jaa kompom sedap paa

    BalasPadam
  3. Bagus Rai.. dengan adanya perancangan seminggu utk menu berbuka puasa tu nampak berkesan.. En shujin pun rajin menolongkan.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. same laa kite rai...lieya pun buat mcm ni....kdg2 saje masak lebih mcm kari ke asam pedas ke..sbb lauk2 ni lagi lame lagi sedap sebab bahan dah sebati.....kdg3 lieya siap2 potong bahan asing2kan siap balik tgk lebur jek....bawang2 ngan cili jgn ckp le mmg dah siap2 buat stok kisar heheheeh...senang tinggal tumis jek bile nak guna...sbb dlm hal memasak ni nak prepare bahan tu yg makan mase sebenarnye kan....

    BalasPadam
  5. bagus betul rai dan shujin saling membantu.senang la macam tu, takde penat sorang-sorang.

    Klik Volkswagen untuk rai

    BalasPadam
  6. hebat kak rai hebatt!! mmg menjadi sumber inspirasi di dapur nii..hihi

    BalasPadam
  7. setuju..dah set menu untuk berbuka..senang nak stanby bahan..balik keje campak2 jela

    BalasPadam
  8. Kalau ada kerjasama dan tolak ansur, memang mudah Rai. Tak semestinya nak semua suami sama2 masak, tapi akdang2 tolong hantar pergi pasar ke, tolong buang sampah ke, tolong kemas sikit2 ke...dah cukup membantu kita kan.

    BalasPadam
  9. rempah frozen? akk buat sendiri kan? share la kat cni...teringin jugak nak buat...kot kot ada org boleh tolong masuk dapur mcm en shujin...hehhee...

    BalasPadam
  10. Sy pun lg suke msk sendiri sbb fresh. Tapi suami sy tetap gak nak membeli kat param. Redho!

    BalasPadam
  11. bestnya ada pembantu di dapo..kalaula cheqart pon macam pakcik zek kan bagus..haha..

    BalasPadam
  12. akak walaupun surirumah..tetap sediakan perencah2 segala bagai dlm petiais jugak..bawang pun dikupas byk2 dan disimpan dlm peti ais hehe

    BalasPadam
  13. Akak pon masak je Rai tiap2 hari tetapi semalam akak minta pencen masak dari suami sehari jadinya anak2 amakn ikut pilihan masing2 ada yg nak nasi kerabu, nak nasi ayam belilah sebungkus sorang.

    BalasPadam
  14. betul tu kak.
    kita yg membuatnya so apsti boleh.. nk dgn x nak je kan..
    kiranya akak lagi la kan, dgn pregnant, blik kja siap masak lagi utk bbuka..

    BalasPadam
  15. Ramadhan kali ni agak bernasib baik sebab chef hubby yang tolong masak kat dapur.. hehehe..

    BalasPadam
  16. cemburu nya dia rajin tolong..
    anak2 ramai, kalau dia tak tolong haru nya..
    aku anak sorng pun dah kalut. nasib ada mak lagi.

    BalasPadam
  17. Kakak betul-betul salute org rajin macam Rai ni sebab kakak malas:)

    BalasPadam
  18. saya dan suami jer dekat rumah rai.. memang memasak jer lah untuk berbuka.. hehe...

    BalasPadam
  19. Ti suri rumah hari-harilah kena masak,tapi bila tiap-tiap hari nk masak,xde idea dahla..tup2 2 hari dah p bazar cari lauk..huhu..salam perkenalan

    BalasPadam
  20. saya pun masak juga bulan ramadhan ni rai. kalau tertawar ke termasin ke takdelah sakit hati sangat. ni beli lauk-pauk di bazar dah la mahai, lepastu rasanya pula hmmmm...selalu mengecewakan.

    BalasPadam
  21. syoknya ada org tlg msk.sy ni sempat wt cucur/jemput2 ja tiap hr

    BalasPadam
  22. Sy klau kuih muih bli je. Sbb mkn pun berdua je.. Lauk sy msak malam. Time suami terawih.. Sis, mcm mna buat puding karamel tnpa telur tu? Share la resepi.. Mna thu sy blh buat.. ;)

    BalasPadam
  23. betulntuh bila.kita plan menu berbuka memg jimat tau...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^