Jumaat

Design LEGO oleh Aqil Lagi

Assalamualaikum..
Semalam post pasal design lego kereta yang Aqil buat dalam 3D software. Arini pasal motosikal pulak.

Actually design ni dah lama. Aqil buat lepas tengok The LEGO Movie aritu. Dia mintak set motosikal cerita tu tapi kat Malaysia takde jual lagi. Aku malas nak order online sebab kebanyakkan kedai yang jual set tu takde barang lain yang boleh mengukuhkan "sebab" untuk aku order. Nak order untuk cuma satu set, aku fikir tak berbaloi dengan postage yang mahal. So tunggu dulu.


Budak kecik, biasa laa tak sabar, dia pun buat guna imaginasi sendiri. Then jadi laa bentuk ni. Aku agak sibuk bulan lepas so tak sempat nak post entry ni.

Selain shock absorber pada tayar belakang mosikal ni, takde sebarang special features yang lain. Still, dari feedback yang aku dapat bila hantar gambar ni kat peminat-peminat lego, diorang semua setuju yang rupanya cool.


Empat hari Aqil ambik masa untuk buat motosikal ni. Kami suami isteri senyum je tengok dia dok gigih. Habis sesi dengan buku je dia mengadap lego, sebelum tido je mengadap lego. Hehehe..


Dah siap, dia main dengan Aisy. Mau pulak dia bagi kat si baby tu kali ni. Well, actually Damia dok sibuk dengan hobi berkreatif baru yang bersifat "girl-girl" gitu... nanti aku share next time.


Owh.. motosikal ni, sekarang Aqil dok siapkan instruction manualnya. Maybe boleh mintak kemudian kalau ada sesiapa yang berminat.

Sekian, salam Jumaat..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

7 ulasan:

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^