Selasa

Kisah pipi lebam

Assalamualaikum

Apa la punya teruk aku ni kan. Lepas almost 2 minggu kejadian baru update kisah Damia jatuh sampai pipi lebam dan lutut berdarah masa event Cleanpro Express aritu.

Sekarang almost dah baik dah pun. Luka kat lutut pun dah kering. Serius mempunyai tiga orang anak, dengan pelbagai jenis cubaan buat side income memang menyebabkan aku tersangat sibuk. Nak update blog pun susah sekarang..

Ni dah lepas seminggu. Masa awal kejadian tu aku takde sempat nak ambik gambar pun. Kalut dia menangis sampai tersedu sedu. Risau takut retak ke patah ke. Hari kejadian tu kami terus ke KL untuk sambutan anniversary. Alhamdulillah walau pun lutut dua dua luka, pipi lebam, langsung tak memudarkan semangat nak mandi kat bath tub dan makan. Hehehe..

Gambar sensor tiga beradik dalam bath tub ada dalam kamera shujin. Hahaha.. Boleh blackmail diorang bila dah besar nanti kan. :P Keji gila.. Hahahaha...

Nak tayang je. Oven lama rosak. Ni oven redeem dari kad kredit shujin. Baru guna sekali buat kek butter oren masa mak datang weekend baru ni. Hari oven sampai dapat pulak order walnut brownies yang sedap tu.. Tak sempat sempat lagi buatnya.. Nasib baik akak opismet order nak buat makan2 sendiri je..

Kena kuatkan semangat membaking pulak.. Lama tak bakar bakar. Hehe..

Daa

18 ulasan:

  1. Siannya damia. Alhamdulillah tak apa.

    p/s: Rai..saya beli kat FB Bento Bento. Memang jebak lah tgk bento tools yg cute2 tu ☺

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak rai. alahh siannya.. habis pipi berlebam. ehemm! kek? boleh la nak rasa sikit ekk kak rai ;p

    BalasPadam
  3. aloooo..dah biru dah pipi dia..x per la...benda nak jadi eh..nanti suruh mama tuam pipi eh Damia...

    BalasPadam
  4. alaaa siannye damia....aku dpt bygkan kesibukan ko zai hehe....aku yg anak sorag ni pun ha kelam labut kdg2 hehe

    BalasPadam
  5. alahaiii siannya.. nasib xda pe2 kan

    BalasPadam
  6. Siannya Damia. Lutut lagi..pipi lagi. Tapi itulah kenangan manis bila mereka dah dewasa nanti, Rai.

    BalasPadam
  7. Aduhai kalau nenek nampak sah-sah membebel nenek kan.. kesian betul.

    Best kalau redeem brg elektrik macam ini - berbaloi.

    BalasPadam
  8. Kena simpan cc nyer point bebanyak nak reedem satu gak cam ni, oven lama tu dah 15 tahun guna uzur sgt dah...ahahhaa...

    BalasPadam
  9. okey lah lepas seminggu br nk update..
    jangan anak jatuh..ambil gambar dulu..update dulu br selamatkan anak..hi

    BalasPadam
  10. syukur takde apa2.. takpelah kalau tak lebam bukan budak namanya.. kita dulu lagi teruk dari tu.. hehehe..

    BalasPadam
  11. nasib baik xde pape..biasa la budak2 kot..nak handle sorang pun payah ..inikan pulak bertiga

    BalasPadam
  12. assalamualaikum rai...kesian nyer ...biasalah budak2 mmg teruja ngan kenakalannya tapi lama2 nanti semakin eloklah tu...:)

    BalasPadam
  13. Salam Rai...habis pipi mulus damia ya..syian dia.Alhamdulialh,dah sembuh

    BalasPadam
  14. ala sian dier... amboi bersemangat membaking tu rai !

    BalasPadam
  15. Bestnye boleh redeem brg...dpt oven lak tuh...boleh membaking byk byk lpas nih

    BalasPadam
  16. terima kasih kerana komen di blog saya..boleh cuba petua rai untuk hilangkan batuk tu..

    BalasPadam
  17. macam2 kan anak2 ni..tp apa2 pun y penting dia takde apa2..risau kan..
    selamat membaking rai..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^