::: Dicatatkan oleh Shujin :::
Aku mulakan listnya dari yang paling murah. Semua set cuma ada satu sahaja. So, siapa cepat dia dapat. Walaupun kitorang perkenalkan lego kat Aqil masa umur dia 3 tahun dan dia dah boleh buat sikit-sikit through that year, aku cuma nak ingatkan bahawa syarikat LEGO® sendiri menyarankan bahawa lego sesuai dengan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.
1 - Nombor set dan nama set.
2 - Butiran mengenai berapa pieces parts yang sepatutnya ada dalam set lengkap, berat set lengkap dan bila set tersebut dikeluarkan oleh syarikat LEGO®.
3 - Apa yang TAK terkandung dalam set yang diorder. Selain yang ditulis, semuanya ada. Untuk yang ada kotak, korang perlu mintak kotak.
4 - Harga set tak termasuk postage. Untuk maklumat lengkap serta rujukkan sendiri tentang postage, boleh layari web USPS sendiri di http://ircalc.usps.gov/Mobile/Default.aspx.
Handling fee ialah USD2.00. List 1-4 adalah dari kedai yang sama. So, combine shipping is possible.
List 1
List 2
Seperti yang dijanjikan, ini senarainya :
7262 TIE Fighter and Y-wing (TRU exclusive re-release)
Set lengkap mengandungi 401pcs, berat 940g, dikeluarkan pada tahun 2004.
Takde 9 pcs, minifig, manual dan kotak.
RM107.88
Set Y-Wing memang selalunya best dan datang dengan banyak parts. Bagus sebagai set permulaan. Beza set ni dari set lain ialah, ada 2 unit. By default, dah ada jet orang baik dan orang jahat. Next cuma tambah bunyi dengan mulut je "Ci ciung.. Ci ciung.."
7670 Hailfire Droid & Spider Droid, Clone Wars White Box
Set lengkap mengandungi 230pcs, berat 285g, dikeluarkan pada tahun 2008.
Takde minifig.
RM115.57
Ada 80pcs Technic Links dalam set ni. Sangat awesome. Kalau beli set ni aje bagi aku kurang baik, tapi kalau sebagai set tambahan sangat bagus.
7259 ARC-170 Starfighter
Set lengkap mengandungi 383pcs, berat 729g, dikeluarkan pada tahun 2005.
Takde 1pcs (2x4 dark red plate), minifig dan kotak. Muka surat pertama manual hilang, muka surat kedua terkoyak dan dilekatkan semula. Beberapa parts kotor dan sedikit rosak.
RM115.57
Secara peribadi, aku sangat suka dan teringinkan set ni. Hahahaha.. Fungsi dan rupa dia lebih baik dari X-Wing. Sangat awesome. Pernah cuba buat dengan Aqil dulu, tapi satu part tak cukup. Akhirnya berjaya siapkan jugak. As far aku bina berpandukan official manualnya, aku boleh cakap yang ARC-170 ni dibina dari 80%-70% lego biasa (lingkungan umur 4 tahun ke atas) dan selebihnya adalah LEGO® Technic (lingkungan umur 9 tahun ke atas). Berbeza dengan X-Wing yang cuma +/-5% bahagian technicnya. Kalau bukan sebagai ARC-170 (maksudnya bina selain dari apa yang ada kat manual), ibu dan ayah kena tolong fikirkan bersama.
7035 Police HQ
Set lengkap mengandungi 406pcs, berat 1015g, dikeluarkan pada tahun 2003.
Takde 38pcs, minifig, kotak dan manual. Yang ada cuma stesen. Sesetengah sticker dah dipasang.
RM115.57
Kami tak ada set ni sebab Toy's R Us jual mahal sangat. Bulan Mac tahun lepas kitorang beli brick dari China yang seakan-akan set ni. Masa kami beli tu harganya RM45.50. Bulan lepas since aku lalu kat kawasan kedai tu, aku tengok set dari China yang seakan-akan tu dah berharga RM89.90. Jadi, dengan kuali terbaik dari LEGO® pada harga yang hampir sama, aku suggest yang ni over brick dari China yang mudah lekang tu.
7257 Ultimate Lightsaber Duel
Set lengkap mengandungi 278pcs, berat 704g, dikeluarkan pada tahun 2005.
Takde 1pcs, minifig, manual dan kotak.
RM134.86
Walaupun nampak cenggitu je tapi set ni ada banyak side hinges, bracket dan mod brick. Baik sebagai set tambahan.
7681 Separatist Spider Droid
Set lengkap mengandungi 189pcs, berat 333g, dikeluarkan pada tahun 2008.
Takde minifig dan manual.
RM134.86
Despite partsnya yang tak banyak mana, Separatist Spider Droid ni bersaiz besar. Baik untuk si kecil yang minat robotic. Dengan menggunakan banyak advanced lego parts dan technic parts, aku sarankan untuk budak 8 tahun ke atas.
7047 Coast Watch HQ
Set lengkap mengandungi 346pcs, berat 1092g, dikeluarkan pada tahun 2003.
Takde 16pcs, minifig dan kotak. Manual tak dalam keadaan baik.
RM154.14
Apa yang special kat set ni bagi aku ialah, ia datang dengan baseplate yang besar berbentuk pulau. Lagi, parts dalam set ni mostly building parts. Anak-anak suka bina kedai, rumah atau lain-lain bentuk bangunan. Psycology relate kan fenomena ni kepada event dimana infrastruktur adalah perkara yang menarik bagi si kecil. Contohnya, betapa excitednya diorang bila ke kedai, ke pantai, rumah baru dan sebagainya.
7153 Jango Fett's Slave I
Set lengkap mengandungi 352pcs, berat 985g, dikeluarkan pada tahun 2002.
Takde 35pcs, minifig dan kotak.
RM154.14
Slave I yang dibuat khas untuk Jango Fett. Parts dia exceptionally baik dan boleh bina banyak benda. Aku sarankan set ni kalau set Slave kat bawah dah diambil orang atau low on budget. Jangan salah faham sebab set ni pun hampir sebaik set dibawah.
4502 X-wing Fighter (Dagobah), Original Trilogy Edition
Set lengkap mengandungi 553pcs, berat 854g, dikeluarkan pada tahun 2004.
Takde 1pcs (1x 42446 White Minifig, Neck Bracket with Back Stud), minifig dan manual.
RM173.41
Compared to X-Wing (set 6212) yang aku post semalam, yang ini lebih baik. Tambahan pulak, set ni cuma takde neck bracket. Yang warna putih susah nak dapat dan mahal sedikit tapi bukan impossible. Harga hampir dua kali ganda tapi offer jumlah parts yang lebih baik. Still, harga yang provider tawarkan pun 1/3 dari harga retail. Aku tak all familiar dengan set ni. Aku expect dia tak mempunyai banyak beza dari set semalam, just some refining. Betulkan aku kalau aku salah. Aku takde masa nak bina set ni buat masa sekarang. Anyway, set X-Wing kebanyakannya bagus sebab parts2 dia universal untuk membentuk model futuristic yang lain.
6209 Slave I (2nd edition)
Set lengkap mengandungi 517pcs, berat 1037g, dikeluarkan pada tahun 2006.
Takde 2pcs (4x2 left tan wedge dan 1x1 trans orange cone), minifig dan kotak.
RM192.68
Slave ni bagi aku lebih baik dari set 7153 Slave I kat atas. Dengan tambahan RM40 dah dapat extra 200pcs. Jumlah curves dan wedges yang banyak memudahkan proses untuk membina bentuk yang lebih realistik.
Proses ordernya mudah. Korang bagitau aku korang nak set mana dengan cara komen kat blog, sms atau whatsapp kat nombor aku atau Rai (012-6894617/012-6894317). Bila nilai terkumpul dah hampir RM500, aku akan mintak provider buatkan invoice. Invoice tu aku akan emailkan kat korang bersertakan jumlah bahagian masing-masing. Lepas korang bank-in kat aku jumlah yang korang perlu bayar. Aku proceed dengan order. Tunggu lego korang sampai. Aku pos kat korang atau korang datang pick-up sendiri. Senang?
Bila set sampai, disarankan supaya cuci/sterilize dahulu. Sebab si kecil yang banyak gunakan, plus kita tak tahu apa yang dah dilalui oleh lego tersebut. Untuk kami, even beli barang dari Toy's R Us (which barangnya masih dalam kotak pun), kami akan cuci/sterilize dahulu. Just langkah-langkah keselamatan anak-anak. Kalau nak suruh aku tolong sterilizekan pun boleh (bagitahu aku bila barang sampai), tapi paling baik kalau korang buat sendiri kat rumah.
Sekali lagi aku nak ingatkan, aku cuma menolong komuniti. Sabda nabi "sesungguhnya manusia yang lebih baik itu adalah manusia yang paling banyak membawa kebaikan pada orang lain". Aku bukak pre-order ni sebab ada banyak feedback yang cakap pasal berminat dengan lego tapi harganya mahal dan tak berbaloi beli bila partsnya hilang. Since ada peluang macam ni, aku bukak hanya untuk korang.
List 1
List 2
Lagi list seterusnya akan dipamerkan esok.
Wah termood shopping plak ni, rasa kena add info range umur ..
BalasPadam