Rabu

LEGO® Pre-Order : List 2

::: Dicatatkan oleh Shujin :::

Pre-Order List 1

Aku mulakan listnya dari yang paling murah. Semua set cuma ada satu sahaja. So, siapa cepat dia dapat. Walaupun kitorang perkenalkan lego kat Aqil masa umur dia 3 tahun dan dia dah boleh buat sikit-sikit through that year, aku cuma nak ingatkan bahawa syarikat LEGO® sendiri menyarankan bahawa lego sesuai dengan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.
Formatnya begini,

1 - Nombor set dan nama set.

2 - Butiran mengenai berapa pieces parts yang sepatutnya ada dalam set lengkap, berat set lengkap dan bila set tersebut dikeluarkan oleh syarikat LEGO®.

3 - Apa yang tak terkandung dalam set yang diorder. Biasanya parts, minifig, aksesori, kotak, manual dan sticker. Apa yang tak ditulis, sepatutnya ada. Contohnya kalau aku tulis "Takde kotak", maksudnya kotak je yang takde. Parts cukup, minifig ada, aksesori ada, manual ada, sticker pun ada laa tu. Untuk yang ada kotak, korang boleh pilih untuk mintak kotak tapi, aku tak galakkan sebab ia akan menambah berat bagi order dan susahkan proses pembungkusan which menyebabkan kos penghantaran korang meningkat. Still, its your choice.

4 - Harga set tak termasuk postage. Postage minimum (250g) untuk traceable package ialah +/-RM50, manakala flatrate box (untraceable) ialah +/-RM30. Aku akan suruh provider muatkan sebanyak set yang mungkin pada kos penghantaran sejimat mungkin mengikut order dan permintaan korang. Ikut pengalaman aku, traceable package ambil masa dalam 2-4 minggu untuk sampai. Flatrate box ambil masa seminggu sahaja. Still, depend on how efficient orang terlibat buat kerja. Untuk maklumat lengkap serta rujukkan sendiri tentang postage, boleh layari web USPS sendiri di http://ircalc.usps.gov/Mobile/Default.aspx. Handling fee ialah USD2.00. List 1-4 adalah dari provider yang sama. So, combine shipping is possible.

Seperti yang dijanjikan, ini senarainya :


7638 Tow Truck
Set lengkap mengandungi 125pcs, berat 220g, dikeluarkan pada tahun 2009.
Takde kotak. Sticker dah dipasang.
RM46.22
Pandangan aku, apa yang lebih fun dari kereta? Tow truck lah. Hahahaha.. Seriously untuk 125pcs pada harga RM46.22 adalah murah. Lagipun set ni cuma tak ada kotak je. A nice addition to purchase. Kalau cuma beli dia je, aku rasa agak membazir pada kos penghantaran. Tapi itu cuma pandangan aku. Kalau kongsi postage, keputusan akan lebih baik dan jimat. Last time aku nampak set ni kat Toy's R Us berharga RM89.90


4619 A.I.R. Patrol Jet
Set lengkap mengandungi 64pcs, berat tak diketahui, dikeluarkan pada tahun 2002.
Takde 10pcs ( white tail 10x10x4, white tile with oil patter, white vehicle 1x4 side intake, light gray steering wheel holder, 3x aircraft engine & turbine) kotak dan manual.
RM47.78
Pandangan aku, set ni sangat bagus. Aku tak pernah beli tapi Aqil pernah buat menggunakan parts lego yang ada dekat rumah. Walaupun cuma menggunakan tak sampai 100pcs, set ni sangat besar. Lebarnya 1 kaki lebih (40 stud) dan panjangnya pun 1 kaki lebih, hampir sama besar baseplate lego yang paling besar. Ini disebabkan oleh partsnya yang bersaiz besar which means baik untuk si kecil. Kurangkan kes masuk mulut, tercekik atau hilang. Bukan pesawat penumpang terbesar lego, tapi saiz dan bentuknya sangat reasonable. Ruangan untuk penumpangnya bagi aku agak comfortable compared to standard kapal terbang LEGO® City yang lebarnya cuma 6 stud. Tolak 2 stud untuk dinding kapal terbang dah tinggal 4 stud lebar, muat-muat minifig je. Nampak (even rasa) sempit. Untuk harga dan saiz tersebut, aku rasa sangat berpatutan. Set ni dah takde kat kedai. Kalau set kapal terbang yang baru, rupanya lebih baik sebab ada parts kepala dan body baru yang LEGO® keluarkan. Tapi harganya at least RM400. Untuk sesiapa yang nak part kepala dan body baru tu, boleh tinggalkan pesanan kat ruangan comment. Aku akan bagitau bila aku nak order kat provider yang ada jual part tu. Walaupun takde 10pcs, rupa kapal terbang tu tak terjejas sangat. Compatible parts ada dijual kat kedai ni. 2 white aircraft engine 2x2 + 2 light bluish grey turbine + white tile = RM2.95 Aku sendiri ada parts yang tak cukup tu, tapi warnanya tak sama. Seriously, aku sangat rekomen set ni.


7252 Droid Tri-Fighter
Set lengkap mengandungi 135pcs, berat 199g, dikeluarkan pada tahun 2005.
Takde kotak.
RM57.78
Pandangan aku, ada dua sebab lain untuk beli set ni selain sebagai koleksi. Pertama, untuk dapatkan parts berwarna azure (biru langit) yang agak susah nak kumpul. Kedua, untuk salvage hinge (engsel) jenis "finger" dan mod brick. Mungkin bagi orang baru dengan binaan lego kurang jelas tapi, parts ni antara yang paling best dan korang akan cintakannya kelak. Hinge digunakan untuk bina pintu supaya boleh bukak dan tutup, cerun boleh laras, sayap kapal terbang yang boleh dilipat dan lain-lain lagi. Mod brick membolehkan lego dilekatkan pada sisi brick. Aku tak pernah nampak set ni kat kedai. Berdasarkan jumlah pieces, warna dan set dari LEGO® Star Wars, aku anggarkan paling murah pun dalam +/-RM135.00 bagi set baru. Saranan aku, sesuai sebagai set tambahan.


4755 Knight Bus
Set lengkap mengandungi 235pcs, berat 556g, dikeluarkan pada tahun 2004.
Takde 1pcs (1 Dark Purple Brick, Modified 1 x 4 x 1 1/3 No Studs, Curved Top), minifig dan kotak.
RM77.05
Best thing pasal set ni adalah dia ada banyak tingkap bas (panel with glass) yang later boleh dijadikan tingkap untuk binaan rumah. Panel jenis tu jarang ada dalam set dan memang agak mahal kalau nak beli part by part. Biasanya yang ada dalam set yang dijual adalah dari jenis 2x1x2 je. Set 4755 ni kalau yang baru bernilai RM250+


7263 TIE Fighter
Set lengkap mengandungi 155pcs, berat 455g, dikeluarkan pada tahun 2005.
Takde 2pcs (Dark Bluish Gray Brick 2 x 2 Corner and Light Bluish Gray Tile 1 x 2 with Star Wars Computer Pattern), minifig dan kotak.
RM77.05
Aku pun ada set ni. Memang best. Compossition lego dia yang baik membolehkan korang bina banyak benda cuma dengan set ni je. Masa aku beli dulu, harga dia RM159.90. 2 parts yang takde tu takde jual kat provider nih.


7133 Bounty Hunter Pursuit
Set lengkap mengandungi 241pcs, berat 508g, dikeluarkan pada tahun 2002.
Takde 26 pcs, minifig dan kotak.
RM77.05
Pandangan aku, set ni bagus untuk bagi yang ada anak lelaki. Of course la kan.. Budak mana yang tak suka kereta dan jet fighter. Hehe.. Lagi pun jumlah part nya agak banyak dan boleh digunakan untuk buat binaan lain juga. Parts yang takde tu tak diberitahu parts apa, so aku tak boleh check kalau-kalau ada gantiannya.


6212 X-wing Fighter
Set lengkap mengandungi 414pcs, berat 767g, dikeluarkan pada tahun 2006.
Takde minifig dan kotak. Sedikit kekuningan disebabkan sinaran matahari.
RM96.32
Siapa yang kenal Star Wars pasti kenal X-Wing. Selain dari rupanya yang cool, binaan legonya pun best. Aku ada set ni. Kat belakang set ni ada gear yang kalau diputarkan, sayapnya akan terbuka membentuk huruf X. Part yang paling cool dalam set ni ialah gearbox berwarna transparent clear. Part paling rare ialah slope finger hinge. Selain tu ada 4 air intake/engine block berwarna putih exclusive untuk set Star Wars. Set ni ada banyak parts so, boleh bina pelbagai benda lain lagi. Set baru bernilai antara RM400-RM600. Set jadi kekuningan sedikit tu adalah biasa pada lego berwarna putih bila ia dah berumur. Aku pun tak tahu kenapa.


7255 General Grievous Chase
Set lengkap mengandungi 67pcs, berat 289g, dikeluarkan pada tahun 2005.
Takde 1pcs (Pearl Light Gray Technic, Axle Connector with Axle Hole), minifig dan kotak.
RM96.32
Biawak dalam set ni sesuai untuk main "Eeiii.. Takut biawak.. Eeiii.. Takut biawak..". Hahahaha.. Percaya atau tak, biawak tu aje kalau beli asing dah rega RM100. Honestly aku pun tak tau apa yang bagus pasal set ni. Minifig pun takde. Harga asal set ni pun aku tak bother nak check. Hahahaha.. Maaf ya? Just satu je aku nak add. Bagi yang diehard lego fan, pasti diorang beli just because of dome warna transparent clear tu. So far, takde lagi aku jumpa orang jual part tu without the whole set.


4500 Rebel Snowspeeder (redesign), Blue box
Set lengkap mengandungi 202pcs, berat 396g, dikeluarkan pada tahun 2003.
Takde 2pcs (Orange Plate, Modified 1 x 2 with Handle on Side - Free Ends, Light Bluish Gray Tile 1 x 2 with Star Wars Computer Pattern), minifig dan kotak. Manual tak dalam keadaan baik.
RM96.32
Kitorang ada set Hoth Rebel Base. Dalam set tu ada snowspeeder nih. Binaan dia cantik cuma hatch dia senang tercabut. Kurang sesuai kepada si kecil kalau dalam bentuk snowspeeder. Even kat tangan Aqil pun selalu tercabut. Pada pandangan aku, kalau tukarkan plate 4x1 finger hinge tu pada part lain contohnya 2 keping 2x1 finger hinge (side finger) akan lebih baik dan susah tercabut. Cuba jadikan bentuk lain ke, maybe okay. Part harpoon (anchor) kat belakang snowspeeder tu best. Berminggu Aqil dok syoq main dengan tu. Set ni dah takde jual dah. Set baru yang ada snowspeeder kat pasaran sekarang ni namanya Battle of Hoth dan Hoth Echo Base. Boleh tengok harga dia sendiri kat Toy's R Us.


7256 Jedi Starfighter & Vulture Droid
Set lengkap mengandungi 199pcs, berat 353g, dikeluarkan pada tahun 2005.
Takde minifig dan kotak. Vulture droid ada bahagian yang pudar terkena matahari. Bahagian lain dalam set ni dalam keadaan baik kecuali agak berhabuk. Muka surat pertama manual dah terkoyak.
RM96.32
Set ni kitorang dah penah ada, tapi kitorang dah jual set kitorang aritu. Dijual dengan harga RM150. Actually agak menyesal jual set ni dulu, sebab dengan bilangan part yang ada dan kombinasi warna kuning, biru dan kelabu, banyak binaan lain yang agak menarik boleh dibuat dengan set ni. Manual koyak tak ada masalah sebab manual boleh didapati dari website LEGO secara percuma. Set baru bernilai RM200+

Proses ordernya mudah. Korang bagitau aku korang nak set mana dengan cara komen kat blog, sms atau whatsapp kat nombor aku atau Rai (012-6894617/012-6894317). Bila nilai terkumpul dah hampir RM500, aku akan mintak provider buatkan invoice. Invoice tu aku akan emailkan kat korang bersertakan jumlah bahagian masing-masing. Lepas korang bank-in kat aku jumlah yang korang perlu bayar. Aku proceed dengan order. Tunggu lego korang sampai. Aku pos kat korang atau korang datang pick-up sendiri. Senang?

Bila set sampai, disarankan supaya cuci/sterilize dahulu. Sebab si kecil yang banyak gunakan, plus kita tak tahu apa yang dah dilalui oleh lego tersebut. Untuk kami, even beli barang dari Toy's R Us (which barangnya masih dalam kotak pun), kami akan cuci/sterilize dahulu. Just langkah-langkah keselamatan anak-anak. Kalau nak suruh aku tolong sterilizekan pun boleh (bagitahu aku bila barang sampai), tapi paling baik kalau korang buat sendiri kat rumah.

Sekali lagi aku nak ingatkan, aku cuma menolong komuniti. Sabda nabi "sesungguhnya manusia yang lebih baik itu adalah manusia yang paling banyak membawa kebaikan pada orang lain". Aku bukak pre-order ni sebab ada banyak feedback yang cakap pasal berminat dengan lego tapi harganya mahal dan tak berbaloi beli bila partsnya hilang. Since ada peluang macam ni, aku bukak hanya untuk korang.

Lagi list seterusnya akan dipamerkan esok.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak rai, wahh teruja sheila tengok. rasa nak order pula. harap2 dapat beli juga nanti (",)

    BalasPadam
  2. menarik..ni mak budak pun boleh joint sekali ni kalau ada

    BalasPadam
  3. GAMBAR KECIK SGT LAH... NI UTK ADULT KE? KENA LETAK RANGE UMUR NI...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^