Selasa

Dah jadi tokey kimchi

Assalamualaikum

Dari awal aku menjebakkan diri dalam pembuatan kimchi ni takde lah niat nak menjual pun. Sebab membuatnya memerlukan aku seharian kat rumah. So agak kemalasan di situ. Hahaha. Tapi bila kawan kawan dah order. Kesian pulak. Walau pun aku pun risau jugak, takut tak kena dengan selera orang lain. 


Still.. Ada sesekali kawan repeat order kimchi. Aku happy la sesangat.. Terima kasih Irfa..


Sedulang kimchi yang telah digaul

Sambil buat ni ada orang datang curik makan sebab tak tahan baunya..haha

Sebahagian kimchi yang telah dibotolkan
Dapat feedback aritu kata kuah kimchi tumpah. Habis lencun kotak. Nasib baik aku masuk kotak dalam plastik poslaju. Takde la posmen rasa nak humban je bekas kimchi yang berbau tu. Hahaha.. Jadi, kali ni aku masukkan kimchi dalam ziploc sebelum masukkan dalam telap. Telap tu pun di seal dengan selotep. Harap-harap selamat sampai.

Baru hari ni shujin tolong poskan pada yang menempah.

Masa aku masuk dalam bekas ni Aqil tanya.. Kimchi kita yang mana ibu?

Shujin jawab "Tak payah harap sangat la abang.. Kalau ada lebih tu ada lah.."

Huhuhu..

Damia pulak kata "Ibu, ibu suka duit ke ibu?"

Huhuhu..

Secara tak langsung, anak anak pun tau betapa mata duitannya mak diorang. Hahaha..

Daa

26 ulasan:

  1. BAGUS..SUDAH ADA IMPROVEMENT
    KALAU DAH GTU TAKLAH TUMPAH LAGI
    HAHAHA..SAKIT PERUT AKU GELAK DGN SOKLAN DAMIA..# nampak $$ dimata ibunya

    BalasPadam
  2. Eh... Damia sangat sinis yer...hehehehehehehe. Bijak betul.

    Kenapalahhh akak tak suka kimchi....

    BalasPadam
  3. Wah damia soalan yg jujur buat maknya....

    BalasPadam
  4. haha..
    ibu suka duit ke?

    :)
    comel betul soalan nya. tak pernah rasa kimchi ni. sedap ek.

    BalasPadam
  5. perghhhh damia nya soklan kan! kerlasss

    BalasPadam
  6. hahaha..kelakonya soalan dia..tergelak sesorang saya..

    BalasPadam
  7. Ai tokey kimchi..tetba rasa mcm ada kat korea plak..ngeh2..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah
    good luck kak

    selamat tahun baru juga

    BalasPadam
  9. Wah.. menarik.. akak tak pernah cuba.. nak order satu boleh..? Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Boleh kak.. Nanti masa hantar tray saya bawak ya..

      Padam
  10. ibu suka duit kee??
    Sapa x suka duit Damia ooiii...
    Http;//iamtifa.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. Kimchi, kimchi, kimchi. Saya imagine kobis panjang yang digaul dengan paste cili.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang lah.. lepas tu di peramkan..so rasanya agak masam..

      Padam
  12. "duit sangat penting dalam kehidupan hari ni nakkk.."
    kalau ada belen..baru anak2 boleh merasa ya..:)

    BalasPadam
  13. assalamualaikum rai...wah kalau tengok cerita korea mmg terasa teringin nak rasa...bape rai jual satu balang tu...:)

    BalasPadam
  14. wah jd bisneswomen berjaya skang..good2

    BalasPadam
  15. kak.....berapa akak jual satu botol kim chi ni... nak cubaaaaaaaaaaa.............

    BalasPadam
  16. @Qashmere, akak jual rm8 je satu.. kalau nak boleh email ke kesoma.rai@gmail.com.. tapi tatau la kena dengan selera akmar ke tidak.. hehe..

    BalasPadam
  17. soalan damia tu memang power. kalau aku ditanya dek haziq macam tu, err... kene fikir dulu nak jawab camner..huk huk..

    p/s : tq tolong aku selesaikan masalah reply komen kat emel. muah muah to u!! :)

    BalasPadam
  18. alhandulillah. good luck kak.
    sy x pernah makan.takut tak boleh trima. apa bahan bahannya kak?

    BalasPadam
  19. RAIII... NAK ODE BLEH.. CAMNE EKK PM KAT FB BLEH TAK KALAU AKAK NAK ODE NI.. SEYES https://www.facebook.com/mayangharunsayang

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. assalam kak.. kalau nak order macam mane? terliur plak saya ni... hehe... nnti akak balas kat sini facebook saya yea? terima kasih..
    https://www.facebook.com/cukup.indah.1

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^