Selasa

Buat kiub ayam sendiri lebih sihat

Assalamualaikum

Suka gunakan kiub ayam dalam masakan? Aku pun suka jugak dulu. Sekarang ni dah taknak beli beli kiub ayam yang penuh dengab bahan tiruan tu. Jadi aku buat kiub ayam sendiri kat rumah. Sangat bagus untuk memudahkan kerja memasak. Campak je seketul dua dalam masakan. Terutamanya nak masak bubur bayi kan. Tak payah dah beli bubur segera bagai.

Caranya mudah je..Mula mula buat stok ayam. Ambil bahagian tulang ayam, atau pun beli je kaki ayam dalam 10 batang. Potong sikit bagi cedera gitu.. Ketuk halia. Boleh juga kalau nak tambah carrot supaya rasa sup lebih manis. Tambahkan seleri untuk kemasinan semula jadi. Bawang besar pun untuk bagi manis. Kemudian, rebus kaki ayam dengan api perlahan selama sejam dua. Kalau ada slow cooker, boleh set malam sampai ke pagi. Dalam 8 jam. Kalau ada pressure cooker, boleh set sejam.

Tapis semua bahan lain tadi. Dan tuangkan stok ayam tu ke dalam bekas nak buat kiub aiskrim. Bekukan. Dapat lah kiub ayam. Keluarkan kiub stok ayam tadi dalam simpan dalam bekas ziploc. Boleh buat seminggu dua satu batch.
Lagi pekat lagi bagus. Tak payah tambah garam siap siap. Boleh guna untuk buat bubur bayi segera. Guna beras yang dah disangai dan diblender jadi serbuk haritu.
Jadi ibu yang bekerja bukan alasan tak sempat nak masak kan..

Selamat mencuba.

Daa

13 ulasan:

  1. wow.. best tips nih.... tak terpikir pula letak dalam ais kiub.. hehe... tq sharing... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tgk kat resepi makanan bayi.. Diorang buat cani.. Hahaha

      Padam
  2. patutlah ko x cukup tido rai
    ada je mende nak buat
    *larik

    BalasPadam
  3. sup kaki ayam tak sempat jadi stok..dan2 tu jugak makan sup tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mmg buat dua batch kak.. Satu bagi diorang hadap.. Tapi orang rumah ni saya je makan kaki ayam. Org lain tak pandai makan. Haha

      Padam
  4. tip y sgt bagus ni..saya mesti buat..demi anak

    BalasPadam
  5. Wah bagus nih...lpas nih leh wat sndri je

    BalasPadam
  6. gud ide la kak.. tulang ayam free kat sini.. bole la nak buat. hehe

    BalasPadam
  7. dulu saya rajin buat stok2 ni..skrg dah xrajin..haha.tp mungkin lps ni nak buat balik..

    BalasPadam
  8. kenapa aku tak rajin seperti ko?

    oh no!

    BalasPadam
  9. bgs ni. sy selalu guna kiub ayam knorr. huhu.
    thanks kak share

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^