Rabu

Resepi yogurt perisa creamy milky strawberry

Assalamualaikum

Budak budak cepat jemu. Mula mula bagi buah buahan dengan yogurt aritu diorang makan like nobody business. Hahaha. Dalam 3-4 kali jemu lah. So mommy nya ni kena perah otak nak twist kan resepi yogurt tu supaya diorang makan. Kreatip kononnya. Wakaka.

So, terhasil lah resepi dengan barang sedia ada di rumah.
Creamy milky yogurt perisa strawberry

Cara nak membuatnya takde lah susah. Nak guna plain yogurt ready made pun boleh. Kalau nak guna yogurt buat sendiri pun boleh.

Bahan bahannya
Plain Yogurt (Resepi yogurt step by step) – 1 cup
Whipped cream (aku guna Non Dairy, tapi aku saspek anything will do..hehe) – 2 sudu besar
Susu cair/Fresh milk – 1 sudu besar
Strawberry emulco/fresh fruit puree – 1 sudu kecil (kalau pakai puree lebih sikit pun takpe)

Aku buat ikut gerak hati je. Kalau nak lagi sedap dan rajin sikit, pukul whipping cream dengan yogurt, lepas tu baru letak perisa dan susu. Kalau nak yogurt (pekat) letak susu jangan banyak. Sikit je. Tapi kalau nak buat minuman yogurt yang macam kat kedai jual mahal kemain tu. Letak susu banyak banyak la. Nak lagi sedap blend dengan ais. Jadi la yogurt smoothies.

Serious lagi sedap dari yogurt kat pasaraya. Nak perisa lain, just tukar pakai emulco lain atau puree lain. Yang biasa sedap dikombinasikan dengan yogurt, mango, pisang, vanilla dan coklat. Ada yang lain?

Nak bagi diorang makan semalam, aku tabor sikit choc chip, choc rice warna warni dengan dried cranberries. Kekacang da habis la pulak. Hehe.

Selamat mencuba.

Weekend ni nak try buat frozen yogurt kononnya.

Daa

15 ulasan:

  1. Rai ni rajinlah kalau kakak memang ak terbuat.

    BalasPadam
  2. Peh! mmg rajin. Tak sampai kerajinan sy ni Rai.

    BalasPadam
  3. memang kena kreatif...takut mereka jemu kan Rai...sedapnya

    BalasPadam
  4. ko buat aku lapar jer Rai..hahaha..
    sejuk2 tu sedap makan..haha..

    BalasPadam
  5. baca resepi je pun dah bikin aku terliur..cis...

    BalasPadam
  6. rai ni dah jadi chef yogurt sekarang hiksss :)

    BalasPadam
  7. ada kids yg suka mkn ni, kenalah ibunya jadi kreatip ya. Tapi rai mmg rajin dan kreatip pun..

    BalasPadam
  8. ni kalau dekat, mau akak mintak sikit.. takpun letak dak nuha sekali join makan kat sana.. ;)

    BalasPadam
  9. Wahh kreatif. Kak Azie tak terbuat la kalu macam ni.

    BalasPadam
  10. tq share resepi yer rai !

    BalasPadam
  11. sedapnya...tak reti kak ita nak buat nya....anak-anak memang suka ne..nanti lah nak cuba ...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^