Jumaat

Resepi pecal terung isteriku

Assalamualaikum

Yey..~ Jumaattt.. Hehehe..
Okeh. Tajuk entry tak boleh belah kan.. Hahaha.. Ampunnn..

Terung ni mak aku bawak weekend aritu. Terung tanam sendiri. Tiga biji je tapi besar besar. Mak bawakkan sekali cili kampong dengan cekur untuk masak pecal terung. Dedulu shujin tak suka sangat. Tapi sekarang dia pun suka. Sebab tu tajuknya pecal terung isteriku. Kehkehkeh..

Meh layan resepinya sekali lagi..Aritu aku tak letak cekur. Kali ni letak. Since anak anak tak tahan pedas aku modify resepi asal dari mak. Tak bubuh cili. Ganti dengan sambal belacan. Sekali hadap 3 pot beras habis makan. Anak anak pun suka.
Terung yang dipotong dan dibakar atas pan. Kalau shujin dia tak suka bakar. Tapi ikut resepi asalnya, dibakar dan dibuang kulit
Nak lagi umph gunakanlah santan yang diperah. Bukan santan kotak. Penuh kasih sayang gitew~
Taraaa~~ Yang suap dimasak. Yummehhh~

Resepi pecal terung isteriku
Bahan bahan
Terung
*Bawang besar
*Sejemput ikan bilis
*Isi cekur (agak agak 2 biji saiz pemadam kat batang pensel tu.hahaha)
Bahan bertanda (*) tu di blender. Kalau rajin tumbuk. Lagi sedap. Resepi asal tambah cili.
Santan dari sebiji kelapa
Sedikit garam dan gula

Kaedah membuatnya
Terung di potong tiga ke empat bahagian. Kemudian dibakar atas pan.(kalau tak suka bakar potong je kecik kecik sikit, aku tak penah buat. Tapi aku saspek tak sedap..hahaha) Sementara nak masak tu, buat bahan kisar dengan perah santan. Santan yang siap perah terus masukkan dalam periuk, lepas tu masuk bahan kisar. Terung yang dah masak tu buang kulit, kalau tak suka cam encik shujin saya, potong kecik kecik supaya senang makan.

Tenggekkan santan+bahan kisar atas dapur. Masukkan terung dan masak. Bila da ada bubble bubble tu tutup api dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Gula aku buh secubit je.

Kalau ada daun cekur hiris hiris tabor buat hiasan pun boleh. Yang macam ni da cukup sedap. Lebih lebih lagi makan dengan sambal belacan dan ikan goreng garing.

Selamat mencuba~

PS: Ada jugak yang buat asing asing dan kemudian siram kuah atas terung tu. Aku dah cukup suka resepi macam ni tak pernah cuba pulak yang macam tu. Hehehe..

Apa masakan jawa yang paling korang suka?

Daa

11 ulasan:

  1. akak cuma reti makan nasi ambeng je setakat ni walaupun tinggal kat kampung yang ramai orang jawa.. hehehe.. ;)

    BalasPadam
  2. sukanya nama masakan ni..bangga
    terung suka masak taucu...

    BalasPadam
  3. ntah bila kali terakhir saya perah santan???

    BalasPadam
  4. NI resipi negeri mana kak. Sebab saya ingat pecal tu dengan kuah kacang??? Huhuhuh tak pernah makan menda ni.

    Olskoolnye perah santan. Dulu masa kecik selalu tengok mak buat gitu..sekarang ni beli ajerk dalam kotak atau fresh punye dekat kedai india

    BalasPadam
    Balasan
    1. negeri johor.masakan jawa. pecal ada byk jenis kot..

      santan kotak tak kick.. santan fresh tu penah kena yg da masam. so agak serik disitu

      Padam
  5. Hari tu mak akak buat pecal ikan pari. Mak oiiiii..... ngences Rai. Buat pecal terung ni pun pembuka selera bulan Ramadhanlah nie. Nak masak pun senang kan.

    BalasPadam
  6. Ooo yg macam ni ek...akak pernah makan yg guna ikan keli..dan pernah gak ayam..sangat sedappp..

    BalasPadam
  7. Sebenarnya ini salah satu masakan tradisi org jawa tau Rai. Daun cekor kalau kakak panggil kencur memang aromanya best:)

    BalasPadam
  8. kalau masak pakai santan..lebih elok pakai santan ori...kotak mmg tak best..cair jer..

    BalasPadam
  9. PM tak pernah lagi makan pecal terung tuh...

    BalasPadam
  10. tak pernah try...ingatkn yg ulam2 fresh ngn kuah kacang tu..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^