Jumaat

Kunjungan dari blogger

Assalamualaikum

Baru pertama kali sebenarnya. Menerima kunjungan rakan blogger. Kak Mulan nun datang dari jauh nak tengok ahli baru dalam keluarga kami.

Segan aku. Maklum la. Rumah dalam keadaan huru hara sebab dah sibuk kemas barang nak pindah kan. Dah la Kak Mulan kena menapak naik sampai ke tingkat empat sebab rumah kami takde lif. Hehe.. Eksesais sikit la.

Senang cerita memang aku segan habis.

Terima kasih banyak Kak Mulan sudi datang singgah tengok baby. Walau pun dengan jadual perjalanan yang sangat padat. Siap dapat ang pow lagi bebudak ni.

Yang dikunjungi pulak tido je. Sikit pun tak terjaga. Haha.

Tercapai jugak hajat nak bagi miso paste ni. Benda yang tak jumpa lagi kat Malaysia. Yang kat Aeon tak halal sebab ada alcohol.

Dua kali dah buat miso soup. Memang terbaiklah.

Ada umur kita jumpa lagi.

Daa

12 ulasan:

  1. oh jauh Kak Mulan merantau yer...;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak mulan rajin turun ke kl. Ada je urusannya.. Hehe..

      Padam
  2. huhu malu.sbb mulan yg jauh dh smpi
    aku yg dekat x sampai lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Kak mulan drive sendir.. Ko dekat pun nak datang mcm mana.. Takpe la. Ada rezeki nanti ko dtg rumah sewa baru tu ok..

      Padam
  3. tu dia muka si comel ni. apa pun, tahniah atas kehadiran orang baru...

    BalasPadam
  4. murah rezeki tetamu datang rumah ni kan.. semoga makin rapat hubungan lepas ni.. =)

    BalasPadam
  5. Tak pernah dengar lagi pasal Miso Soup ni...

    BalasPadam
  6. wahhh besnya dapat tetamu..hehe...comelnyaaa baby...dah ada nama lom?

    BalasPadam
  7. Heeee....aku bile pulak nk jumpe ko kan zai =p

    BalasPadam
  8. Heeee....aku bile pulak nk jumpe ko kan zai =p

    BalasPadam
  9. hari tu jiran dtg nak mlwt budak2 ni. segan jugak sbb rumah dah macam tongkang pecah. hahaha...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^