Jumaat

Ada susu?

Assalamualaikum

Tiap kali lepas bersalin je mesti ada yang tanya aku ada susu ke? Tiap kali pun aku jawab.

"Tak tau la. Ada la patutnya.. Baby hisap je"

Serius aku tak pernah check dulu. Aku bagi je dengan yakin yang ada susu. Kalau takde pun aku yakin yang dengan hisapan baby, susu akan keluar. Perut baby kecik je. Lagi.. Baby boleh bertahan 10 jam tanpa makan lepas lahir. So, dalam masa 10 jam tu kena stimulate dan stimulate sampai susu keluar.

Just make sure yang cuba latch kan baby pada cik B. Latch yang betul patutnya tak sakit. Kalau tak pandai cuba mintak bantuan nurse atau kakak kakak yang da ada pengalaman.

Biasanya baby tak dapat tidur dalam 5-6 jam pertama lepas lahir. Biasa la. Hari pertama kat tempat baru. Lagi pun baby pun penat berusaha nak keluar dari perut. Bukan kita je yang berusaha.

So, sabar la menghadapi malam pertama yang panjang. Hehe.

Ramai yang first time jadi ibu yang aku dengar mereka kata.. hari ketiga baru keluar susu. Aku hairan sebenarnya. Yang dia anggap susu tu yg warna putih tu la kot. Kalau yang itu memang hari kedua atau ketiga baru keluar. Tapi kolostrum yang warna jernih tu aku rasa the very first day tu dah ada dah.. Jangan risau sebab biasanya sesiapa pun takkan terus rasa bengkak susu masa first day tu. Bila susu da establish, biasanya hari ketiga gitu baru start bengkak susu.

Apa yang penting, make sure susukan bayi dengan sekerap mungkin. At least 2-3 jam sekali. Kalau baby tido pun kejut gak bagi susu. Kalau taknak baby kena jaundis la. Bila kena jaundis pun jangan pulak pergi jemur baby ke, bagi minum susu kambing ke jus anggur ke apa ke. Just continue breastfeed sekerap mungkin.

Buat Puan comel Munnafendy dan May mungkin akan rasa risau. Eh ada susu ke nanti. Actually, tak payah risau. Yakin je. Insya allah ada punya. Yang penting usaha dan cuba cuba jangan putus asa. First hour tu paling penting. Memang penat. Tapi kalau dapat, latch kan je baby kat dada. Allah tu maha pengasih. Takkan DIA bagi kita baby tapi tak bagi makanan untuk baby tu kan..

Good luck ya adik adik. (Rasa cam tuanya aku.. haha)

Daa

30 ulasan:

  1. bagus info rai ni, pengetahuan dan ilmu untuk akak nanti.

    BalasPadam
  2. amboi ibu berpantang ni sempat lagi apdet blog?org tua kata x elok sgt membaca masa dlm pantang..nanti cepat rabun :)
    aku pandai cakap..masa aku dulu siap baca novel

    comelnya baby ...ee geram nengok
    nak melawat pun entah bila.huhu
    tgk si kakak tu penyayang orgnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. aku da mmg rabun. so takpe kot kan.. habis boring da aku ni.. tu yg duk update gak blog.. tu la.. aku nak balik johor da ni. kalau bertolak hujung minggu boleh jugak aku singgah.. tatau lg.

      Padam
  3. dr awal sy baca mmg macam entry ni tuju kat sy je...heh3...tup2 ada gak kuar nama kat bawah tu. thanks kak rai, ingat gak kat kami berdua...hehehehe... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. teringat kerisauan akak sendiri masa nak bersalin anak 1st dulu. akak tanya kakak akak, pesanan dia yakin je. so akak mmg buat2 yakin je ada susu. alhamdulillah. mmg betul. hehe.. semoga panduan berguna utk munn jugak.. :)

      tp tak reti nak letak link blog sbb guna bloggeroid. haha..

      Padam
  4. senyum je kak damia dapat adik..
    Yg penting kena selalu positif kan rai..akan ada rezeki susu untuk anak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. happy diorg.. asyik nak ulit je. haha.. betul tu. kena positif sentiasa..

      Padam
  5. Betul tu.. kolostrum tu dah terbentuk sejak kandungan 7-8 bulan. Tak caya cuba picit2 puting tu, mesti ada kuar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah jugak saya dengar tu. tapi tak pernah cuba picit. sayangg.. haha

      Padam
  6. soalan biasa tu kan.. alhamdulillah dua2 anak ayu sume menyusu badan. harap yg ketiga ni pun susu byk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya allah ayu.. just paham basic supply ngan demand.. ok punya..

      Padam
  7. Tahniah Rai dah slmt dpt bb boy dan slmt berpantang.

    BalasPadam
  8. eh rai, ko dah bersalin nok? huwaaaaaa...aku tertinggal ketapi lah ni...nampak sgt aku dah lama tak BW...

    sori ye nok...apapun, Alhamdulillah semuanya dah selamat...tahniah utk ko dan family...

    comelnya baby ko nokkkkk...nak cium diaaaa!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. aah. da masuk hari kelima hari ni.. thanks..

      comel la cam ibu dia..meh meh cium.. hihi..

      Padam
  9. Good info :).
    Eeee comel...suka kakak dapat adik baru.
    Bilet nak balik kampung??

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka la diorg kak ana.. aayik nak pangku je. insya allah isnin kot..

      Padam
  10. Good info :).
    Eeee comel...suka kakak dapat adik baru.
    Bilet nak balik kampung??

    BalasPadam
  11. Tumpang tanya...kalau kita pakai baju, topi, seluar kaler kuning, dan dinding rumah pun kaler kuning...adakah baby kita akan dapat penyakit kuning? :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. Ada nurse kata boleh.. Kena pakaikan baju merah.. Biar kulit nampak kemerah merahan.. Haha..

      Padam
  12. hmm..mmg ada yg kata susah nak susukan, sbb takde air susunya. terpaksa bg susu tepung nak bantu.

    panduan berguna..kot saya ada rezeki esok2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah la ujie.. Hakikatnya.. Yg saya tau ramai yg kurang jelas pasal konsep penyusuan.

      Padam
  13. Rai tahniah...info sgt bagus. Comelnya baby ngan kakak dia tuh...bila habis pantang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq kak.. Insya allah habis dalam hujung bulan 3 nanti.. Doakan saya survive.. Haha..

      Padam
  14. In Shaa ALlah andai kita ikhlas, susu akan keluar dgn lancar kan rai !

    BalasPadam
  15. Rai memang sempoi...hahahahaha. Tapi orang kata setiap anak, kelahirannya, masalahnya, kemudahannya, semuanya berbeza. Ye ker Rai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak aziela,
      Memang lain kak pengalaman tiap anak.. Dari banyak sudut memang lain..

      Padam
  16. part yang ni memang tak reti nak komen pe.. cume mase zaman menyusu dulu, sampai mak letak ubat ape ntah baru berhenti menyusu.. err..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^