Rabu

Kandungan herba dalam set bersalin tropical herbs

Assalamualaikum

Bagi membantu ibu-ibu muda yang masih lagi tak tau nak pilih set bersalin mana satu. Aku just bantu bagi herba-herba yang terkandung dalam teh herba dan pil pil yang terdapat dalam set bersalin tropical herbs ni. Insya allah, herba yang digunakan adalah herba turun temurun dan selamat bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sebab tak menyebabkan cirit birit.

Dan lagi, herba yang minum dan makan ni cuma start ambik start dari hari kelima. Cuma ambil satu jenis dalam satu masa. Maksudnya, mula-mula minum teh. Bila teh da habis baru start makan pil lepas bersalin no 1, dan kemudian baru makan yang pil bersalin no 2. Setiap satunya diformulasikan dengan herba yang sedikit berbeza sesuai dengan peringkat peringkat pemulihan tubuh.

Teh herba untuk proses pemulihan, dan bagi melancarkan pengeluaran susu. Yang pil bersalin I, bagi elak stress dan mula bantu untuk nak capai berat badan asal. Maklumla kan, hormon perempuan baru bersalin ni lain macam sikit. Yang pil bersalin II pulak untuk bagi rapat rapat yang longgar dan boost proses nak dapatkan bentuk badan asal.

Teh herba (untuk diminum dari hari kelima selepas bersalin)
Kandungan herba

Curcuma domestica - kunyit
Querqus infectoria - Manjakani
Zingiber officinale - Halia
Piper nigrum – Lada hitam
Kaempferia galangal – Cekur/kencur
Usnea barbata -  Yang ni tak jumpa common namenya (merupakan herba yang mempunyai sifat strong anti bacterial anti fungal – mengelakkan UTI - urinary tract infection)


Pil selepas bersalin I (dimakan selepas hari ke-10 selepas bersalin)
Kaempferia galangal – cekur/kencur
Cinnamon zeylanicum – kulit kayu manis
Curcuma domestica - kunyit
Centella asiatica extract 7% - pegaga 
Withania somnifera – Ashwagandha ; herba india ( Journal tentang safety dan kebaikan ashwagandha -
"Studies indicate ashwagandha possesses anti-inflammatory, antitumor, antistress, antioxidant, immunomodulatory, hemopoietic, and rejuvenating properties. Toxicity studies reveal that ashwagandha appears to be a safe compound" )
Asparagus recemosus – chatavali/shatavari (Indian asparagus - "In India, this herb has been used for a very long time and is claimed to be effective in treating various ailments. shatavari is mainly used to maintain hormonal balance in females, so as to treat or prevent conditions like polycystic ovary syndrome (PCOS). It is also used for alleviating premenstrual syndrome and menopausal symptoms.")
Zingiber officinale - halia 
Trigonella foenum graecum - Halba/fenugreek


Pil selepas bersalin II (Selepas habis pil bersalin I)

Areca cathechu – pinang (anti depressant)  

Croton caudatum - manjakani 
Asparagus recemosus – chatavali/shatavari

Zingiber officinale - halia 
Orthosiphon staminues – misai kucing

Curcuma domestica - kunyit 
Hippocratea indica - serapat

Cassia angustifolia – daun senna (bagi mudah membuang)


Kalau tengok, kebanyakan herbanya adalah bahan yang memang biasa orang melayu gunakan bagi masak makanan orang dalam pantang. Mak mak aku bagi aku minum air rebusan kunyit dalam tiga hari pertama lepas bersalin. Katanya bagus untuk luka dalaman. Halia pulak bagi panas badan supaya angin tak mudah masuk. Pegaga, cekur bagus untuk pengeluaran susu. Gitu gitu lah kiranya..

Cuma ada beberapa jenis herba yang tak begitu common dalam masyarakat kita macam shatavari dengan ashwagandha yang lebih common dalam masyarakat india.

So lepas ni dah tak payah takut kalau herba dalam set bersalin tropical herbs ni panas ke apa ke. Insya allah ianya tak panas dan sesuai digunakan oleh ibu ibu yang nak breastfeed anak jugak. Set lengkap untuk penjagaan luar dan dalam juga.

Pada aku pemilihan set bersalin ni ikut kesesuaian. Ada orang tak suka nak bertepel pilis param bagai ni. Lebih mudah guna losyen je. Ada yang feeling wanita melayu terakhir bila pakai semua tu (cam aku la tu). So pilih ikut kesesuaian bajet dan juga keperluan. Set bersalin tropical herbs ni boleh kira harga berpatutan berbanding set bersalin yang lain yang makin lama makin mahal sekarang ni. Yang penting, kena istiqamah. Jangan nak menang membeli je. Pakainya idokk..

Kalau nak tengok review dan cara guna set bersalin tropical herbs ni boleh tengok kat tab atas tu. Atau KLIK SINI   

Selamat memilih

Set bersalin ni tak mengandungi kacip fatimah. Just mention, sebab ada sedikit kontroversi tentang penggunaan kacip fatimah bagi ibu yang menyusukan anak.
Nota kaki : Bagi yang nak  nak herba luaran saja boleh cuba set bersalin nak let go ni. Minyak baby dan bengkung second hand (bukan jenama tropical herbs) boleh beli berasingan jugak.

Daa 

14 ulasan:

  1. tq share info begini ye rai...

    BalasPadam
  2. lupe lak..

    sy download video tuh kat youtube..mcm2 video de

    BalasPadam
  3. awak jual ke? adik sy pkai set ni tak sesuaidgn dia,gatal2 bdn.

    so,ada simpan lg.nnt nak try.hopefully sesuai.sbb syg byk lagi.:)

    BalasPadam
  4. ummi salsabila,
    aah..try la guna..set ni kalau tak habis boleh pulang balik kat penjual.. tapi jgn la da tinggal separuh baru pulang..hehe..cam kes adik awak tu boleh pulang rasanya..

    BalasPadam
  5. bagusnya dpt pulang balik kalau tak sesuai. mana nak dapat mcm tu kan ?

    BalasPadam
  6. nieda ramly,
    tu la..tapi kadang2 orang rasa leceh nak pulang2 kan..biasa la orang kita. malu bagai lagi. tapi kalau saya mmg saya cakap..sayang duit kalau tak pakai dan tak pulangkan.. even kalau ada yg da habis pun diorang terima. cuma duit tu tak dapat penuh la.

    BalasPadam
  7. bagus jugak set ni..
    lya msa bersalin dulu xde mkn apa2 sbb mkn ubt spital kan

    BalasPadam
  8. Nampak cam best je produk nikan? Masih banyak masa lagi kot utk akak buat pilihan. Tapi akan dipertimbangkan.

    BalasPadam
  9. ohh tropical herbs ni :) kita tau ttg ni . :)

    BalasPadam
  10. Boleh ke pkai bila da sebulan? Saya baru tau cara guna....sblm ni x pkai sbb anak kuning..

    BalasPadam
  11. @Nor Azmah Masri, pakai je.. jadual tu sebagai panduan..sbb kalau bersalin czer mmg ada yg start lepas sebulan..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^