Khamis

Gomol gomol

Assalamualaikum

Aku ni bukan kurang kasih sayang. Tapi sebab kami lahir dari keluarga yang tak berapa nak ada, so masa zaman aku kecik dulu tak berapa nak terdedah dengan mainan mainan ni. Sekarang ni dah ada anak, kalau tanya aku, aku memang kurang belikan diorang permainan.

Benda benda macam lego, kad game, even soft toys pun shujin yang belikan.

Kalau aku yang pilih mesti benda benda yang sudanya bebudak tu tak main pun. Sepah je lebih.. Grr.. Contoh macam jigsaw puzzle. Board belajar nombor. Konon educational la sangat kan :P



Dapat tangkap seko beruang kat Econsave, terus takmo lepas. Besar gila kan. Tapi aku consider murah la, besar tu RM39.90. Dengan budi bicara shujin, belikan jugak.

Fine. Sekarang dah tambah satu lagi haiwan atas katil dalam bilik. Nak tambah sorang budak kecik lagi. Aqil dengan Damia memang kena tidur bawah lepas ni. Hahaha..

Pesan shujin, "Jangan ibu pulak yang peluk peluk nanti"

Err..

Tapi memang sangat fluffy. Hehehe..

Daa

16 ulasan:

  1. Ibu kena gomol sebab nak bagi contoh pada anak2 mcm mana nak main beybear.

    BalasPadam
  2. RM39.90 sebesar itu? Boleh kata murah la juga tu. :)

    BalasPadam
  3. murah tu ..

    skrg ni CA .. dah stop belikan menan... beli buku jaa.....requestlah majalah apa pun ... boleh beli. Mainan ...sori ... tak larat nak mngemas..

    BalasPadam
  4. murah kak rai! kalo tak seratus lebih ada tu...

    *sy rasa nnti pun akan jd mak yg strict ckit..n anak2 msti lagi rapat ngn fendy...dia tu cpt cair ngn budak2

    BalasPadam
  5. Kalau mak yg peluk pun ok gak.. Takut ada yg jelessss pulak nanti.. Hehehehe

    P/S: cheesy powder ada lagi tak u..?

    BalasPadam
  6. Betul memang murah tu Rai sebab lebih besar bear itu dari Rai yg comel lote:)

    BalasPadam
  7. murah la klu dgn harga tu..kak,tak jd la beli bengkung tu sbb adik sy kata dia nak yang baru..hurm..sori sgt2 ye kak..

    BalasPadam
  8. memang murah lah rai bear tue... haha ni kalau Qalesya nampak ni sure dia pun nak gak nie...

    BalasPadam
  9. Bab permintaan anak2 memang usah nak tolak. Hikram anak paling kecil sampai sekarang masih beli mainan, kadang2 saja alih perhatian dia pad akomik sekurang2nya boleh bantu dia lancar membaca.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. assalam Rai..memang besar..dalam kete memang satu seat untuk bear tu

    BalasPadam
  12. besar gila! hahaha


    Tapi quite murah la utk beruang sebesar tu!

    BalasPadam
  13. kita kan bear2 ni dah tak nak dah bear2 ni... nak menda lain yang ada respond..oppsss kah kah kah...

    BalasPadam
  14. hahha... ibu dengar tu, jgn ibu lak peluk2 tau...

    BalasPadam
  15. Syoknya dpt teddy bear!!!uhuhuh! Sama la kt rumah ni..penuh ngan teddy bear :)

    BalasPadam
  16. wah, besarnya bear tu.. memang seronoklah nak peluk.. hihi

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^