Khamis

Vitamin sintetik, natural dan food-base?

Assalamualaikum

Sambung lagi.. Ada banyak sangat persoalan tentang vitamin supplement ni. Aku just kumpul dan olah semula dari bahan yang aku baca. Later aku share sumber sumber tersebut ya..

(3) Apa beza vitamin sintetik, natural dan wholesome food supplement? 
Vitamin Sintetik - Vitamin sintetik biasanya tidak dihasilkan daripada makanan. Macam kata dalam entry sebelum ni, vitamin B dari bahan petroleum. Vitamin D dari radiated oil. Malah mineral pulak datang dari serbuk mineral yang asasnya adalah habuk habuk yang badan tak boleh sintesis pun. Ada pulak vitamin B12 buat dari hati lembu okeh.

Semua vitamin sintetik adalah cuma sebahagian daripada vitamin makanan. Ascorbic acid cuma protective coat pada vitamin c. Makan ascorbic acid katanya sama macam makan kulit pisang dan berharap dapat nutrisi dari pisang :P

real food la kan.. sebab makan jadi kenyang.. :P
Pada tahun 1934, Dr. Casimir Funk menjelaskan bahawa vitamin sintetik adalah toksik dalam kenyataannya
“The synthetic product is less effective and more toxic.”

Haa.. susah sikit nak terangkan bab ni.. tapi lebih 200 kajian sejak dari tahun 1939 menunjukkan perbandingan pengambilan food base supplement dan vitamin sintetik.

Antaranya :-
1998: A British study found that 500 mg of synthetic C promoted free radical damage of DNA; the opposite of the findings with whole food vitamin C, a natural anti-oxidant.

2000: Reuters Health reports a study on men who took 500 mg of synthetic vitamin C daily. Over an 18-month period, they had a 250% increase in the thickness of the inner lining of the carotid artery, a measurement for the progression of atherosclerosis. That is, synthetic vitamin C induced atherosclerosis, even at .5 grams/day. Whole food vitamin C protects and repairs the inner lining of blood vessels and is a preventative against atherosclerosis.

2006: The Journal of the American Medical Association and the Wall Street Journal both reported that synthetic D, E, B, and C were not only ineffective but also dangerous. C and E when taken in frequent megadoses depress sperm motility leading to decreased fertility. Excess D leads to calcium imbalance just like a deficiency. Thiamine (B1) in small doses can alleviate herpes zoster; large doses can exacerbate it. A deficiency of B1 can simulate hyperthyroidism; so can an excess. Most high-potency B is predominately thiamine. The body can only absorb 2-5 mg./day yet most formulas have 50-100mg.

Kenapa jadi macam tu? Ringkasnya, vitamin sintetik cuma satu portion daripada food vitamin yang sebenar. Contohnya, asid askorbik cuma protective coat pada vitamin C. Untuk jadikan ia satu bahan yang badan kita boleh gunakan, ia perlukan segala co-factor. Ala.. senang cakap, macam kereta. Kalau kita ada tayar je, macam mana nak jalan. Nak jalan kena bagi jadi bentuk kereta dulu. So kena la curi stereng, pintu, enjin bagai kat tempat lain. So, dia akan curi nutrient dari dalam badan kita supaya ianya boleh digunakan. Lebih kurang camtu lah.

Tapi, kenapa ada orang makan vitamin sintetik nampak perubahan yang baik. Dengan kata lain ianya BERKESAN!

Vitamin sintetik memberikan kesan baik sementara kerana ianya akan stimulate thyroid dan kelenjar adrenal sebagaimana bahan asing lain (yg bukan makanan atau allergenic) tanpa menjadi sebahagian daripada cellular process. So effectnya cuma sementara saja. Macam kanak-kanak yang hyper bila dibagi gula. Tapi gula bukan "real food", so kejap je tenaga tu akan hilang balik. Kesannya macam tu la.

Still.. kenapa vitamin sintetik masih dijual dan hangat dipasaran...? Sebab pengeluar happy, pengguna pun happy. Pengeluar happy sebab kos buatnya murah. Pengguna happy sebab nampak kesan dan dos vitamin sintetik biasanya tinggi (megadose) - Bargain la kan. Telan sebijik dapat nutrient berapa puluh ratus kali ganda dari keperluan :D
 
Natural Vitamin -Natural vitamin pulak adalah vitamin yang terhasil dari sumber semula jadi. Ianya dibuat dengan treat natural food dengan chemicals, solvents, and heat. Proses ini menyebabkan kemusnahan pada hampir seluruh co-factor dan enzim. Sebagaimana vitamin sintetik, vitamin semula jadi juga mengandungi additives, allergens, gula, perisa dan pewarna tambahan. 

Malangnya, pengeluar hanya perlu meletakkan jenis vitamin (bahan keluaran) di label bagi vitamin sintetik dan vitamin semula jadi ni. Kalau macam buat dari hati lembu ke, tar pun..tak perlu letak. Dalam vitamin punya marketing “natural,” “organic,” atau “pure” tak ada makna sangat pun sebab untuk legally dapatkan label natural tu 10% natural pun da cukup (90% sintetik) dan gula jagung dan tar adalah di consider sebagai NATURAL!

Wholesome food vitamin supplement - Atau food base supplement ni adalah dimana dari makanan/tumbuhan tu, cuma air dan fiber dikeluarkan. Prosesnya perlu dilakukan dengan berhati-hati sebab haba yang tinggi boleh memusnahkan enzim dan co-factor dalamnya. 

Berbanding vitamin sintetik dan semula jadi, dosenya biasanya lebih kecil. Tak mengandungi perisa atau pewarna tambahan, bahan additive mahu pun allergen. Tapi harganya lebih mahal sebab proses pembuatan rumit dan penghasilannya memerlukan sumber "real food".

(4) Apakah megadose bagus? 
Tidak semestinya.
Apa yang penting adalah sejauh mana vitamin supplement yang kita ambil tu mampu diasimilasi (digunakan) oleh tubuh. 75mg Vitamin C dari makanan/food base supplement aktif dalam darah selama 9jam berbanding 1000mg asid askorbik yang cuma aktif selama 90 minit.

So, besar tak semestinya lebih baik. Apa yang penting. Efektif. Vitamin C aku makan cuma 250mg je sebiji, tapi alhamdulillah sangat sangat berkesan untuk masalah alahan aku dan batu karang shujin.

Lepas ni aku share cara-cara memilih supplement yang bagus. Insya allah..~

Daa  

12 ulasan:

  1. dah jd blog ilmiah dah kak rai..bagus2..hehe..

    BalasPadam
  2. apa contoh vitamin sintetik? mcd?? -.-*

    BalasPadam
  3. Ntahlah Kak Rai..Lepas mak saya masuk Hospital Pantai itu hari dan doktor dah kesan buah pinggang nya 70% damage. Saya sendiri tanya dengan Doktor Pakar tu tentang supplment dan vitamin AMWAY. Mak saya asyik dok makan barangan AMWAY katanya ini bagus itu bagus dari agent.

    Menurut Doktor Pakar, Amway adalah syarikat multibillion dollar yang menipu satu semesta. Yup inilah ayat dia. Pemiliknya adalah ahli politik yang mengajar agent2 nya bercakap seperti ahli politik yang mengyakinkan pengguna. Kenapa AMWAY masih teguh hingga hari ini, kerana ubat-ubatannya tidak membunuh orang mahupon memberi kesan. Sebenarnya tak beri kesan apa2 pon. Makan seperti makan bendasing yang diproses oleh tubuh dan akhirnya dikeluarkan melalui perkumuhan air kencing atau air besar. Kata doktor kalau ubatan itu bagus, kenapa sekarang your mom di atas katil dan sakit teruk.

    Ubat tu hanya memberi kesan placebo yang mana secara psikologi nya konon akan memberi kesan sihat kepada pemakan. walhal di sebaliknya. TIDAK MEMBERI SEBARANG KESAN PON. menjadi lebih teruk kalau pesakit behenti makan obat doktor dan makan ubat-ubatan di pasaran yang kononnya bole membantu mengurangkan kanser, untuk kesuburan dan rahim dan macam-macam. Pesakit akan lebih sakit teruk dari kesan penyakit nya sendiri bukan dari ubat yang diminum atau di makan.

    Kesimpulannya, ubat ni memang tidak memberi kesan apa2 pon. Malah lebih membahayakan sekiranya seseorang yang makan tu ada masalah buah pinggang untuk proses bahan-bahan ini. Memang mereka tidak dipersalahkan kerana bukan punca ubat mereka yang membuatkan pesakit itu lebih teruk sakit yang dialaminya. Ahaaa gitulah yang di terangkan oleh doktor.

    Saya pon berfikir kerana, Allah dah sedidakan pelbagai sayuran, ikan, herba dan macam-macam yang sesuai untuk badan kita absorb dan cerna. Makan makanan segar. Kenapa kita perlu makan menda yang diproses menjadi pil atau serbuk. Itulah secara logiknya.

    BalasPadam
  4. Syarikat pengeluar ini lebih kepada nak memonopoli pasaran dan buat marketing secara besar-besaran yang ubat mereka ini bagus itu dan ini.

    Ramai yang membeli dengan harga yang tinggi tapi sebenarnya tidak memberi kesan yang langsung.

    Kita perlu fikir lebih logik, sebab segala vitamin yang kita boleh perolehi dari sumber segar sebagai contoh vitamin C lebih tinggi dalam buah Jambu Batu berbanding buah oren. Bukankah lebih bagus kalau kita makan makanan segar untuk tambahan nutrien dalam badan kita ni. Sebagai contoh untuk kalsium, kita boleh minum susu lembu. Untuk vitamin dan sumber-sumber nutrien lain memang boleh dapat dari bahan-bahan segar lain dari ayam, daging ikan, serta sayuran.

    Itu pada pendapat saya. Terima kasih membaca sebab panjang lebor ni..kekekekek

    BalasPadam
  5. azni,
    mana ada ilmiah sangat pun..hehehe..

    munna,
    hahaha..boleh gak :P..biasanya supplement kat farmasi kebanyakannya sintetik.

    BalasPadam
  6. akmar,
    first akak nak bagitau..vitamin supplement bukan ubat..dan menyamakan fungsi vitamin macam ubat adalah salah..sbb the way ubat dan vitamin berfungsi adalah sangat sangat berbeza.

    dan lagi..macam akak mention dalam entry sebelum ni..vitamin supplement adalah cuma sebagai filler dan additional kepada pemakanan sihat dan gaya hidup yang sihat. bukan menyembuhkan penyakit macam ubat. dan kalau gaya hidup & pemakanan tak sihat. kita tak boleh expect yang vitamin (apa jenis sekali pun) akan memperbaiki kualiti kesihatan kita.

    dan oleh kerana vitamin bukan ubat. ia tak mungkin boleh ganti ubat. especially dalam serious case. akak bukan doktor. tapi ramai doktor yg pro kepada vitamin supplement sekali pun takkan suka hati suggest pesakit ambik vitamin supplement dan tak makan ubat. ianya adalah sesuatu yang serius dan berbahaya.

    dan lagi..betul kata akmar..mmg bagus ambik makanan segar. real food. dan macam akak suggest dalam entry sebelum ni. vitamin supplement mmg tak boleh nak replace balance diet dan healthy lifestyle. vitamin is just to fill in the gap.

    the problem adalah..ramai orang salah faham dan anggap.. mereka boleh makan apa saja dan hidup ikut suka dan hope that vitamin boleh bagi diorang sihat..

    BalasPadam
  7. org beli, kita beli.. tapi takde la bergantung semata2 pd supplement.. sbb kadang terlupa yg byk nya..

    mmg byk dengar supplement tak elok utk buah pinggang kan..

    tunggu next entry..

    BalasPadam
  8. akak idakler tahu ngat.. camner nak dikato.. ikutjer cakap doktor kalau akakni..

    BalasPadam
  9. Akak pun sama. Ikut jer cakap doktor. Tapi, memang rasa lebih selesa ambil natural food untuk source vitamin. Kalau setiap kali makan tak ada sayur, mesti rasa gelisah jer.

    cuma lifestyle jer belum berjaya diubah sepenuhnya. Sikit2lah kan.

    BalasPadam
  10. time ema pregnant..ema tak pernah makan ubat yg dibekalkan oleh pihak klinik..ema akan beli satu vitamin (lupa nama) di farmasi saja..

    BalasPadam
  11. so,as for the conclusion...makanla supplement yg di sunnahkan Rasulullah :)

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^