Jumaat

Gadjet emak

Assalamualaikum

Dalam tekaan gadjet baru mak mak kami semalam nampak gayanya tak ada yang betul. Yang paling dekat pun Daddy Ziyyad dengan jawapannya purifier.

Benda ni sebenarnya. Yang dalam gambar semalam tu cuma bahagian bawahnya dan isi perutnya dikeluarkan.

Water treatment system yang baru untuk mak aku dengan mak mertua.

WTS mak yang lama dah bocor. Yang mak mertua pulak baru start guna air jalan. Selama ni mak mertua aku guna air telaga, tapi bukan la kena cedok cedok macam orang dulu dulu tu ya. Da advance. Pakai pam, keluar macam air paip jugak. Cuma telaga tu airnya kadang-kadang ada spot kekuningan. So mak mertua aku decide nak guna air paip je. Habisla lepas ni tak boleh nak main air berlebih lebihan kalau balik Kelantan :P

So kebetulannya bulan lepas ada promosi. Beli water treatment system ni, boleh beli pressurized iron steamer jenama Princess tu dengan harga yang murah gila. Tu yang aku pergi belikan dengan duit diorang tu.

Happy la diorang sebab minum air tak payah masak skang ni :D

Daa

10 ulasan:

  1. eh kak rai orang kelantan ke? ke hubby yg kelantan?

    BalasPadam
  2. Bagusla Rai..sekurang2nya dah ringan bebanan. Nampak kecik, tp besar tau. Sebabnya masak air nieh pon satu juga kadang2 lagi2 bila kualiti air tak brapa baik :)

    BalasPadam
  3. Bertuah mak mertua dapat menantu gini. Bersyukur mak sendiri dapat hadiah..Terbaiklah Kak Rai..

    Blog Qashmere
    Style Me Gorgeous By Qashmere

    Take Care Sis!~

    BalasPadam
  4. Ooooooo..water treatment system....hihihi

    BalasPadam
  5. water treatment rupanya.. tula ayu pun nak teka tu gak tp takut salah.. hehe.. bestla pasni dah ada air yg dijamin bersih.

    BalasPadam
  6. wah...bestnye....rietta suka iar telaga...sjuk jew mandi...tapi klu kuning kuning, xbrani lew nak wat mnum...kat umah arwah nenek, masih kena cedok cedok...

    BalasPadam
  7. Rai beritahu MIL jgn kambus telaga yg ada. Jaga terus biar Aqil dan Damia boleh guna bila dia besar. Susah nak cari sekarang nie apalagi tempat kita Johor mana ada lagi.

    BalasPadam
  8. Air telaga..bestnya buat mandi!

    Mmg satu kemudahan ada wts ni..lg pun sng bila anak cucu balik reramai takle sibuk msk air je.

    BalasPadam
  9. kecik2 dulu selalu mandi air telaga.. nostalgia pulak.. huhu..

    BalasPadam
  10. rumah kat kampung guna dua2 air. telaga dgn paip kerajaan. kalau hujan air telaga memang banyak la. panas je mandi kalau kena time hujan.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^