Selasa

Surirumah sepenuh masa

Assalamualaikum

Menjadi surirumah sepenuh masa memang jadi impian aku. Lebih lebih lagi dengan anak-anak yang sedang nak membesar ni. Mungkin bukan semua orang impikan nak jadi surirumah. Yelah. Boring kot ngadap kerja rumah je. Lagi-lagi kalau yang berkerjaya dan dah biasa ke sana sini dengan kerja.

Tapi tak dapat jadi surirumah sepenuh masa tiap-tiap hari bukan bermakna aku tak boleh jadi surirumah sepenuh masa, masa hujung minggu kan. Full time weekend housewife. Hehe. Disebabkan keberanganan tu. Aku pun buat role play sendiri  sendiri. Konon housewife la. Semput derr.. Acane nak jadi full time housewife yang sebenar benarnya gini. Tapi bangga gak dengan diri sendiri sebab aku boleh handle bebudak berdua tu tanpa menjadi resaksa walau pun terpaksa melayan kerenah masing-masing. Haih~!

Sabtu bersopping sakan di kafur. Beli barang dapur yang dah nak habis. Balik tu penat ngangkut barang sampai ke tingkat 4, aku terus memasak untuk berbuka puasa. Udang masak lemak dengan leek, sambal belacan dan sayur labu air goreng. Dessert nya.. Hokkaido Chiffon cup cake dengan custard sauce.
Gambar kabur dan agak huduh
Aku guna cup standard bulat ni instead of yang comel comel kotak tu. Maklumlah. Guna apa yang ada. Rupanya takde la susah sangat buatnya. Tapi rasanya lemak lemak lembut dengan bau wangi custard sauce dan vanilla. Superrr.. Bila dimakan sejuk pulak makan 3 ketul tak perasann..

Hari Ahad. Oleh kerana buat custard sauce tu aku dah guna 3 biji kuning telur semata mata. Ada la balance 3 biji putih telurnya. So aku pun berkira kira nak buat Summer Pavlova yang diorang kata sedap sangat tu. Kebetulan (tak tau la memang kebetulan ke aku saja plan..haha) ada buah kiwi, oren dengan belimbing lagi kat rumah. Aci la kot. Menu dessert Ahad, jadilah summer pavlova ni. Aku cuma buat nasi goreng dengan japanese blue mackerel bakar dalam periuk serbaguna sebab gas habis. Bila call pukul 430 diorang kata masa penghantaran dah habis. Pukul 4 diorang tutup rupanya T_T
Sebelum masuk oven, baking paper habis pulak. Aku guna alumunium foil je :P kemproh!

Da masak, tapi tak jadi sangat
Gula aku kurangkan separuh dari sukatan asal. Sejam menanti macam menunggu kelahiran anak pertama. Kejap kejap aku jengah oven. Hahahaha. Tapi yang aku takutkan terjadi jugak. Pavlova nya takmo mengeras. Jadi fluffy fluffy je. Sebab nya aku da pukul telur bertubi tubi sampai stiff peak. Tapi lepas tambah cuka dengan tepung jagung tu tetiba dia lembik pulak. Aku ingat memang macam tu. Maklumlah first time buat. Tapi bila tengok buku Bread And Baking tu baru tau lepas masuk cuka tu kena pukul gak lagi sampai keras kematu. Haihh.

Walau pun gula da kurang. Still rasa manis gila. Aku ingat lain kali masuk suku ke 1/3 gitu je kot. Erk. Tak tau la ada lain kali ke tidak. Manis manis ni kurang sambutan sikit kat rumah ni. Tapi Damia suka makan dengan kiwi. Oh yek. Topping tu aku tak guna pun whipped cream sebab aku takde whipped cream mahal. Aku ganti pakai calciyum anak-anak perisa vanilla. Sedap. Sebab yogurt tu macam masam-masam gitu. Lagi sedap kalau sejukkan. Tapi tak dan sejuk. Habis da. Cuma shujin kureng sikit sebab katanya extreme manis + extreme masam is a no no. Huhu.

Tengok la. Kalau buat custard sauce lagi ada la kot peluang nak buat lagi. Hihihi.

Shujin dok gila makan kimchi skang ni. Kimchi buat sendiri. Buat sikit sangat kata dia. Masa aku gigih nak buat ritu dia pandang tak pandang je. Skang dia pun duk buat research nak buat sendiri. Penuh la bekalan kimchi dalam peti sejuk tu nanti. Terasa cam rumah korea gitu kot kan. :P

Damia pura pura tutup mata tidur sebab aku suruh pejam mata
Akhir sekali. Dapat jugak diorang baju match Angry bird ni. Happy gila. Lepas pakai terus suruh aku basuh cepat cepat sebab nak pakai lagi.

Nota kaki : Start semalam aku loya balik sebab gatal pegi kurangkan makan B complex. Konon da masuk 3 bulan ni patut da ok. Silap perhitungan betul! Sampai skang aku cam confuse sebab perut tak besar-besar. Risau gak sikit. Padahal masa 1st dengan 2nd dulu pun perut tak besar gak. Hahaha..

Daa

21 ulasan:

  1. rajinnya masak macam2 time weekend.walau akak surirumah, tp tak rajin juga nak masak mcm jenis sehari, tak banyak masa untuk itu....huhu

    BalasPadam
  2. Penat jadik surirumah. Akak dah ada pengalaman setahun. Banyaknya menu memasak awak. Time pregnant pulak tu.

    BalasPadam
  3. baru semlm mkn mini pavlova...sedap!! order ngan member ofis...rasa nak order lagi nak2 dia lebihkan buah kiwi...manis dia pun sedang2 je...aku pun sama mcm ko..kalau manis sgt, mmg tak lalu aku weh...huhu...

    nak belajar buat sendiri ntah bilanya...

    rajin betul ko dlm keadaan gini, ko sempat membaking bagai...aku salute ngan ko...

    BalasPadam
  4. Suka jugak main masak-masak time weekend..best kan duk rumah layan anak...bila ntah nk jadi 'layan anak-anak'......

    BalasPadam
  5. salam rai..kalau tengok kecomelan rai acik rasa sampai dah nak bersali pun perut tak besar2 he he

    BalasPadam
  6. Rai ni kalo jd surirumah full time nescaya memasak je kerjanya. mcm2 menu..

    BalasPadam
  7. Kakak dah tak rajinlah Rai. Dulu masa anak-anak kecik kakak suka buat sebab ada yg makan sekarang jaaaarang dah kakak buat itu-ini.

    BalasPadam
  8. Adoiii kelakar la Rai nih... senyum sumbing dah..

    teringat kat akak ipar yg dah 5bln tu, still muntah2 lagi..

    BalasPadam
  9. rajin betul rai yek. KA klu free je ok kalau x, setakata nak nak sikit2 KA beli je hehe, apapun jg diri yek rai !

    BalasPadam
  10. rajinnya buat pavlova..saya ni ntah bila la nak try buat..resepi dah ada..hehe

    nway salam kenal n follow sini sbgai rakan baru yer =)

    BalasPadam
  11. Best juga jadi suri rumah sebab boleh concentrate kat dapur. Seronok kan tengok anak n hubby makan air tangan kita. Tapi bila mengenangkan house cleaning sepanjang masa tu, terus jadi tak best menguasai best.

    BalasPadam
  12. kerjaya surirumah ialah kerja yg paling mencabar, dan long hours....:)

    BalasPadam
  13. sy blm try lg buat pavlova ni.. risau gak tkt xjd.. hihi

    BalasPadam
  14. haha...sy pun confuse gak. dah 3bln tp mcm x besar je rut ni. ada ke x ni? hehe...loya pun kdg2 dtg jugak...huhu...x sabarnye nak masuk 5 bln sure dah boleh melantak segala benda time tu...anyway, rajin betul u memasak eh...preggy mama yg sorang ni mmg x berasap la dapur time posa...haha...alah pada mau minyak kot...

    BalasPadam
  15. sabtu ahad.. hri memasak... akak dua minggu berturut2 tak masak sebbab sibuk cari baju raya.. padan muka...
    ala.. pejam mata pasal apanyer.. angry bird tak marah...

    BalasPadam
  16. sy tak ingat la td dh komen ke belum? hihihi

    pernah buat pavlova tu, jadi tapi manis ya ampunnnn...

    er..kimchi tu senang tak nak buat?

    BalasPadam
  17. lain kali pergi c4 singgah la yer...:)

    BalasPadam
  18. rajin betul sis memasak time weekend..saya pulak memanjang x de kat rumah bila weekend..hehe

    BalasPadam
  19. ehhh zai..ko preggy eh??congratz!napa aku ketinggalan bas hehe

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^