Jumaat

Mak budak membuli

Assalamualaikum

Antara dua dua orang anak aku, kitorang suami isteri sepakat suka membuli Damia. Hahaha. Sebab dia lebih garang. Lebih manja dan lebih kuat melalak berbanding abang dia. Abang dia da gaya abang abang sikit. Yang si Damia ni dah la mulut bising.

Kalau dia nak bercerita selagi kita tak bagi respon selagi tu dia panggil. Tak jemu jemu. Ibu ibu ibu ibu. IIbuuu~~ .. Lepas tu kita bagi perhatian. Nanti dia panggil lagi. Kalau tengah takde buat apa ok lah. Kalau dok khusyuk tengok tv ke tengah kalut buat kerja ke tensi jugak dibuatnya. Nak marah tak patut pulak kan. Budak tengah nak belajar.

Tapi shujin paling kerap mengacau dia. Aku pulak tak suka bila si Damia ni bising-bising sebab nak memujuknya nanti bukan ayah dia. Ibu dia jugakkk. Bila siang ok je nak bergurau senda melompat dengan ayah dia. Tapi bila malam memang nak dengan ibu je. Kalau dia suruh ibu dia bukak kan lampu ke apa. Jangan la ayah dia yang pegi bukak pulak. Berguling kat situ lagi ada. Tak boleh tidak. Aku jugak kena bergerak. Sabo je la perangai anak dara sorang ni.
Saya manya (Damia)
Aku yang letak teddy bear tu kat atas dia. Konon2 buat kiraan WWF gitu. Hehe. Yang sebelah tu buku kesayangan dia. Yang bagusnya dia suka membelek buku. Sampai lunyai dibuatnya usung sana sini. Nasib baik da kurang da perangai suka koyak buku tu.

Sungguh pun kadang-kadang dia susah nak ikut cakap aku dengan shujin, tapi kalau abang dia suruh biasanya dia ikut tau. Heran aku. Ilmu apa Aqil pakai ni. Kena nuntut ni. Hahaha.

Damia still belum boleh terima dia dah toddler dan bakal dapat adik. Abang da dapat menerima dengan baik da. Abang sungguh Aqil. Hihi.

Ayat Damia yang tiap kali pun shujin cair adalah "ayah~ boleh tak kalau adik nak XX" Punye la sopan. Harus cair ayah dia. Aku rasa Aqil yang start guna ayat lebih kurang gini. Ayat Aqil yang aku selalu dengar. "Ayah~ abang nak XX boleh tak ayah" dengan nada yang lemah lembut memujuk. So tetiap kali pun shujin kena pow dengan anak-anak. :P

Sekian entri merapu takde idea nak tulis apa.

Senin cuti. Hoyeh~

Daa

26 ulasan:

  1. anak kecil ni manja dalam pelbagai cara. hehehee...

    BalasPadam
  2. samalah anak bongsu KA selagi mata tu bukak selagi tulah juga mulut dia x henti bercakap....

    BalasPadam
  3. assalamualaikum Rai...heheeehe kelakar jer kan melayan keletah anak2 ni tapi kekadang tu memang seronok nyer...:)

    BalasPadam
  4. Camna la Damia bila perut ibu dia dah memboyot nanti ya, makin manja agaknya dekat2 nak dapat adik nanti :)

    BalasPadam
  5. pernah tengok anak buah hubby tiada dibelai, dicium ayahnya...kasihan

    alhamdulillah, semua anak2 merasa semua itu...bila mereka dah besar memang kita tak merasa buat gitu, mesti mereka malu...

    BalasPadam
  6. dan kita sebab tak nak anak kita guling2 kita menurut saje kan..seolah2 kita dikontrol oleh mereka walhal mereka tu yang patut kita kontrol..betul tak?

    BalasPadam
  7. kak rai...dlu kecik2 sy ngn akak selalu main wrestling2 kak... sorg baring kat atas, 1,2,3!!

    hahaha

    BalasPadam
  8. budak2 mmg camtu kan Rai. Ada masanya dia 'ngam' dgn sesetengah org .. kita yg mak pun dia tak nak dgr cakap. hehe.

    BalasPadam
  9. sweet jew famly akk.....kiut damia.....sgt sronok klu adk bradk close....kecik kecik dah bleh dgr ckp abg...

    BalasPadam
  10. ahahahaha..damia macam anak sulung saya..akan terus panggil dan panggil kami (selagi kami tak menoleh tengok kat dia) !

    BalasPadam
  11. Sama la shujin pun suka nyakat anak2 nnti dah nangis okaasan gak kene pujuk. Sabo jela. Hehe..

    BalasPadam
  12. seonok layan kerenah anak2 kan.. huhu tak sabar nak banak nih hehe

    BalasPadam
  13. eheheh!!!mmg seronokkn melayan kerenah anak2..jemput follow kmbali :)

    BalasPadam
  14. Nampaknya damia tiru cara abgnya nk mintak brg..bagusla..sopan je. saya pun cair..

    BalasPadam
  15. Salam rai...suami k.atie pon lembut hati bila anak2 cakap perlahan2 ngan ayahnya sambil senyum...gerenti dipersetujui..

    BalasPadam
  16. tula..aku pun geram je bila hubby sakat2 danisha..ang nak memujuk die bg aku pulak.....haihhhh

    BalasPadam
  17. Comel je ank2 kak rai ni damia manja dgn maknya

    BalasPadam
  18. Alamakk nti adik dah keluar xleh panggil Damia adik lagi.. huhu.. Same too me.. sbb skrg panggil afiq, adik jugak hahaha...

    Baiknya abg aqil.. Abam aqil yg sorang lagi ni pantang kita sebut nak ke kedai.. Dia dah order macam2 tau!

    BalasPadam
  19. best lah damia dpt adik nnt.. jgn dibuli adik die nnt sudehh hehe

    BalasPadam
  20. alahaaaiii..kesian..dah tenggelam dek bear besar tu ha :)

    BalasPadam
  21. Rai,
    mintak add rumah. email shima sjaqil@gmail.com
    Want to sent u somethin' :)

    BalasPadam
  22. budak2 tgh belajar mmg kena layankan aje walaupun kengkadang tu tension gak...haha...

    BalasPadam
  23. hihii comel je cara 2 beradik ni mintak :-)

    BalasPadam
  24. kelakar betul tgk gambar damia dengan teddy bear tu..hehe

    BalasPadam
  25. budak nak dpt adik mmg gtu kot

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^